Friday, April 13, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pada hari yang penuh baraqah ini semoga kita dipermudahkan segala urusan, diluaskan pintu rezeki dan dirahmatiNya selalu, aminnn.. Terasa lama takde new post, blog post terakhir Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Simple dan Sedap masih terpapar di blog ini sejak Isnin lalu.. Malah masih belum berkesempatan untuk membalas komen rakan-rakan blogger di blog post Koleksi Buku-Buku Kesayanganku onwards.. Really sorry but I'll catch up soon..

Namun dikesempatan ini saya curi-curi masa untuk sertai segmen anjuran rakan blogger tersayang, Siqahiqa.com..
Segmen : Making Bloglist by Blog Siqahiqa
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa
Saya copy bulat-bulat apa yang dinyatakan dalam blog Siqahiqa untuk memudahkan peserta melainkan saya edit numbering syarat-syarat tersebut (from the original post i.e 1, 2, 2, 6)..

Syarat penyertaan senang je. Sepantas kilat korang boleh buat :D 

1. Follow Blog Siqahiqa
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA
3. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa”. (please backlink). 
4. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini.

Senang je kan? Segmen ini akan berlangsung selama sebulan dari 3 April 2018 hingga 3 Mei 2018.

Apa yang sangat menarik mengenai segmen ini iaitu tidak ada pemilihan blog untuk dimasukkan ke dalam blog list Siqahiqa.com. Semua peserta segmen berpeluang tersenarai dalam blog list beliau selama-lamanya. On top of that, seorang Blogger Bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah misteri.. 

You are so generous my dear Siqah.. Semoga diluaskan lagi rezeki Siqah dalam apa jua sumber termasuk dalam dunia blogging..


So saya menyeru semua pembaca supaya sama-sama meramaikan penyertaan dan support segmen Siqahiqa.com ini..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Monday, April 09, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah hari ini nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Simple dan Sedap.. Jangan risau resepi saya mesti simple dan pasti sedap.. Saya jenis malas masak resepi complicated.. Harap ibu-ibu yang semestinya sudah pakar dalam masakan tak complaint cara saya sebab ada sesetengah tak suka cara shortcut dan tak cukup syarat begini, huhuhu.. Pada saya, janji ada ramuan asas dan rasa pun boleh tahan sedap, layannn.. 

Siapa suka makan ketam kita gang.. Apa sahaja menu berasaskan ketam menjadi kegemaran saya. Untuk pengetahuan, menu ketam ni masakan saya minggu lepas, sekadar menambah koleksi resepi dalam blog ini, so saya share di sini.. Manalah tahu boleh jadi ilham kepada ibu-ibu yang sudah ketandusan idea, hehehe

Let's get started..

Recipe Ketam Masak Lemak Cili Padi

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-Bahan
4 ekor ketam saiz sederhana - cuci bersih dan tos.
(Ketuk sepit ketam hingga pecah sedikit supaya kuah meresap dan senang dimakan)
1 kotak kecil santan kelapa
5 biji cili padi
1/2 biji bawang merah besar
Sedikit belacan 
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit asam jawa
Garam
Gula


Sila rujuk gambar di bawah untuk cara-cara memasak:

Kisar cili padi, bawang merah besar dan belacan. Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Masak hingga mendidih
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam dan tambah sedikit air, kacau sekali sekala di atas api sederhana
Bila kuah mendidih, masukkan santan pekat. Adjust api perlahan, masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula. Sebelum off api rasa dulu bila okay sedia untuk dihidang. 
Siap! Ketam masak lemak cili padi sedia dihidang.
Kalau suka boleh tambah kacang panjang.. Ada sesetengah resepi letak serai, daun limau purut dan daun kunyit, semua itu optional bergantung kepada cara masing-masing... 

Okay begitulah simple recipe, ketam masak lemak cili padi. Walaupun simple tapi sedap. Memanglah boleh kata sedap sebab saya ni jenis cerewet makan tau, hehehe.. Sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan pun boleh cuba resepi ini.. Selamat mencuba!





Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Friday, April 06, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti harian.. Hari ini saya ingin kongsi tentang kaitan lisan dan perasaan.. Apa kaitan antara lisan dan perasaan? Lisan ialah pertuturan manakala perasaan pula lahir dari hati seseorang.. Malah kecantikan seseorang juga diukur bukan hanya pada kecantikan luaran tapi kecantikan dalaman termasuk adab sopan dan tutur kata..
Saya kongsi di bawah ini posting nukilan saudara Khairul Hakimin Muhammad di Facebook beliau mengenai perasaan seseorang yang tercalar disebabkan lisan individu lain :

"Syahdu pula bila baca satu status rakan baru saya di Facebook.

Kami baru bertemu baru-baru ini di kafe, orangnya ceria dan sangat baik. Baru saya tahu yang beliau belum dikurniakan zuriat melalui statusnya tadi.

Katanya, beliau baru berjumpa dengan seorang kenalan lama dan kawan beliau itu mengata secara berdepan tentang tubuh beliau serta terus sinikal membuat andaian bentuk tubuh puan ini yang tidak berubah dari zaman beliau berkenalan, menjadi penyebab puan ini belum mendapat zuriat.

Beliau meluahkannya di Facebook beliau.

Kawan-kawan yang baik, tak kiralah kita berkawan sampai tahap mana, ada batas yang kita kena jaga. Iya, boleh kasar, boleh cakap apa sahaja, namun apabila sudah berumur, kena tahan dan sabar dalam berbicara.

Bab nikah kahwin, bab isteri / suami meninggal kemudian kahwin baru, bab anak, bab pasang 2-3 bini, apabila sudah menjengah umur 40-an, suasana gurau itu bukannya seperti biasa.


Saya masih ingat pergi ke sebuah ceramah korporat suatu masa dulu. Seorang ustaz buat lawak tentang suami kematian isteri, lalu si suami nikah lain kerana ‘tak tahan.”

Orang ramai ketawa. Namun ada tokoh yang duduk di barisan paling hadapan menitiskan air mata kerana isterinya baru sahaja meninggal dunia 2-3 minggu sebelum itu.

Di hadapan semua, seorang manusia bangun dan minta ustaz itu minta maaf kepada tokoh tersebut dan bercerita apa yang berlaku. Lalu semuanya tersentak dan terdiam.

Ustaz itu bangun, berjalan sedikit dan duduk seperti duduk di antara 2 sujud mengadap tokoh tersebut, dari jauh saya lihat mereka bersalaman dan berpelukan. Ustaz tadi kembali ke microphone dan meminta maaf di hadapan semua serta terus menamatkan ceramahnya. Sesi kuliah berakhir begitu sahaja. Solat, kemudian bersurai.

Kadang-kadang kita ini hanya pentingkan geli hati orang ramai. Sedangkan kita tak pernah terfikir ada yang terkecil hati malah patah hati dengan gurauan kita. Ingat ini, tak semua perkara boleh dibuat gurauan. Sudah elok berkawan, sebab tak jaga mulut, tak pasal kita bermusuh.

Ruginya kita. Sungguhnya, sesiapa yang tak mahu bercakap benda baik, diam sahajalah.

Kita ini selalu rasa hebat apabila Tuhan beri lebih nikmat. Kahwin awal, rasa hebat. Dapat anak, rasa hebat. Kerja bagus, gaji besar, pandai berniaga, rasa hebat.

Jujurnya, pernahkah terfikir setiap manusia yang rasa diri sendiri hebat itu selalu berbuat jahat kepada orang lain."- Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Jadi berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan, jika sudah melukai hati seseorang bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu walaupun seudah dicabut tetap meninggalkan kesan.
 
Untuk pengetahuan pembaca saya pernah alami situasi di atas, apa yang boleh saya buat hanya berikan senyuman sinis dan berlalu pergi..

God has given us eyes not to insult but to look beyond situations.
Mouth not to criticize but to speak for truth.
Hands not to punish sinners but to give a helping hand.
Ears not to be insensitive, but to hear voice in pain.
EVERYTHING HAS ITS OWN PURPOSE. WE SHOULD USE IT WELL.  

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan.. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama.




Kepada sahabat alam maya dan sesiapa yang mengenali saya, maaf andai saya pernah membuat anda terasa hati.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Monday, April 02, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semalam tiada perancangan ke mana-mana hanya di rumah buat kerja hakiki di samping mendobi.. Itulah rutin harian jika tiada plan.. Bila ada masa luang maka mood untuk susunatur koleksi buku-buku kesayangan pun timbul.. Al-maklum koleksi buku-buku semakin membiak.. Jadi terpaksa pilih buku-buku yang kerap dibaca manakala sebahagian lagi perlu disimpan dalam storage disebabkan kekurangan ruang. Saya tahu kini banyak e-book dihasilkan namun saya tetap suka membeli buku-buku hard copy supaya boleh disimpan lama, agak old school kannn but I like, hehehe ..

