Friday, March 04, 2022

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya tak berkongsi cerita dalam blog ini.. Hari ini ada cerita baru ingin dikongsi kerana ianya pengalaman baru pada diri saya sejak membela kucing.. 

Al-kisah tentang Coco Chanel (panggilan Coco) si kucing baka Siam mendatang yang saya bela sejak 5 bulan lalu tiba-tiba buas. Ianya sesuatu yang mengejutkan saya.. Untuk pengetahuan, minggu lepas saya hantar ke klinik memandangkan dia on heat.. Suara dia bergema satu taman.. Lepas spay maka bermulalah perangai dia yang semakin mengganas.. Sebelum ni dia memang suka bergurau kasar dengan cara menggigit jari saya.

Siamese cat


Dipendekkan cerita selepas keluar dari wad, saya terpaksa asingkan dia dari kawan-kawan lain atas arahan doktor sementara luka jahitan kering. Jadi malam kelmarin, saya cuba bermanja dengannya memandangkan kasihan dia mengiow meminta perhatian. 

Sedang saya mengusap kepala dan bermanja dengannya tiba-tiba dia meronta. Dia ingin melepaskan diri dari tangan saya, tak semena-mena tangan saya digigit sekuat hati. Cengkaman giginya tak mahu lepas hingga saya terpaksa mengibas tangan dengan kuat hingga dia terpelanting. Darah memancut tak henti-henti keluar dari luka di tangan saya.. Saya panik! 

RAWATAN AWAL

Saya tadah tangan di bawah air yang mengalir hingga kulit kecut. Kemudian saya tekap dengan tuala bersih. Saya segera basuh luka dengan sabun antiseptik. Bila darah mula berhenti mengalir, saya sapu dengan betadine antiseptic. Kemudian saya tampal dengan plaster luka untuk mengelakkan darah dari terus keluar.

Memandangkan gigitan tersebut berlaku pada pukul 11.00 malam, maka saya mengambil keputusan untuk ke klinik pada keesokan harinya. Keesokan harinya apabila bangun dari tidur saya dapati tangan saya bengkak.. Plaster luka juga basah dipenuhi darah..


Hari pertama selepas digigit kucing

SUNTIKAN VAKSIN TETANUS

Selepas waktu kerja, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. Melalui pembacaan, selepas digigit kucing, rawatan ke klinik perlu dibuat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.. Doktor memberitahu bahawa luka bekas gigitan tersebut sudah dijangkiti kuman dan mula merebak.. Saya mulai risau, bimbang luka saya semakin teruk.. Doktor menyarankan supaya saya diberikan suntikan vaksin tetanus untuk mengelakkan kancing gigi. Selain itu saya diberi ubat untuk membantu pemulihan luka yang dialami.

Ubat merawat bengkak akibat gigitan kucing

Hari ini genap hari kedua, walaupun bengkak masih belum surut dan masih merah tapi saya lega setelah mendapatkan rawatan di klinik.. Saya hanya perlu memantau luka tersebut dan makan ubat mengikut nasihat doktor.


Hari kedua luka gigitan kucing

Pengalaman ini betul-betul buat saya trauma untuk memegang Coco dalam masa terdekat.. Saya masih terasa bisa gigitannya.. Ianya sesuatu yang mengerikan..


Inilah Coco 

Betullah kata orang, kucing ni makhluk yang sangat memahami perasaan kita.. Sejak kejadian itu, Coco langsung tak berani tegur saya. Dia tak berani bertentang mata dengan saya. Dia hanya memandang saya melalui ekor matanya (seperti dalam gambar).. Mungkin masing-masing trauma..

Kasihan pun ada tapi tunggulah Mummy reda dari trauma baru boleh bermanja dengan Coco semula okay..  



Regards,

Thursday, December 16, 2021

,
Artikel ini perkongsian dari Facebook.. Saya terhibur apabila membaca post ini sambil dalam hati berkata sungguh creative si penulis tersebut..

Jom baca:


Dari KEINGINAN hingga KEMATIAN


Ketika anda dah mempunyai isteri, tapi masih membayangkan wanita lain untuk nikah lagi. Itulah yang dinamakan KEINGINAN.

Ketika anda bertemu wanita cantik dan solehah dan.. anda ingin menikahinya tetapi, wajah isteri anda selalu terbayang-bayang. Itulah yang dinamakan KETAKUTAN tapi anda tetap nekad menikahinya. Itulah yg dinamakan KEBERANIAN.

Ketika anda sedang mengadakan akad nikah, tiba-tiba isteri anda datang, itulah yang dinamakan KETAHUAN.

Tetapi isteri anda tak marah dan tak melempang madunya, malah turut hadir dalam acara tersebut. Akan tetapi dia membawa anak-anak anda demi menjaga kehormatan anda.. Itulah yang dinamakan KEAJAIBAN.

Ketika Anda pulang ke rumah isteri pertama anda, lalu dia menyambut anda dengan senyuman, malah dia membawa secawan kopi panas kesukaan anda, sambil berbisik : "Abang lepas nikah bini nombor 2 ni makin macho la.."  Itulah yang dinamakan KEANEHAN.

Setelah minum kopi.  Tiba-tiba seluruh otot anda kekejangan dan mulut anda berbuih.. Itulah yang dinamakan KERACUNAN...!! Tak lama selepas itu anda menemui ajal, itulah KEMATIAN.
Begitulah pengakhiran jalan cerita di atas..
Sekadar jenaka hari ini, just chill and don't take it serious okay.. 


Regards,

Wednesday, December 15, 2021

,
Lama saya tak bersiaran di blog ini, al-maklum kekangan rutin harian yang membataskan diri untuk menulis.. Okay make it short, kali ini saya kembali untuk review scented glass candle dan electric wax warmer by Doploscents yang sesuai digunakan sebagai wangian dalam rumah. Sebut sahaja lilin wangi or aromatheraphy candle sudah pasti muncul di fikiran jenama pilihan masing-masing. Oh ya, post ini bukan post berbayar tapi sekadar review jujur dari saya sebagai pengguna scented candles ini.

Menyalakan lilin wangi dalam rumah sudah menjadi trend masa kini.. Saya sendiri akan terus rasa seolah-olah berada dalam spa, rasa tenang dan secara tak langsung hilang stress. Selain perfume, saya suka haruman dari lilin wangi yang dapat menyegarkan ruang dalam rumah.

Scented candle

Saya percaya setiap orang tentu suka persekitaran aroma yang wangi, begitu juga dengan saya. Saya suka persekitaran yang mempunyai pengudaraan baik, berbau harum, bersih dan segar. Untuk pengetahuan, wangian boleh membuatkan kita tenang dan memberi mood yang baik. 

Selama ini saya suka menggunakan lilin wangi dari Ikea. Kali ini citarasa saya agak berbeza kerana saya telah diperkenalkan oleh officemate saya lilin wangi dari Doploscents. 




Kita sedia maklum, scented candles memiliki berbagai aroma dan bentuk. Biasanya terdapat dalam bekas kaca. Begitu juga dengan scented candle dari Doploscents. Ianya diperbuat dari premium coconut dan soy wax. Paling penting paraben-free. Saya pernah beli scented candles secara online tapi bila bakar bahagian atas bekas kaca berjelaga. Namun scented candle Doploscents tidak begitu.

Pertama kali melihat packaging lilin wangi tersebut hati saya terus jatuh cinta.. Saya tertarik dengan haruman bunga-bungaan dan vanilla. Sebagai salam perkenalan, saya beli 2 bekas lilin wangi tersebut jenis Tuberosa (aroma jasmine dan green floral) dan Vanifolia (notes of vanilla bean, buttercream and cake).. Malah terdapat 3 lagi jenis wangian lain iaitu Cuddle, Popcorn dan Strawberry.


Scented candle and wax burner by Doploscent

Inilah orang kata - tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal terus jatuh cinta langsung upgrade dari scented candle ke wax warmer burner

Wax burner and wax tarts

Saya order wax warmer burner sempena 12.12 Sale tempohari. Service dari seller sangat pantas membolehkan saya menerima pesanan tak sampai sehari. Seronok bukan main, terus unboxing. Pasang plug, letak wax tarts di ruang atas dan on suis.. tak lama wax tarts cair maka semerbak bau wangi memenuhi ruang bilik.


Wax tarts telah cair

Apa yang menarik tentang wax warmer burner ini ia mudah panas, selamat digunakan (menggunakan mentol kecil) selain bentuk aesthetic - gabungan warna putih dan elemen kayu sangat bertepatan dengan konsep hiasan rumah saya. Nyalaan lampu juga terang so tak perlu buka lampu. 


Koleksi scented candle and wax burner 

Buat masa ini saya letak dalam dressing room supaya harumannya memenuhi ruang bilik dan melekat pada pakaian.. Bila saya pasang pada waktu malam dalam ruang berhawa dingin, bau aroma wangi bukan hanya memberikan ketenangan pada minda untuk seisi rumah malah memudahkan tidur dan memastikan kita mendapat tidur yang berkualiti.  

Penggunaan scented candle pada setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian ataupun ketika bersiap ke tempat kerja, ianya menjadi mood booster untuk hari saya. Bauan menarik serta menenangkan mampu memberi kesan yang baik kepada emosi dan perasaan kita. Emosi dan mood yang baik sangat penting untuk  memulakan hari agar segalanya dapat dilakukan dengan lancar.

On my dressing table

Frankly speaking, sejak saya menyalakan scented candle di rumah, saya kurang mengalami stress atau sakit kepala, bila study pun rasa tenang.
Sesiapa yang ingin mendapatkan scented candles dan electric warmer wax by doploscents boleh search di Shopee.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Terima kasih sudi singgah di blog ini..
Sehingga kita berjumpa lagi di blog post akan datang.. Akhir kata, take care & stay safe..




Regards,

Wednesday, September 15, 2021

,
Article dari Mimi Rahim ini menarik perhatian saya ketika scroll Facebook pagi ini. Apabila dihayati perkongsian tips untuk ibu mengawal emosi sangat membantu ibu-ibu di luar sana (termasuk diri saya sendiri) menguruskan emosi seharian terutama sekali ketika kita berada di rumah menguruskan keluarga semasa pandemic ini. Saya copy paste dan abadikan di sini sebagai rujukan.

Tips Penting Untuk Ibu Mengawal Emosi

Antara tips nak jaga hati kita sendiri, nak jaga mental kita untuk sentiasa best kat rumah dan orang sekeliling seperti anak, suami, kawan juga selesa dengan kita di musim pendemik:

1. Mandi sebelum subuh - Niat supaya Allah ringankan seluruh anggota kita dan doa supaya kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi dan memakai wangi-wangian, mulakan hari dengan segar.

2. Siapkan plan/susun kerja seharian sebelum subuh - Siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. Wajib masukkan waktu rehat untuk diri sendiri walaupun setengah jam. Waktu terbaik ialah setengah jam sebelum masuk waktu solat Zohor.

3. Selepas subuh jangan tidur - Ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.

4. Kurangkan bermedia sosial - untuk perkara yang sia-sia. Scroll Instagram sejam tak terasa padahal masa sejam yang berkualiti boleh digunakan bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.

5. Fokus Perbaiki DiriDuduk rumah, fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya kita ubah & apa perancangan kita untuk ubah lagi. Contoh : Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh, tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka dan buang dengan rasa syukur - walaupun sekadar mengubah tabiat mandi jer pun..

6. Sedekah setiap pagi - Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita perolehi iaitu cara syukur dengan memberi. Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, share resipi memasak atau apa-apa perkara yang ada kebaikan & manfaat untuk orang lain. 

7. SenyumSenyum pada semua, senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati yang ikhlas. Bila anak buat hal, terus senyum dan istighfar. Pasti hati kita tenang.. 

8. BersenamOrang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya. Bersenam sangat membantu kecerdasan kita. Cuba bersenam dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat & istiqarah. 

9. Berkata baik atau diamKalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan orang sakit hati, cuba tahan... sebab akibatnya bukan hati orang jer sakit, kita juga akan sakit hati. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata. 

Rumah kita bukan jadi syurga lagi kalau semua orang nak menang bercakap kerana panggilan Allah pada ahli syurga “Wahai jiwa yang tenang…..” 


يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ 

Arab-Latin: yā ayyatuhan-nafsul-muṭma`innah 
Terjemah: Hai jiwa yang tenang. — Quran Surat Al-Fajr Ayat 27



Regards,

Follow Us @ladyinredplanner