Sunday, June 07, 2020

,
BELI POKOK DI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Al-kisah fenomena indoor plants sedang melanda rakyat Malaysia. Viral sana sini pelbagai pokok hiasan dalam rumah. Mujurlah hobi menanam pokok tak kira untuk outdoor atau indoor plants dah lama sebati dalam diri saya. Jadi takde la tiba-tiba terkejut mencari atau memburu pokok-pokok hiasan terutama snake plant di nursery pokok yang kini harga tiba-tiba melambung tinggi sekarang. Saya memang suka gardening. Snake plants pun dah lama tanam sampai banyak beranak-pinak.

Namun begitu tak pernah jemu dengan pokok hiasan sebab minat sentiasa ada, cuma keadaan sekarang tak boleh merentas negeri membataskan saya untuk ke nursery kegemaran saya di Sungai Buloh. Selain ke Sungai Buloh saya suka pergi nursery di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Harga di sana jauh beza lebih murah berbanding di sini. Sebenarnya plus minus duit tol dan minyak lebih kurang sama tapi ada kelebihan dari segi jauh perjalanan, luas pemandangan hehehehe. Saja nak berjalan jauh dari radius kediaman >_~


Related post : Nursery pokok murah di Sg. Buloh.

Selama ni tak pernah tahu ada nursery berskala besar di Seremban. Dijadikan cerita, bila masing-masing share nursery tempat mereka shopping pokok, ada yang berkongsi sebuah nursery di Seremban. So apa lagi, saya tak pernah pergi terus gigih ke sana untuk survey dan tengok sendiri pokok-pokok hiasan yang dijual di Seremban Landscape & Nursery tersebut.

Walaupun ke nursery, langkah-langkah penjarakkan sosial di tempat awam dan rekod maklumat turut dilaksanakan di sini di mana setiap seorang keluar, seorang pelanggan dibenarkan masuk, sanitize tangan dan check body temperature. Jadi tak hairanlah kalau anda lihat orang ramai beratur panjang di luar nursery. Selain itu semua pelanggan dan pekerja diwajibkan memakai mask.

Seremban Landscape & Nursery

Mula-mula hajat di hati cari pasu besar di samping buat perbandingan harga pokok-pokok hiasan yang dijual dengan harga di Sungai Buloh tapi lain pula jadinya. Dari segi perbandingan, beza harga hanya kurang dari RM5.00 untuk sepasu kecil pokok, kira okaylah sebab tak perlu meredah tol dan jimat minyak kereta kannnn. Konon jimatlah di situ...

Pasu yang dijual di Seremban Landscape & Nursery

Banyak pasu bunga dipamerkan di sini namun satu pun tak menarik minat saya disebabkan ianya tak disusun dengan rapi, berhabuk serta tiada tanda harga di mana ianya agak menyusahkan saya. Saya tak suka buat benda remeh, leceh dan menyusahkan diri sendiri.  


Pasu putih di Seremban Landscape & Nursery

Jadi terus ke nursery.. Jom kita tengok pula pokok-pokok hiasan yang ada di Seremban Landscape & Nursery ini. Boleh tahan banyak juga pokok-pokok hiasan di situ. Saya difahamkan Seremban Landscape & Nursery ini juga membekalkan pokok-pokok hiasan untuk landscape di sekitar Negeri Sembilan.


Himpunan pokok bunga raya
Pokok-pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery
Pokok-pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery
Spesis pokok ati-ati

Itu hanya sebahagian sahaja pokok-pokok yang ada yang sempat saya ambil gambar. Dalam banyak-pokok, bunga ati-ati (solenostemon/coleus) ini menarik perhatian saya disebabkan warna yang menyerlah lebih-lebih lagi di bawah panas terik matahari.

Saya hanya menghabiskan masa di situ lebih kurang setengah jam kerana kurang selesa disebabkan cuaca panas ditambah pula orang mulai ramai. Walaupun cuba menahan diri dari beli sebarang pokok baru dan hanya bercadang singgah sebentar di sini, tapi saya sempat beli beberapa jenis pokok untuk menambah koleksi yang ada, hehehehe. Aduhai terjebak juga akhirnya!

BELI POKOK HIASAN DI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY
Ini adalah hasil pokok-pokok hiasan yang sempat saya beli :

Pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Pokok nenas kerang (rhoeo tradescantia)
Pokok bunga raya, philodendron birkin, anthurium andraeanum

Tak lupa juga saya ada beli pokok cili ceri dan bayam Brazil untuk dijadikan induk.


Pokok cili ceri
Pokok bayam Brazil

Selepas itu saya ke Tesco Seremban 2 untuk membeli pasu-pasu hiasan. Walaupun pasu-pasu di situ agak mahal tapi saya puas hati kerana dapat membuat pilihan dengan tenang, pasu pun bersih dan cantik dan paling penting orang tak ramai.

