Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, March 07, 2019

,
RESTORAN MEE UDANG XL, PORT DICKSON | Al-kisah minggu lalu tiba-tiba husband menyuarakan hasrat hati untuk makan mee udang XL yang terletak di Port Dickson.. Dalam hati, nasib baik menyuarakan hasrat hati makan mee udang (kalau hasrat hati lain boleh jadi perang, hehehehe just kidding!) Pelik juga sebab si dia ni bukan jenis manusia yang suka cari tempat makan.. Biasa tak ambil kisah pun mana tempat makanan sedap.. As a woman, biasa saya saja yang beriya-iya.. Or mungkin disebabkan pengaruh kawan di tempat kerja jadi si dia pun gigih mencari di mana letaknya Restoran Mee Udang XL supaya dapat sembang bersama..

Restoran Mee Udang XL, Dataran Teluk Kemang Port Dickson

Makcik pula paling pantang kalau si dia yang beriya nak pergi tapi makcik kena cari lokasi.. My husband ni boleh kata susah ingat jalan.. Walau pergi beberapa kali ke sesuatu tempat, kata bahasa pasar tak sah kalau tak sesat.. Itulah kebiasaan terjadi.. Bersangka baiklah, mungkin juga faktor usia, opps!

Maka pada hari itu saya diberi duty mencari lokasi Mee Udang XL.. Saya pun tanyalah pakcik Google. Tak sia-sia tanya pakcik Google.. tepat lokasi diberi iaitu di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson.. Gembira rasa di hati akhirnya berhasil juga pencarian demi memenuhi keinginan si dia tanpa perlu berdebat dalam kereta!..

Restoran Mee Udang XL

Restoran Mee Udang XL ni biasa-biasa sahaja, tapi yang penting bersih.. Pelbagai jenis masakan ada di sini.. Boleh rujuk signboard dalam gambar di atas. Orang pun tak ramai ketika itu.. Dapat tempat duduk kami terus order minuman.. Sudah pasti coconut shake menjadi pilihan utama disebabkan cuaca panas yang sangat terik..

Coconut shake

Bila rasa sejuk kena anak tekak, rasa syukur dengan nikmat yang tak terhingga.. Mana tidak, bila cuaca panas terik dapat pula minuman yang kita inginkan.. Maka hilang segala haus untuk sementara.. Tidak lama selepas itu, mee udang XL pula terhidang di depan mata..

Mee udang XL

Teruja dengan saiz udang XL melingkar atas mee.. Terdapat 3 ekor udang saiz XL dalam setiap sepinggan mee pada harga RM15.00 sepinggan.. 

Mee udang XL, Dataran Teluk Kemang

 Close-up dari sudut lain.. Kalau tanya saya apa rasa mee udang XL ni? For me dari segi rasa, seakan-akan mee bandung dan ada juga rasa mee rebus, kuah manis pedas.. Ingin saya ingatkan di sini bahawa rasa adalah subjective.. Setiap orang ada citarasa yang berbeza.. Jadi nak tahu kena cuba sendiri..

Prawn mee and coconut shake

Mee udang XL dan coconut shake, gabungan serasi.. 
Okay, setakat ini cerita tentang Restoran Mee Udang XL.. Kita beralih ke cerita lain tapi masih di lokasi yang sama..

Selesai makan, saya singgah di kedai menjual makanan ringan ini.. Saya suka beli sotong pedas dan asam kering di sini di samping makanan ringan lain.. 

Gerai makanan ringan Teluk Kemang, Port Dickson

 Selain harga yang agak murah, terdapat juga junk food zaman childhood saya seperti di bawah :

Gula-gula zaman 80-an

Siapa zaman saya tentu ingat gula-gula cap udang, white rabbit sweet dan buah kana dibalut dalam kertas pintal.. Sungguh rare dan mengimbas kenangan zaman kanak-kanak..

Buah kana balut kertas pintal

 Junk food saya nyatakan tadi dijual dalam pek-pek kecil dengan harga RM5.00 sepaket..
 Selain itu, banyak juga gerai menjual hasil tangan di samping cenderamata.. Biasa penduduk tempatan sekadar cuci mata..

