BENARKAH SHOPBACK MEMBERI PULANGAN TUNAI? INI PENGALAMAN SAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Readers tentu tahu malah ada yang familiar dengan apps ShopBack.. Mungkin ada antara pembaca yang sudah memuat turun applikasi ShopBack ini tetapi masih belum cuba atau ragu-ragu membeli-belah menggunakan applikasi tersebut - sambil angkat tangan sebab saya salah seorang daripadanya, hehehehe.

Sebelum tu ingin saya jelaskan di sini bahawa entry saya ini bukan entry berbayar untuk promosi apps ini tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman membeli sambil berjimat. Jadi entry ini lebih kepada keterujaan saya membeli barang melalui ShopBack. Benarkah ShopBack beri pulangan tunai? Mula-mula memang rasa tak percaya dengan konsep ShopBack ni iaitu "Shopping & Cashback" atau membeli-belah dapat ganjaran tunai. Mana tidak kerana kini terdapat banyak website menawarkan konsep yang sama tetapi terma dan syarat yang bukan mudah untuk dapatkan semula pulangan tunai tersebut. Maka timbullah perasaan ragu-ragu betulkah ShopBack juga begitu? Kata orang belum cuba belum tahu, jadi pada 1.7.2017 lalu saya pun cuba beli barang melalui ShopBack untuk julung-julung kali.

 


BAGAIMANA KONSEP SHOPBACK?

Sepertimana yang telah saya nyatakan di atas, ShopBack menawarkan pulangan tunai apabila kita membeli-belah melalui applikasi ShopBack. Applikasi ini boleh di muat turun melalui Google Play dan AppStore. Setelah memuat turun applikasi ShopBack, cara pembelian boleh dilakukan seperti berikut:


APAKAH BARANG-BARANG YANG DITAWARKAN DI SHOPBACK?

Saya boleh katakan, macam-macam keperluan yang kita gunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ada di ShopBack melalui kerjasama dengan rakan dagang lain. Antaranya seperti berikut:


INI PENGALAMAN SAYA MEMBELI BARANG DI SHOPBACK

Untuk pengetahuan, saya dah lama memuat turun apps ni tapi langsung tak diambil peduli, jadi password pun lupa. Oleh itu terpaksalah reset password untuk kembali ke ShopBack. Bila berjaya dapatlah email pengesahan dari ShopBack berbunyi begini - Welcome to ShopBack! You've just made our day. Bukan main happy ShopBack bila pelanggan dia sorang ni kembali..

 

Once akaun ShopBack telah berjaya di access semula maka dapat bonus kredit RM5.00 yang akan dimasukkan ke dalam akaun setelah kita membuat pembelian pertama.. Ini buktinya walaupun sedikit, mau tak teruja.. Pembelian pertama saya di store Lazada dengan harga RM24.00 sebagai percubaan pertama. Harus diingat cash out hanya boleh dilakukan jika akaun ShopBack anda mempunyai jumlah minimum RM10.00 dari jumlah pembelian. Tak kisah, janji kita dapat tunai dari apa yang dibeli. Better than nothing..

 

Bila akaun ShopBack sudah aktif semula, segala macam tawaran menarik secara harian, mingguan dan bulanan dengan diskaun hebat akan diberitahu melalui email, sepert ini:



Boleh kata unlimited savings on your favourite stores. Bab membeli-belah dalam talian atau online shopping memang serah pada saya.. Lebih-lebih lagi selepas balik kampung, penat jangan kata tambahan pula tiba masa untuk kemas rumah sendiri maka banyak barang hiasan rumah diperlukan. Apa lagi shopping di hujung jarilah kesudahannya..



Selain itu, ShopBack bekerjasama dengan lebih 500 rakan dagang lain dengan memberi tawaran diskaun seperti yang dinyatakan, antaranya : 



Apa yang penting, kebanyakkan rakan dagang di ShopBack menawarkan barang-barang atau perkhidmatan yang biasa kita guna atau beli di shopping mall.


Aduhai selama ni saya dah banyak membazir beratus hingga beribu membeli-belah secara terus di Lazada, Zalora, Expedia, Booking.com etc, langsung tak teringat dengan ShopBack. Alangkah baiknya kalau saya mulakan dari awal, tentu banyak cashback diterima masuk ke dalam akaun, huhuhu.  Bukan tamak tapi rugi lepaskan peluang berjimat camtu sahaja. Itulah, takde rezeki jangan ditangisi di tepi bucu katil.. Tak guna menyesal perkara yang lepas, jadi kita mulakan hidup baru. 


Para pembaca so called kaki online shopping sebelum terlambat elok Sign Up ShopBack di sini secara PERCUMA dan dapat Bonus RM10.00 yang akan dikredit ke dalam akaun anda . Jangan lepaskan peluang tau! 

Pembaca yang sudah ada akaun ShopBack sila activate your account dan akan datang beli melalui apps ini instead of terus ke website. Rugi kalau tak rebut peluang ini.

Kepada pembaca yang sudah mempunyai pengalaman membeli-belah melalui applikasi ShopBack ini boleh kongsi pengalaman anda. Mungkin ada pengalaman menarik atau sebaliknya. Sebarang pendapat / pengalaman jangan lupa cerita  atau beri review di ruangan komen di bawah okay.. Komen dan review anda mungkin dapat dimanfaatkan oleh rakan lain.


Oh ya sebelum membuat sebarang pembelian, jangan lupa PIN & PAY, nanti tak lepas pula transaksi anda.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Terima kasih sudi singgah.. Tata
Sekian, wasalam..