Sampai sahaja di rumah saya terus ganti semua pokok-pokok yang dibeli ke dalam pasu baru.


Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)

Saya satukan semua pokok ati-ati ke dalam sebuah pasu besar untuk menjimatkan ruang dan tempat.


Pokok philodendron birkin
Pokok philodendron birkin

Begitu juga dengan pokok philodendron birkin ini. Saya satukan dengan salah satu spesis pokok ati-ati berwarna kuning hijau. Tak dapat pakai beg Hermes Birkin dapat tanam pokok Philodendron Birkin pun okaylah. Birkin juga kann muahahahaha..


Pokok rhoeo tradescantia dan dracaena reflexa 'Song of India'

Sama juga dengan spesis pokok nenas kerang (Rhoeo Tradescantia) ini. Saya letakkan dalam sebuah pasu bulat bersama pokok dracaena reflexa 'Song of India' yang mempunyai warna kontras iaitu purple dan hijau putih di samping bentuk daun yang agak serupa.

Saya biarkan kesemua pasu-pasu pokok baru di luar untuk beberapa minggu supaya akar pokok tersebut kuat dan serasi dengan tanah baru sebelum saya jadikan sebagai indoor plants.

Selain itu, pokok bunga raya masih menggunakan pasu asal so saya letak di luar manakala pokok anthurium andraeanum saya terus jadikan indoor plant.


Pokok bunga raya
Pokok anthurium andraeanum dijadikan indoor plant

LOKASI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY

Sesiapa yang ingin ke Seremban Landscape & Nursery boleh follow google map berikut :


Seremban Landscape & Nursery



Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Next post saya akan kongsi indoor plants terkini dari pokok-pokok yang sedia ada. Jika ada antara pembaca yang ingin kongsi pendapat atau tips yang berkaitan, jangan teragak-agak tinggalkan di ruangan komen.


Thank you for reading.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam.
Byeee..



Regards,

Tuesday, May 26, 2020

,
SALAM AIDILFITRI 2020 / 1441H | Alhamdulillah kita sudah berjaya melaksanakan puasa bulan Ramadhan dan kini sudah masuk hari ke-3 umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tahun ini sambutan Hari Raya tak sama seperti tahun-tahun sebelum, namun kemeriahan tetap dirasai dengan cara kita sendiri. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri #staysafe #stayhome

Banyak pengalaman baru saya tempuhi untuk buat persiapan Hari Raya, contoh persediaan juadah Hari Raya untuk keluarga kecil saya. Selalu dah siap tersusun atas meja. Macam-macam makanan ada. Mak bangun awal pagi, siap masak. Kita bangun rasa dah awal, terhegeh-hegeh ke dapur. Tengok semua dah siap, tinggal tolong susun pinggan dan sedia nak makan. Masa tu tak rasa apa, paling kurang pun berkata : "Ehhh mak dah siap masak?"

Tahun ni takde semua itu.. Baru rasa berharga moment itu. Tahun ni semua buat sendiri, padan muka! Walau pun hanya 3 orang tapi kami nak rasa juga kemeriahan Hari Raya. Segala persiapan kami buat sama-sama untuk hilangkan perasaan rindu kepada orang tersayang di Muar, Johor.

Sebelum Hari Raya pertama saya siap-siap tempah lemang dan rendang dengan officemate.

Lemang 

Seawal pagi saya rebus nasi impit segera 6 ketul. 


Nasi impit segera

Tetiba rasa teringin sangat rendang versi airtangan sendiri, kalau tak cuba sampai bila tak reti masak rendang kann? Jadi saya pun cuba masak rendang ikut resepi YouTube. Walaupun tak perfect tapi rasa rendang tu ada. Sedaplah jugak dimakan dengan nasi impit dan lemang. Next time kena adjust sikit mana tak kena tu, hehehe. Practice makes perfect right  >_~  *wink.. wink.. wink*


Rendang airtangan sendiri

Bukan setakat rendang jer, pagi raya mak saya akan masak sup tulang.. Persiapan menu sup tulang memang ready. Inilah pertama kali seumur hidup saya, yang dah hidup 40 tahun lebih cuba masak sup tulang. Selama ni sekadar tolong mak masak. Resepi dan step pun ingat-ingat lupa. Sekarang ambik kau, teringin makan buatlah sendiri. Surprisingly berjaya, alhamdulillah! Rasa pun sama, tak sangka sebenarnya skill memasak itu ada tapi malas semua harap mak masak, huhuhu


Sup tulang

Dijadikan cerita, saya beli lemang 3 batang dan rasa banyak jadi saya pun bercadang untuk beri 1 batang kepada jiran lama kami. Kebetulan diaorang pun keluarga kecil yang tinggal merantau. So husband pun hantar sebatang lemang dan beberapa potong kek yang saya beli sebagai buah tangan. 

