LifeBuuk REVIEW | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri saya hari ini mengenai pesanan yang diterima dalam beg plastik pink comel via easyParcel.. Saya percaya setiap orang mesti teruja bila dapat parcel dan terima barang yang ditunggu-tunggu.. Begitu juga saya, setelah memesan LifeBuuk sejak 14 hari lalu akhirnya selamat saya terima semalam.. Hooray!! Tak sabar okay.. 

Oh ya, untuk pengetahuan ini bukan iklan berbayar tetapi product review yang ingin saya kongsi bersama pembaca..


I received my pink easyParcel yang menunjukkan bahawa tempahan LifeBuuk saya sudah siap.. 

LifeBuuk : Photos Journal 1 & 2

APA ITU LifeBuuk?

LifeBuuk merupakan salah satu applikasi photobook yang boleh dimuat-turun dari App Store bagi pengguna iPhone atau Google play untuk pengguna android..  Tanpa applikasi photobook seperti LifeBuuk saya rasa semua gambar-gambar kenangan yang diambil akan terus disimpan selamanya dalam memory card / phone memory, cukup masa bila memory card penuh kita ganti atau bila kita tukar telefon, maka gambar-gambar tersebut terus tersimpan begitu sahaja. Sayang seribu kali sayang, habis begitu sahaja kenangan..


Jadi dengan applikasi LifeBuuk, gambar-gambar tersebut boleh dicetak menjadi photobook album seterusnya membolehkan kita mengimbas kenangan melalui gambar-gambar yang telah diambil pada bila-bila masa secara life.

Inilah 4 corak LifeBuuk yang telah saya tempah..

LifeBuuk : Photos Journal No. 3 & 4

Teruja sangat okay memandangkan ini kali pertama saya berjaya mengabadikan segala macam gambar-gambar yang sudah lama terperap di phone dan transform kepada 4 buah photobook album.. 

BERAPA HARGA SENASKAH LifeBuuk?

Untuk makluman, harga printing di LifeBuuk jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai cuci gambar secara konvensional. Caj yang dikenakan bagi 1 LifeBuuk hanya RM28.00 (50 keping gambar). Sekiranya,  kita tempah lebih dari 1 photobook akan dapat free delivery.. Sungguh menjimatkan..


BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN APPLIKASI LifeBuuk?

Cara menggunakan LifeBuuk selepas dimuat turun seperti berikut:

 

(a) Pilih 50 keping gambar dari gallery di phone / tablets atau social media seperti Facebook atau Instagram
(b) Kumpul dan masukkan ke dalam draft LifeBuuk,
(c) Kemudian edit gambar satu persatu,

 

(d) Pilih cover photobook anda,
(e) Preview dan semak semua gambar sebelum checkout for printing,
(f) Track your LifeBuuk untuk tahu status tempahan kita..

LifeBuuk akan mencetak gambar-gambar yang kita pilih di atas photo paper melalui FUJIFILM Crystal Archive dan kemudian bind menjadi 1 photobook di mana kita boleh memilih 3 jenis cover menarik pada setiap bulan. Paling best, gambar-gambar tersebut mudah diceraikan dari album untuk pelbagai guna..


Beginilah rupa photobooks yang telah siap.. 

LifeBuuk Photos Journal no. 3 and 4

Selain gambar-gambar tersebut kekal di photobook album, basically gambar yang telah dicetak akan saya gunakan for journaling atau hiasan planner seperti di bawah : 

My daily planner dashboard

Sangat menarik, I tell you that's why saya kongsi di sini.. Overall saya berpendapat memang tepat dengan tagline LifeBuuk iaitu "Your real photobook".

Okay, sekarang saya ingin bertanya pula kepada pembaca : 

Apa aplikasi photobook lain yang pernah you all guna / tahu selain LifeBuuk? 
Pssstt kalau ada, berapa harga senaskah?

Jom kongsi pendapat, mungkin ada pendapat yang boleh kita kongsi bersama dalam entri ini atau sekurang-kurangnya berikan komen anda mengenai review saya tentang LifeBuuk..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..

Regards,