Gerai menjual cenderamata di Port Dickson

Terdapat mini zoo sebagai salah satu tarikan menarik baru di Dataran Teluk Kemang ini.

Mini zoo, Dataran Teluk Kemang

 Overall, Dataran Teluk Kemang merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai ke Port Dickson bukan setakat mandi-manda tetapi sesuai untuk menghabiskan masa beriadah bersama keluarga.

Ini pula, gambar just for fun sementara tunggu coconut shake ready #jangankecamsis.. Al-maklum saya pernah came accross komen netizen di social media (bukan social media saya) mengenai gambar seperti ini : Dah elok-elok jadi manusia, suka pula tukar jadi haiwan.. - tepuk dahi!..


Us

Okay. let it be.. Akhir kata, saya mengalu-alukan kedatangan pembaca ke Port Dickson.. Walaupun Pord Dickson tak semeriah Pulau Pinang tetapi ianya mempunyai tarikan tersendiri selain pantai yang cantik dan bersih.. 

Sebelum mengakhiri post ini, jom kongsi pendapat dan pengalaman anda di ruangan komen.. 
Love to hear from you'll.. Lastly, thank your for reading..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,

Sunday, February 17, 2019

,
RESEPI ODEN RINGKAS, CEPAT DISEDIAKAN DAN PASTI SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua.. Kalau saya cerita tentang Oden dalam post ini adakah masih relevan? Al-maklum makanan famous dari Jepun ini pernah viral suatu ketika dulu selepas Family Mart bertapak di Malaysia.. 

Siapa tak tahu apa itu Oden? Menurut wikipedia, Oden (おでん) is a Japanese one-pot dish consisting of several ingredients such as boiled eggsdaikonkonjac, and processed fishcakes stewed in a light, soy-flavored dashi brothNama bahan-bahan seperti daikon, konjac dan dashi broth, sila tanya pakcik Google untuk dapatkan maklumat lanjut okay sebab den pun tak berapa arif, ngeeee.. 

 Sekarang tak kira sama ada masih relevan atau tidak, saya tetap ingin share dengan pembaca tentang Oden..  

Bahan-bahan menyediakan oden
 Semalam, hari Sabtu hujan turun dengan lebat, ketika itu stok dalam peti ais sangat terhad, yang tinggal hanya satu pek steamboat selection dan fishball jenama Mushroom, perencah tomyam dan asam pedas jenama adabi.. Itu merupakan bahan-bahan membuat Oden.. Bahan-bahan ini memang standby andai kata husband tak sempat beli barang basah sebelum ke tempat kerja..

Steamboat selection jenama Mushroom
Bebola ikan jenama Mushroom
Terlintas di fikiran pekena Oden masa hujan memang sesuai..Apa lagi saya terus sediakan bahan-bahan tadi.. Cuaca sejuk hirup sup pedas makan panas-panas, memang tak yah kata apa.. Resepi pula sangat mudah, tak sampai setengah jam siap dihidang.. Siapa antara pembaca yang mengikuti post recipe dalam blog ini tentu tahu saya ni bukan seorang yang pakar dalam masakan dengan resepi yang complicated.. For me masakan ringkas, cepat dan sedap sentiasa jadi pilihan dalam menu harian..

So saya kongsi sedikit cara penyediaan oden mengikut style saya..  

Perencah tomyam dan asam pedas jenama adabi
Mula-mula, tumis perencah tomyam dan asam pedas dalam periuk dengan api perlahan sampai terbit minyak dan naik bau. Saya guna periuk nasi sebab tak perlu kawal suhu.. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda suka.. Bila air sudah mendidih, masukkan setengah sudu besar gula dan secubit garam.. Rasa kuah, imbang rasa masin, masam, pedas dan manis mengikut citarasa masing-masing.. Akhir sekali masukkan segala macam fishballs dalam steamboat selection itu.. Tunggu hingga bahan-bahan frozen itu kembang dan serap kuah.. 

Hasil kejadian, siap untuk dihidang..

Oden hasil airtangan saya.. Cepat dimasak sedap dimakan.. 
Sangat mudah dan sesuai dengan cara saya yang suka masak makanan ringkas dan sedap.. 
So siapa antara pembaca pernah buat oden sendiri?.. Opss mula-mula kena tanya, siapa antara pembaca suka makan oden dan pernah buat oden sendiri? - Haaa ayat tu baru betul.. hehehehe

Saya minta, kongsi pendapat dan pengalaman pembaca. Saya suka kita ada two way communication. Walaupun adakalanya saya lambat balas komen tapi lambat laun saya akan balas juga sebab itu cara saya berkomunikasi dengan pengunjung blog ini.. 


Okay, begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. 
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Friday, August 10, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Salam Jumaat juga diucapkan.. Hari ni nak cerita makan di Seoul Garden Palm Mall Seremban pada Jumaat lepas. Hari ni genap seminggu.. Lunch hour hari Jumaat biasanya berbeza dari working days lain, agak meriah sikit sebab masa panjang so boleh stay makan bersenang-lenang.. Maka pada hari itu Seoul Garden Restaurant menjadi pilihan..

Saya suka sangat makan di Seoul Garden sebab ada steamboat & grill HALAL.. Suasana restaurant selesa, bersih dan santai.. Sesuai kepada pengunjung yang makan secara berkumpulan lebih dari 2 orang.. Gambar pertama haruslah sup.. Kami sepakat ordered spicy tom yam soup..

Tom yam soup
Soup
Lepas bayar, cari tempat duduk strategic kemudian masing-masing terus ambil makanan mengikut kegemaran.. Sambil makan, kita masak.. makan sembang dan ulang makan sampai habis lunch hour..

Seoul Garden Malaysia
Mee and nasi goreng
Walau pun bermacam-macam makanan kita boleh pilih tapi saya tetap dengan selera sendiri, mee goreng, nasi dan sedikit sayur serta lauk..



Selain steamboat ada juga makanan yang sudah siap dimasak seperti samosa, sushi, kimchi, nasi goreng, mee goreng, sosej etc. Air minuman pula pelbagai jenis dan juga dessert.. Pendek kata banyak jenis pilihan dari sayur, daging, seafood, mee dan macam-macam lagi tapi bergantung juga kepada cawangan Seoul Garden mana yang you all pergi.. Mengikut pengalaman saya lain cawangan lain menu yang ditawarkan..

Seoul Garden Restaurant
Lamb and beef 
Kakak sorang ni penggemar daging grill so makanlah daging lembu dan kambing sampai puas asalkan rajin grill dan tunggu sampai daging masak.. Masa ni laa masing-masing tunjuk skill dan creativity memasak..
Seoul Garden Restaurant
Seoul Garden Restaurant
Untuk pengetahuan gambar di atas untuk first round, lepas itu ada lagi beberapa round makanan yang agak kurang sopan untuk disiarkan di sini [cover sikit nanti orang tahu kami kuat makan] hehehe.. Kiranya makan sampai puas.. Dalam tak sedar kenyang sampai ke jantung! Ehh ada ker perumpamaan camtu? Hantam sajalah nak bagi tahu kenyang yang sangat kenyang.. Buruk betul perangai kann....

Overall bayaran yang dikenakan RM40.00 seorang.. 

Tak perlu cerita banyak tentang Seoul Garden Restaurant ni sebab sebelum ni saya pernah cerita di blog lama tentang makan-makan di Seoul Garden Dpulze Cyberjaya


Sesiapa antara pembaca ingin makan ke Seoul Garden boleh rujuk di sini untuk keterangan dan lokasi terdekat..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Monday, April 09, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah hari ini nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Simple dan Sedap.. Jangan risau resepi saya mesti simple dan pasti sedap.. Saya jenis malas masak resepi complicated.. Harap ibu-ibu yang semestinya sudah pakar dalam masakan tak complaint cara saya sebab ada sesetengah tak suka cara shortcut dan tak cukup syarat begini, huhuhu.. Pada saya, janji ada ramuan asas dan rasa pun boleh tahan sedap, layannn.. 