Rak Buku Kesayangan
Saya mengekalkan rak buku lama memandangkan saya menyewa rumah di sini.. Jadi rak buku pasang siap lebih mudah untuk proses angkut-mengangkut bila berpindah kelak.. Okay, let me show you buku apa menjadi kegemaran dan kesayangan saya..



Ruang Pertama (Kanan)
Buku-buku dalam ruang ini adalah seperti berikut:

(1) Panduan Belajar Bahasa Inggeris dalam 30 Minit
(2) The ABC's of Networking
(3) Senjata Muslim, Doa, Wirid & Zikir Harian
(4) Children's Pill Guide
(5) Naked in Death by J.D. Robb
(6) Final Appeal by Lisa Scottoline
(7) Critical Judgment by Michael Palmer
(8) The Kill Zone by David Hagberg
(9) Sleeping Arrangements by Sophie Kinsella
(10) Cocktails for Three by Sophie Kinsella
(11) The Wedding Girl by Sophie Kinsella
(12) You Can't Win A Fight with Your Boss by Tom Markert
(13) Imbangkan Kerja Dan Kehidupan Anda
(14) Pemasaran Dengan Cara Meniru 101
(15) Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia & Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia
(16) Buat Duit Dengan Blog
(17) Buat Duit Dengan Facebook & Instagram
(18) Buat Duit Degan Dropship
(19) Panduan Membelai Diri Indah Di Mata
(20) Kalau Hendak Seribu Daya Nak Ke Tak Nak by Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
(21) Select Edition by Reader's Digest (Book I)
(22) Select Edition by Reader's Digest (Book II)

Ruang Kedua
Ruang kedua meletakkan buku-buku berikut:



(23) The Chemistry Of Death by Simon Beckett
(24) The Associate by John Grisham
(25) The Pelican Brief by John Grisham
(26) The Partner by John Grisham
(27) A Painted House by John Grisham
(28) East Of Desolation by Jack Higgins
(29) Midnight Runner by Jack Higgins
(30) The Fourth Estate by Jeffrey Archer
(31) The Little Blue Book of Marketing
(32) Jadi 'Cool' + Positif Psikologi Suka-Suka 
(33) Chelsea Wives by Anna-Lou Weatherley
(34) Million Dollar Mates Paparazzi Princess by Cathy Hopkins
(35) Million Dollar Mates Catwalk Queen by Cathy Hopkins
(36) The Litigators by John Grisham

Ruang ketiga
 Buku-buku di ruang ketiga seperti berikut:

(37) The Geneva Trap by Stella Rimington
(38) How Long Have You Got by Katie Pearson
(39) Cupcakes at Carrington's Where Life is Sweeter by Alexandra Brown
(40) Oliver Twist Charles Dickens
(41) Detox Your Finances by Justine Trueman
(42) The Truth About You by Melissa Hill
(43) Confessions of a Reluctant Recessionarista by Amy Silver
(44) 30 Hari Mahir Bahasa Inggeris
(45) Jobstreet.com Career Guide
(46) How To Get Happy and Stay Happy At Work by Beth Thomas
(47) Rahsia Pemasaran Facebook 
(48) Creditcard Syndrome by Carol Yip
(49) Confessions of a Shopaholic by Sophie Kinsella 
(50) The Habits of 7 Highly Effectively People by Stephen R. Covey
(51) Ciri Terhebat Blog Wordpress
(52) Understanding Emotional IQ by Dr. Jyotsna Codaty
(53) Blog + Google Adsense = Duit
(54) Smart Memory Techniques to Improve Memory 
(55) How To Understand Business Finance
(56) Your Personality and How To Use It Effectively
(57) Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah oleh Ustaz Kazim Elias
(58) 101 Ways to Develop Self-Confidence

Ruang pertama hingga ketiga menempatkan novel-novel, buku motivasi dan inspirasi serta pengurusan kewangan.