Kata orang rezeki, mereka balas dengan rendang ayam dan daging on top of that diaorang sedang bergotong-royong dengan jiran lain bakar lemang, dapatlah sebatang lemang lagi sebagai pertukaran, alhamdulillah.


Rendang daging pemberian jiran lama
Rendang ayam pemberian jiran lama

Petang sebelum hari raya saya beli 6 buku kek lapis Sarawak. Kek lapis Sarawak juga merupakan salah satu juadah must have di pagi raya. Jadi kenalah beli untuk feeling raya kat kampung kannn.. Potong siap-siap letak dalam bekas Pyrex untuk hiasan atas meja di ruang tamu walaupun setakat untuk makan sendiri.


Kek lapis Sarawak

Untuk pengetahuan, tahun ni takde beli biskut raya langsung. Ada sebekas pemberian bos lama, okaylah tu buat syarat.

Selesai masak semua lebih kurang pukul 10.00 pagi, saya terus bersiap untuk sesi video call dengan parents, ipar-duai dan adik-beradik yang lain. Walaupun jauh tapi suasana raya masih dirasai. Selepas video call, sesi bergambar keluarga sebagai kenangan dan masa untuk makan! 

Oh lupa, serunding pemberian orang outstation dari Kelantan.


Pinggan juadah raya

Pada sebelah malam, layan anak bujang sorang ni main bunga api. Bunga api ni pun jumpa dalam stor, beli masa umur dia 10 tahun. Mujur masih elok.. Bolehlah layan perasaan dia, hehehehe


Main bunga api

Sambil tu, masa luang saya isi dengan berbalas ucapan dengan saudara-mara dan sahabat-handai melalui social media. Seronok melihat mereka berbaju raya sedondon dan menyambut Hari Raya cara mereka sendiri.

Rindu? Bohonglah kalau takde rasa rindu.. Semua tu terpaksa pendam dan cuba jalani cara hidup baru. So tak mahu sedih-sedih, kepada mereka yang masih ada ibubapa, adik-beradik dan saudara-mara terus berhubung melalui teknologi yang ada. Kepada mereka yang telah kehilangan orang-orang tersayang teruskan berdoa. Itu saja yang mampu kita kirimkan kepada mereka setiap hari. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin.

Okay, thank you for reading. Jangan lupa kongsi cerita anda. Mana yang ada blog link entri Hari Raya, just drop your link in the comment section below. Nanti saya kunjung balas.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

#ceritarayacovid19


Regards,


Loading...

Monday, May 11, 2020

,
HARI PERTAMA KERJA BERMULA PKPB | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Uikshh rindu, rasa lama tak update blog. Kali ni saya nak share story tentang pengalaman bekerja hari pertama apabila bermula fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Al-kisah lepas PM umumkan PKPB pada 4.05.2020 lalu, maka majikan ku yang tercinta pun keluarkan memo untuk beroperasi semula selepas PKP. Hari ke-52 PKP (kalau tak silap) adalah hari pertama menjejakkan kaki ke pejabat. Frankly speaking memang malas! Rasa awkward sebab macam lost dalam satu zone pelik. Mujur masih ingat jalan ke office. Kalau dibuatnya guna waze memang parah.

Melepasi taman perumahan ku yang sunyi sepi

Pagi itu semasa keluar rumah, keadaan masih lagi sunyi sepi. Kenderaan lalu lalang di persekitaran taman masih boleh dikira dengan jari. Sambil memandu masih belum terima kenyataan mula bekerja hari itu. Memang mencabar bila kita hadapi sesuatu keadaan yang bermain dengan emosi, huhuhu.

Mask dan rekod bacaan suhu badan 

Apabila sampai di perkarangan pejabat, mula pakai mask. Petugas telah sedia di lobi untuk ambil suhu badan setiap kakitangan yang hadir ke pejabat dan rekod di kad kedatangan ini. Hari pertama suhu 35.8 mungkin nervous masuk kerja sebab tu sejuk. Hari ni pula suhu badan 36.1. Alhamdulillah sihat dan dibenarkan bekerja.

Sepanjang di pejabat terasa waktu seperti lambat berlalu. "Jam rosakkah, padahal banyak kerja dah aku selesaikan" - bisik hati ku. Bosan!