Siapa suka makan ketam kita gang.. Apa sahaja menu berasaskan ketam menjadi kegemaran saya. Untuk pengetahuan, menu ketam ni masakan saya minggu lepas, sekadar menambah koleksi resepi dalam blog ini, so saya share di sini.. Manalah tahu boleh jadi ilham kepada ibu-ibu yang sudah ketandusan idea, hehehe

Let's get started..

Recipe Ketam Masak Lemak Cili Padi

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-Bahan
4 ekor ketam saiz sederhana - cuci bersih dan tos.
(Ketuk sepit ketam hingga pecah sedikit supaya kuah meresap dan senang dimakan)
1 kotak kecil santan kelapa
5 biji cili padi
1/2 biji bawang merah besar
Sedikit belacan 
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit asam jawa
Garam
Gula


Sila rujuk gambar di bawah untuk cara-cara memasak:

Kisar cili padi, bawang merah besar dan belacan. Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Masak hingga mendidih
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam dan tambah sedikit air, kacau sekali sekala di atas api sederhana
Bila kuah mendidih, masukkan santan pekat. Adjust api perlahan, masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula. Sebelum off api rasa dulu bila okay sedia untuk dihidang. 
Siap! Ketam masak lemak cili padi sedia dihidang.
Kalau suka boleh tambah kacang panjang.. Ada sesetengah resepi letak serai, daun limau purut dan daun kunyit, semua itu optional bergantung kepada cara masing-masing... 

Okay begitulah simple recipe, ketam masak lemak cili padi. Walaupun simple tapi sedap. Memanglah boleh kata sedap sebab saya ni jenis cerewet makan tau, hehehe.. Sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan pun boleh cuba resepi ini.. Selamat mencuba!





Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Saturday, March 24, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Blog post hari ini saya ingin kongsi Resepi Ayam Panggang Nando's.. Citer tentang Nando's masih belum move on okay, al-maklum peminat Nando's hehehehe mohon jangan #kecam.. 

Masa makan Nando's tempoh hari, terbayang-bayang camne cara nak buat ayam panggang sesedap Nando's.. So zaman sains dan teknologi kini, semua boleh dicari dengan Google search engine.. Ada banyak resepi Ayam Panggang Nando's tapi bahan-bahan rare dan leceh..

Akhirnya saya ikut satu resepi ringkas dan ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur.. Saya ni kalau masak suka resepi simple tapi sedap. Tak perlu rigid sangat..

Ayam Panggang Nandos
Resepi Ayam Panggang Ala Nandos
Okay, dipendekkan cerita maka masuklah ayam yang telah dilumur dengan bahan-bahan perapan ke dalam oven.. Resepi seperti berikut :




RECIPE AYAM PANGGANG ALA NANDO'S

Bahan-Bahan
1 ekor ayam saiz sederhana, cuci bersih dan tos
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

Bahan Kisar
5 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil serbuk cili

Cara-Cara
Cucuk-cucuk ayam menggunakan garpu supaya daging menyerap rempah.. Kemudian gaul ayam dengan bahan kisar, garam dan gula. Masukkan ayam yang digaul dengan bahan-bahan tersebut dalam bekas tertutup. Letak dalam peti ais. Perap minimum 1 jam atau maksimum lebih dari 2 jam. Kemudian bakar dalam oven suhu 150c selama  45 minit hingga 1 jam.. Anggaran garing dan masak..

Related post : Makan Di Nando's

Nando's
Ayam Panggang Ala Nandos
Tada.. inilah hasil ayam panggang yang telah masak.. Rupa tak menarik takpe asalkan sedap dimakan..

Nandos
Ayam Panggang Nando's homemade
Memandangkan saya sudah kehabisan stok makanan di rumah maka saya makan dengan nasi panas dan Peri-Peri Sauce pun sodap! Kalau rajin boleh sediakan salad, coleslaw, kentang goreng dan jagung bakar..  Simple okay tak perlu susah-payah boleh makan ayam panggang Nando's home made di rumah bila-bila kita suka..

Selamat Mencuba!



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Follow Us @ladyinredplanner