Ruang keempat
Buku-buku di rak keempat pula seperti berikut:

(59) 10-10-10 10 Minutes, 10 Months, 10 Years - A Life Transforming Idea by Suzy Welch
(60) ESQ Emotional Spiritual Quotient by Ary Ginanjar Agustian
(61) Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps by Allan & Barbara Pease
(62) Urus Sendiri SOHO Anda
(63) Rahsia Buat Duit Dengan eBay 
(64) Panduan Memborong di China
(65) Makan Gaji Tetapi Kaya
(66) Membuat Aplikasi Perakaunan dengan Excel
(67) Urus Bisness dengan Google
(68) Rich Dad Poor Dadby Robert T. Kiyosaki
(69) How To Get Rich, Stay Rich & Be Happy by Fred Young
(70) 15 Teknik Efektif Internet Marketing 
(71) Buat Duit Dari Rumah
(72) Syed Mokhtar AlBukhary A Biography
(73) Find You Inner Red Shoes by Mariela Dabbah
(74) Travelog Impian Abadi 
(75) A-Z Blog! Tip Untuk Blogger Wanita
(76) Dealing With Difficult People
(77) Time & Stress Management
(78) Negotiation Skills
(79) Super Better by Jane McGonigal
(80) 168 Hours, You Have More Time Than You Think by Laura Vanderkam
(81) Cash In A Flash

Buku-buku di ruangan ini lebih kepada buku motivasi, berniaga online dan blogging.
 
Ruang kelima
Buku-buku rak kelima adalah seperti berikut:

(82) Company Law
(83) Land Law
(84) Remedies for Torts and Breach of Contract
(85) Law and The Economy
(86) Dictinory of Management
(87) The Mirror Test 
(88) Criminal Law
(89) A Guide To Company's Act 1965
(90) Latin Words & Phrases for Lawyers
(91) Checklists For Solicitors
(92) Contract's Act 1950
(93) Cases On Commercial Law
(94) 7 Keajaiban Adobe Photoshop
(95) Investing Online For Dummies
(96) 1 Hour Web Site 
(97) How To Write And Speak Better

Buku-buku rak kelima ini lebih kepada buku rujukan undang-undang dan komputer.

Ruang keenam
Buku-buku di ruang keenam pula seperti berikut:

(98) English Language Dictionary
(99) Akta Probet Dan Pentadbiran 1959
(100) Akta Distres 1951
(101) Civil Law Act, 1956
(102) Consumer Protection Act 1999
(103) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966
(104) Kanun Keseksaan 
(105) Basic Accounting
(106) Menguasai Internet
(107) Membina Laman Web Menggunakan XHTML
(108) Mikroblog Menggunakan Twitter
(109) Tatacara Jahitan Gaun Untuk Si Manja
(110) Langkah Demi Langkah Belajar Menjahit
(111) Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung
(112) Tatacara Jahitan Blaus Yang Menawan
(113) Decorating with Dried Flowers
(114) Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia
(115) Prinsip Akaun
(116) English For Legal Professionals by Oxford University Press
(117) Simply Beautiful Rubber Stamping 
(118) Panduan Membuat Pakaian
(119) Scrapbooking Your Children
(120) Memory Makers Great Scrapbooks, Ideas, Tips & Techniques

Buku-buku di ruang keenam ini lebih kepada koleksi hobi saya suatu masa dahulu iaitu menjahit, menghias bunga dan scrapbooking selain buku rujukan undang-undang serta pengaturcaraan komputer.

Currently saya sedang baca buku bertajuk The Science of Getting Rich by Wallace D. Wattles dan Cash Flow Untuk Wanita hasil tulisan Shamsuddin Kadir dan Ain Muhammad, masih belum diletak di rak buku.




Begitulah antara koleksi buku kesayangan saya..Kebanyakan koleksi buku-buku tersebut berkisar tentang motivasi diri, inspirasi dari tokoh-tokoh berjaya, kaedah pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan online dari pemasaran hingga kawalan kewangan di samping buku zaman belajar undang-undang.. Buku undang-undang nampak uzur al-maklum dah bertahun lama digunakan..  Novel pula saya suka baca genre fiction berunsur santai, koleksi best seller, true story, thriller dan jenayah.


Okay, bagaimana pula anda? Ada tak buku-buku kesayangan yang sentiasa dalam simpanan? Sudi-sudilah kongsi di sini..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ


Follow Us @ladyinredplanner