Perjalanan pulang dari pejabat

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba. Yeayyy masa untuk balik! Terbayang muka anak dan rutin biasa sepanjang PKP lalu.. Rindu masa-masa itu. Hari ini masuk hari kedua saya ke pejabat. Lega bila jadual rotation  mula berkuatkuasa. Giliran saya selang 2 hari bekerja dari rumah. 


Begitulah serba ringkas, perasaan bila dah lama tak keluar kerja. Sebenarnya saya sangat takut keluar rumah sejak Covid-19 mengganas. Sepanjang PKP, tanggal 6.5.2020 lalu merupakan hari pertama saya keluar melepasi pintu pagar rumah sejak 18.3.2020 lalu. 

Okay, setakat ini sahaja.
Jaga diri, kita jaga kita.

Loading...

Wednesday, April 29, 2020

,
POPCORN CARAMEL : EXPECTATION vs REALITY | Kisah ini berlaku sebelum bulan Ramadhan. Rasa nak buat stock popcorn untuk makan-makan masa tengok movie. Al-maklum sepanjang PKP ni suka layan movie sampai berjam-jam. Malangnya apa yang dirancang tak jadi, maka jadilah popcorn yang layak dimasukkan dalam Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Popcorn caramel

Sebenarnya hati mula meronta-ronta teringin makan popcorn caramel macam kat cinema. Dah lama tak keluar ke shopping mall, mulalah tekak ni mengada-ngada nak makan macam-macam. Terbayang rasa caramel yang pekat macam gambar kat atas, ada bau hangit sikit dan rasa chocolate caramel sikit, ampun terus telan ailio.

Maka layanlah juga anak tekak mengada ni so tanpa berlengah, ku suruh husband pergi beli bertih jagung dan butter masa dia belanja dapur tempoh hari. Barang-barang popcorn dan ready tinggal semangat merealisasikan project buat popcorn caramel. Mood belum mari.


Selang beberapa hari, terus masuk dapur. Masa ni hati bersemangat nak buat popcorn caramel, siap rujuk resepi dan tengok YouTube. Hadam semua proses  step by step. Dalam hati, oh begitu, senang jer.. Tengoklah senang ke tidak yaaa... hehehe

Mula-mula masukkan butter tunggu butter cair kemudian masukkan segenggam bertih jagung.

Masukkan bertih jagung dan butter

Saya guna periuk bertutup kaca senang pantau kejadian popcorn itu nanti. Bila bertih jagung tu meletup-letup rasa best.

Bertih jagung dah kembang gebu-gebas

Seterusnya tunggulah sampai bertih tu tak meletup lagi dan semua pecah jadi popcorn. Masa ni hati berkembang sama macam popcorn kembang seperiuk, bangga kejap. Gebu kembang punya pasal sampai terbuka tutup periuk.

Popcorn yang sudah masak

Kemudian, tuang semua popcorn dalam periuk tadi ke dalam tray supaya tak melekat. Tabur secubit garam semasa popcorn masih panas.

Tibalah masa buat caramel. Sediakan kuali bersih atas dapur, buka api. Kemudian masukkan secawan gula pasir, sedikit butter dan secawan air. Masak dan kacau atas dapur dengan api perlahan hingga air kering.

Masalahnya kenapa bila air kering campuran tu semua bertukar jadi gula pasir semula? Itu yang saya tak faham dan spoil di situ. Saya pernah buat kek sarang semut, elok kejadian caramel masa tu padahal guna cara yang sama.

Campuran gula pasir, air dan butter

Bila jadi gula pasir semula, saya pun tambah sedikit air dan kacau lagi. Masih ke bentuk asal. Mulalah rasa fed-up dan buang masa asyik mengacau gula ni tapi tak tahu sampai bila mahu perang.

Popcorn versi reality

Bila agak-agak gula tu pekat, saya pun tuang semua campuran gula tadi ke atas popcorn. Inilah hasil kejadian. Popcorn tadi yang gebu-gebas terus mengecut dek curahan air gula panas. Manis jangan kata, for me boleh potong kaki I tell you!

Bila tak jadi, saya tunggu popcorn tu sejuk. Ingat nak buang dalam tong sampah sebab malas tengok benda tak jadi sebab rasa hampa sungguh, tapi Arief kata dia nak makan so just letak dalam balang. Setakat ni terusik sikit-sikit popcorn tu. Dia pun tak makan sangat. Jadi tunggulah masa yang sesuai bila kemas dapur nanti ke tong sampah juga akhirnya.

Maka dengan ini sekian sahaja cerita Popcorn Caramel : Expectation vs Reality yang menghampakan. Kalau pembaca ada tips macam mana nak buat caramel yang cantik, jangan lupa share di ruangan komen. Mungkin cara saya ada yang silap.

Sekian, thanks for reading.
Selamat berbuka puasa!


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner