Tuesday, August 08, 2017

,
CUCUR VIRAL FOR BREAKFAST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini.. Siapa tahu cucur viral? Majoriti pembaca tentu tahu tentang jenis cucur ini yang sudah hangat diperkatakan. Kalah gossip hot Aliff Aziz dan Bella okay, ooopsss! Kepada pembaca yang masih belum tahu, cucur ni adalah cucur biasa namun menjadi terkenal selepas diviralkan.. Jadi cucur ini pun popular..

Pagi ini saya buat cucur ikan bilis viral sebagai bekal Arief ke sekolah dan selebihnya untuk diri sendiri.. Beginilah kejadiannya, photo fresh from my bento, hahahaha mohon jangan kecam I sebab hasil bento yang kurang memuaskan.. 

Cucur viral ikan bilis dan sambal kicap 
Sambal kicap pula hasil air tangan my husband kerana beliau arif tentang hal tumbuk-menumbuk menggunakan lesung batu..

Alang-alang bercerita tentang cucur viral, saya letak di sini resepi cucur viral mudah, sedap dan pasti menjadi.. Mungkin boleh menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.


Resepi Cucur Ikan Bilis Viral Sedap

Bahan-Bahan 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan air panas 
1 genggam ikan bilis - cuci dan tos 
1/2 bawang merah 
Secubit garam 
Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara 
Tumbuk bawang merah bersama ikan bilis hingga hancur. 
Campur semua bahan kering dalam satu bekas. 
Tuang air panas ke dalam bekas campuran bahan kering. 
Bentuk adunan menjadi bulat, saiz ikut kesukaan masing-masing.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dalam minyak yang banyak.

Angkat bila sudah keperang-perangan.

Breakfast pagi tadi
Cucur ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.. Sangat mudah dan sesuai kepada mereka yang sibuk dan selalu ketandusan idea menyediakan sarapan pagi.
Selamat mencuba!


Begitulah cerita tentang cucur viral..
Terima kasih sudi baca..
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, August 06, 2017

,
PLANNER GIVEAWAY BY EECA SHYAA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hujung minggu merupakan hari saya sertai Segmen & Giveaway.. Jadi hari ini saya sertai juga giveaway yang telah dianjurkan oleh adik manis Eeca Shyaa (bukan bodek yaa tapi kenyataan..).. Eeca Shyaa bercadang untuk menghadiahkan pemenang giveaway sebuah custom-made planner, yeayyyy.. Saya suka planner sebab itu nama blog Lady in Red Planner dan sebab itu juga saya menyertai giveaway ini, hehehe..

Planner Giveaway By Eeca Shyaa
Sila click banner di atas untuk terma dan syarat-syarat lengkap


Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:

1. Follow Blog Eeca Shyaa,
2. Follow Instagram Eeca Shyaa,
3. Follow Facebook page Xechalogy.
4. Komen mana-mana 2 entri yang terdapat dalam blog Eeca Shyaa,
5. Copy banner dan buat satu entri dalam blog anda bertajuk "Planner Giveaway By Eeca Shyaa". Jangan lupa backlink entri anda ke blog Eeca Syaa, dan
6. Publish entri anda dan tinggalkan link entri di ruangan komen blog Eeca Shyaa.

Eeca Shyaa mewajibkan peserta mengikuti syarat-syarat penyertaan dari no. 1 hingga 6 di atas untuk melayakkan penyertaan. 

Kepada blogger friends di Malaysia, jangan lepaskan peluang kerana giveaway ini akan berlangsung dari 05.08.2017 hingga 31.08.2017. Hanya seorang pemenang akan dipilih. Keputusan giveaway akan diumumkan pada minggu pertama bulan September jika tiada sebarang halangan.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


,
SEGMEN TOP BLOGLIST HASLINA : AUGUST 2017 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini merupakan hujung minggu biasa yang sarat dengan bermacam-macam tugasan yang perlu dilaksanakan.. Pagi ini bergegas buka laptop sebab teringat masih belum join segmen Haslina sedangkan tarikh tutup penyertaan hari ini iaitu 6.8.2017, tidak pula dinyatakan hingga pukul berapa, jadi saya anggap masih berpeluang untuk mencuba nasib yang dikira last minute.. Andai diterima penyertaan ini maka adalah peluang saya, jika sebaliknya anggaplah tiada rezeki..
Sila click banner untuk ke post Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017

Apa yang membuatkan saya ingin sangat menyertai segmen ini?
Hurrrmmm sudah tentu teruja dengan Blog Review yang akan dibuat sekiranya saya terpilih sebagai salah seorang pemenang.

