Monday, November 04, 2024

,
TERINGIN BERSARA AWAL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah dengan setiap apa yang dikurniakan kepada kita hari ini.. Just an updates for today's entry.. Baca tajuk macam dramatic sangat, mengalahkan Berita Terkini, hahaha takde apa pun.. Just a  few stories to colorful the beautiful Monday.. yes beautiful Monday not a lazy Monday sebab saya masih bercuti. So my mood today not like other working Monday.. :-)

Semalam beritahu Arief, esok mama cuti boleh ambil lepas sekolah, then kita pergi AEON Seremban 2.. Hurrmmm muka dia senyum simpul..

Tunggu anak balik dari sekolah

Today I decided to fetch him from school... Cuaca hari ini elok, just nice baru lepas hujan so takde laa panas lit-lit seperti semalam dan kelmarin.. Hari ini waktu persekolahan sesi pagi tamat pukul 1.50 petang.. 

Jalan lengang

Destinasi pertama ke nursey pokok di perkarangan Lotus Seremban 2.. Ehh bertukar plan tiba-tiba, actually I always love going to nursery, itulah saya pantang ada masa lapang tentu ke nursery cuci mata.. Alasan cari pasu baru untuk my houseplants.. Sebelum pergi janji tak beli pokok baru tapi terbeli juga akhirnya... nak buat camne, it's like therapy, perasaan tu kalau dapat digambarkan seolah-olah masuk ke butik LV.. hehehehe

Plants

Banyak pilihan pokok-pokok hiasan, bermacam-macam warna.. tapi tu laa sepanjang jalan sentiasa beringat, jangan sampai terbeli..

Indoor plants

Kali ini hanya beli sepokok dua sahaja, bukan berpokok-pokok seperti sebelum ini.. Kalau ikut nafsu membeli, memang banyak habis tapi selepas mengenang kegagalan masa lalu, terbantut angan-angan untuk membeli pokok yang di luar bidang kepakaran.. 

Tanaman herba

Selain pokok hiasan, banyak juga pokok herba dijual di sini.. Itu yang membuatkan saya rambang mata.. Saya suka ke nursery ini sebab pokok-pokok tersusun rapi mengikut kategori.. Pokok landscape di bahagian depan pintu masuk, di bahagian tengah outdoor plants manakala di kawasan berbumbung khas untuk indoor plants.. Saya terus menuju ke bahagian berbumbung untuk mencari indoor plants.

Selesai urusan di nursery, we were heading to AEON Seremban 2.. Masuk Popular Bookstore untuk membeli fail-fail for my home office, ke supermarket - shop for some groceries etc... and finally urusan mama sudah selesai. Singgah sebentar di llaollao untuk semangkuk ice cream membeli jiwa anak selaku peneman hari ini.. Arief tentukan toppings kegemaran - chips ahoys, walnuts and pistachio sauce. Frankly speaking aiskrim yogurt really not my taste..

llaollao yogurt ice cream

After we spent quite a bit of money at AEON Seremban 2 for stationery, groceries dan itu ini, we went menjamu selera at The Urban Affairs. Terbayang laksa Johor bersama sambal belacan kegemaran saya sedang memanggil-manggil, so sedap I tell you! 

Laksa Johor - The Urban Affairs 

So hari ni dapat menghabiskan masa untuk diri sendiri bersama anak, while husband pergi mencari rezeki.. Tiba-tiba teringat Kak Nora - personal assistant to CEO yang sudah bersara last week.. Just imagine tentu best bila dapat duduk rumah bersama family.. Saya pula bila dapat bercuti panjang begini, terus rasa ingin bersara awal but unfortunately long way to go belum sampai masanya.. sambil menunggu hari yang ditunggu tiba harap ada miracle di kemudian hari, hanya mampu doa yang baik-baik saja untuk masa hadapan..

Last but not least, alhamdulillah for everything, even small things that make us happy. Hope everybody out there will have a beautiful day too.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Saturday, November 02, 2024

,
BAGAIMANA MEDIA SOSIAL BOLEH MEROSAKKAN KERJAYA KITA? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup.. Cerita kali ini tentang media sosial.. Penggunaan media sosial memang menjadi trend masa kini.. Mana taknya, boleh kata dari baby sampai golongan veteran kebanyakkan dari kita memiliki akaun Facebook sendiri, Instagram, Twitter, LinkedIn, TikTok etc tak terkecuali blog juga.. Lumrah manusia ingin bersosial, tak salah.. tapi menjadi suatu kesalahan jika kita menyalahgunakan platform tersebut..

Jenis media sosial
 

Hari ni saya terpanggil untuk share sikit tentang tips kerjaya terutama kepada graduan yang akan memulakan kerjaya dan sebagai peringatan kepada pembaca yang sudah bekerja dan mungkin ingin mencari kerja lain.. Al-kisah tentang penggunaan media sosial yang boleh menjejaskan kerjaya..

Pada zaman serba canggih ni, para majikan sudah mula 'mengambil kesempatan' dengan menggunakan media sosial untuk 'menyelidik' calon pekerja yang akan ditemuduga. Dalam hal ini ada pro and cons bergantung kepada bidang kerjaya yang ingin diceburi.. Jika kita mengelak dari menggunakan media sosial tak boleh juga, nanti akan dianggap 'ketinggalan' zaman andaikata bakal majikan memerlukan seseorang pekerja yang 'bersosial'.. Malah website LinkedIn diwujudkan untuk bersosial among mereka yang bekerjaya..

Saya pernah terbaca dalam satu kajian seorang Pengurus di Bahagian Sumber Manusia akan mengambil seseorang bekerja melalui pencarian yang dibuat dalam media sosial dengan menggunakan nama calon. Media sosial yang famous dalam pencarian mereka ialah melalui Facebook.. Motif utama untuk mengetahui personaliti calon yang akan diambil bekerja berdasarkan status yang dimuatnaik dalam Facebook.. Sekiranya calon tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dan 'mengawal' akaun Facebooknya dengan baik, pasti tak terkesan dengan kaedah 'perisikan' tanpa sedar ini..

Tapiiiii..... kalau status dalam FB tu memanjang update status maki hamun, mencarut dan mengutuk... agak-agak peluang dapat kerja cerah ker idak? Dari situ kita boleh baca personaliti seseorang melalui cara mereka berkomunikasi. Itulah first impression setiap orang apatah lagi majikan sebab mereka masih belum mengenali calon pekerja mereka.. Belum kenal tapi dah jumpa macam-macam dalam Facebook jadi anggapan mereka tentu kurang baik.. Jadi jangan sampai terperangkap!

 Itu kes calon yang ingin diambil bekerja.. Risiko dibuang kerja juga boleh berlaku kepada kakitangan yang menyalahgunakan media sosial ini. Contohnya : Memburuk-burukkan nama majikan.

Melepaskan geram dengan meletakkan status tak puas hati kepada majikan / boss dengan kata-kata kasar adalah satu kesilapan. Kita mungkin ingat selamat buat camtu sebab bos kita takde dalam friend lists tapi jika ada rakan sekerja yang dengki, dia mungkin sengaja menunjukkan status itu kepada boss kita. Apa jadi dengan masa depan kita? Maka bersedialah untuk bersemuka dengan Human Resources Department.. Kalau di syarikat tempat saya bekerja, sayalah yang akan mengambil tindakan terhadap kes begini..

Walaupun bernasib baik takde sebarang tindakan diambil, tapi kita tentu malu masih bekerja di situ sedangkan kita pernah meluahkan rasa tak berpuas hati dengan majikan sebelum ini. Begitu juga dengan pelanggan yang berurusan dengan majikan kita. Jangan sesekali memburuk-burukkan mereka kerana ianya juga boleh menjejaskan reputasi majikan kita.

Satu kesilapan lagi, mengutuk atau terlalu taksub dengan isu politik. Hal ini sesuatu yang baru sejak politik sekarang menjadi satu isu. Kakitangan disarankan jangan terlalu taksub dengan memuatnaik sebarang status yang berunsur hasutan. Ini secara tak langsung membolehkan orang luar boleh 'membaca' siapakah diri kita dan seterusnya tahu apa bendera parti politik kita. Secara tak langsung boleh menjejaskan nama majikan lebih-lebih lagi jika kita menyatakan nama majikan di profil media sosial kita.. Ada juga pernah terjadi, kakitangan dibuang kerja gara-gara memuatnaik dokumen / info sulit syarikat tanpa sengaja..   

Pesanan saya jangan syok sangat bila bermedia sosial sampai lupa diri, lupa sekeliling. Ditambah lagi memuatnaik gambar-gambar kurang sopan, contoh gambar masa clubbing, posing seksi tepi pantai dan apa-apa sajalah yang kurang sesuai untuk tontonan umum. Penggunaan media sosial ini menyeronokkan cuma kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita kongsi.. 

Jangan ingat kita bila dah buat penetapan privacy dalam account setting sudah cukup selamat.. Sentiasa bear in mind, account setting dalam media sosial ni sentiasa berubah-ubah.. Mungkin ada satu-satu masa kita terlepas pandang.. So be extra careful..


Okay, itu saja perkongsian saya..
Semoga entry ini boleh dijadikan ingatan dan panduan..
Sharing is caring.. Take care & have a nice day..


Regards,


Saturday, August 03, 2024

,
Hello everyone..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca yang dirindui.. Rindu serindu-rindunya okay.. Belum pencen dari dunia blogging, I know sepi dari dunia blogging seketika, I'm back now, alhamdulillah.. 

Hari ini hujung minggu teringin decor bilik kecil di ruang atas. It is the smallest room in the house. Pemilihan perabot pula, tak keluar modal beli baru sebaliknya guna perabot sedia ada, just tukar tempat, tolak ke kiri kanan..  Seperti biasa Pinterest adalah platform mencari bahan rujukan sampai naik juling dan rambang mata demi mendapatkan decoration ideas mengikut kesesuaian ruang. On top of that semua decor cantik tak tahu mana satu kita nak ikut.. 

Bilik ni ruang kecil attach dengan bilik air. Saya cadang untuk dijadikan fashion room cum craft room and at the same time cadang juga untuk jadikan bilik santai baca buku.. Itulah tak sedar ruang bilik kecil, sekangkang kera tapi ada hati sumbat semua benda dalam satu bilik, hehehehe

Okay sebelum decor-decor inilah hasil yang agak sesuai sebagai rujukan.. Berikut antara inspirasi decoration yang catches my eyes:

Reading room decor idea

Pilihan pertama untuk ruang bacaan.. Dekat dengan tingkap, pencahayaan dan pengudaraan pun baik.. Berangan sambil baca buku, minum kopi ditambah pula hujan renyai-renyai.. so heaven! 

Untuk merealisasikan ruangan begini, saya perlukan 3 book shelves jenis Ikea Billy bookcase yang sememangnya sedia ada tapi sekarang dijadikan tempat simpanan beg. Saya cadang untuk dijadikan sebagai tempat letak buku-buku sebagai reading corner.

Tapi dalam masa yang sama berminat juga dengan decor begini.. 

Dressing room idea

Dressing table di depan tingkap, 3 rak buku tadi dijadikan tempat simpanan bags. Kemudian letak island di tengah, boleh letak bunga hiasan atas island.. Island saya guna Ikea Kallax saiz 77 x 77cm seperti dalam gambar. Hurrmmm masih berkira-kira mana satu decor menjadi pilihan.

Kalau anda, mana satu decor yang menjadi pilihan? Adakah reading corner atau fashion corner? Please drop your answer in the comment section below.. I need your feedback.. Really appreciate it!

Seterusnya inspirasi kedua, berangan juga nak buat open closet macam ni.. Gantung baju yang selalu dipakai.. Baju yang jarang guna boleh lipat dan donate. Ini juga salah satu cara untuk declutter pakaian yang tak dipakai dari memenuhi almari pakaian. Abaikan susunan kasut sebab saya tak letak kasut dalam rumah. Cara begini seperti all in one.. Boleh pilih baju and at the same time ada ruang make-up.

Open closet idea

Tapi kelemahan konsep open closet ialah habuk. Kalau tak rajin mengelap memang tak sesuai buat open closet apatah lagi saya ada si bulus yang bermaharajalela dalam rumah, hehehe

Open closet idea

Bila gantung baju di open closet, mana pula tempat untuk simpan towel dan pakaian sulit? So saya plan untuk diletakkan dalam storage begini.. Storage ini menggunakan perabot Ikea jenis Kallax saiz 69 x 132cm. Masukkan insert supaya tertutup jadi sedap mata memandang. Storage ini akan diletakkan bertentangan dengan 3 book selves tadi.

Ikea Kallax storage 

In term of storage untuk craft papers dan stationery, saya akan susun dalam Ikea Kallax seperti gambar di bawah. Jadi tak nampak bersepah atas meja atau sarat dalam laci.

Ikea Kallax storage idea

Buat masa ni focus dengan minor decor dulu.. Bila sudah direalisasi baru pergi ke next level.. Ini pun agak mencabar juga sebab based on my previous experience, bila ikut seperti susunatur di Pinterest tak semua seperti yang dirancang. Ada juga yang kurang sesuai sebab ruang tak sama seperti dalam gambar, contoh : warna dinding, flooring dan sebagainya.. 

Jika ada kesempatan pada masa hadapan, saya ingin ubah suai bilik kecil ini dengan mendapatkan servis pasang cermin dinding supaya bilik ini kelihatan lebih besar dan juga pasang lantai kayu yang baru. 

Walau apa pun belum cuba, belum tahu.. Kita tengok bagaimana hasilnya nanti.. Andai sesuai saya akan update dalam post akan datang.. so stay tuned :)

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Jangan lupa bantu saya membuat pilihan.. Doakan juga supaya saya terus konsisten dalam blogging selepas ini..

Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Monday, March 11, 2024

,
HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Follow Us @ladyinredplanner