Okay mari ikuti syarat-syarat penyertaan :

2. Buat entri dalam blog anda mengenai segmen ini,
3. Letak banner segmen dan link ke blog Haslina Kasbulah 
4. Letak link penyertaan anda di bahagian komen blog Haslina Kasbulah.

Syarat-syarat penyertaan sangat mudah dan saya pasti tiada masalah kepada peserta lain juga.


Begitulah entri saya mengenai segmen ini..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, August 03, 2017

,
LifeBuuk REVIEW | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri saya hari ini mengenai pesanan yang diterima dalam beg plastik pink comel via easyParcel.. Saya percaya setiap orang mesti teruja bila dapat parcel dan terima barang yang ditunggu-tunggu.. Begitu juga saya, setelah memesan LifeBuuk sejak 14 hari lalu akhirnya selamat saya terima semalam.. Hooray!! Tak sabar okay.. 

Oh ya, untuk pengetahuan ini bukan iklan berbayar tetapi product review yang ingin saya kongsi bersama pembaca..


I received my pink easyParcel yang menunjukkan bahawa tempahan LifeBuuk saya sudah siap.. 

LifeBuuk : Photos Journal 1 & 2

APA ITU LifeBuuk?

LifeBuuk merupakan salah satu applikasi photobook yang boleh dimuat-turun dari App Store bagi pengguna iPhone atau Google play untuk pengguna android..  Tanpa applikasi photobook seperti LifeBuuk saya rasa semua gambar-gambar kenangan yang diambil akan terus disimpan selamanya dalam memory card / phone memory, cukup masa bila memory card penuh kita ganti atau bila kita tukar telefon, maka gambar-gambar tersebut terus tersimpan begitu sahaja. Sayang seribu kali sayang, habis begitu sahaja kenangan..


Jadi dengan applikasi LifeBuuk, gambar-gambar tersebut boleh dicetak menjadi photobook album seterusnya membolehkan kita mengimbas kenangan melalui gambar-gambar yang telah diambil pada bila-bila masa secara life.

Inilah 4 corak LifeBuuk yang telah saya tempah..

LifeBuuk : Photos Journal No. 3 & 4

Teruja sangat okay memandangkan ini kali pertama saya berjaya mengabadikan segala macam gambar-gambar yang sudah lama terperap di phone dan transform kepada 4 buah photobook album.. 

BERAPA HARGA SENASKAH LifeBuuk?

Untuk makluman, harga printing di LifeBuuk jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai cuci gambar secara konvensional. Caj yang dikenakan bagi 1 LifeBuuk hanya RM28.00 (50 keping gambar). Sekiranya,  kita tempah lebih dari 1 photobook akan dapat free delivery.. Sungguh menjimatkan..


BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN APPLIKASI LifeBuuk?

Cara menggunakan LifeBuuk selepas dimuat turun seperti berikut:

 

(a) Pilih 50 keping gambar dari gallery di phone / tablets atau social media seperti Facebook atau Instagram
(b) Kumpul dan masukkan ke dalam draft LifeBuuk,
(c) Kemudian edit gambar satu persatu,

 

(d) Pilih cover photobook anda,
(e) Preview dan semak semua gambar sebelum checkout for printing,
(f) Track your LifeBuuk untuk tahu status tempahan kita..

LifeBuuk akan mencetak gambar-gambar yang kita pilih di atas photo paper melalui FUJIFILM Crystal Archive dan kemudian bind menjadi 1 photobook di mana kita boleh memilih 3 jenis cover menarik pada setiap bulan. Paling best, gambar-gambar tersebut mudah diceraikan dari album untuk pelbagai guna..


Beginilah rupa photobooks yang telah siap.. 

LifeBuuk Photos Journal no. 3 and 4

Selain gambar-gambar tersebut kekal di photobook album, basically gambar yang telah dicetak akan saya gunakan for journaling atau hiasan planner seperti di bawah : 

My daily planner dashboard

Sangat menarik, I tell you that's why saya kongsi di sini.. Overall saya berpendapat memang tepat dengan tagline LifeBuuk iaitu "Your real photobook".

Okay, sekarang saya ingin bertanya pula kepada pembaca : 

Apa aplikasi photobook lain yang pernah you all guna / tahu selain LifeBuuk? 
Pssstt kalau ada, berapa harga senaskah?

Jom kongsi pendapat, mungkin ada pendapat yang boleh kita kongsi bersama dalam entri ini atau sekurang-kurangnya berikan komen anda mengenai review saya tentang LifeBuuk..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..

Regards,

Follow Us @ladyinredplanner