MY WISHLIST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga readers dipermudahkan segala urusan.. Entry kali ini saya ingin berkongsi impian saya untuk memiliki barang-barang idaman hati.. Setiap orang mengidamkan untuk memiliki sesuatu lebih-lebih lagi dari hasil titik peluh sendiri. Namun kemampuan dari segi kewangan dan tanggungan membataskan kita untuk memenuhi semua impian atau kehendak tersebut.
Jadi suka saya ingin berkongsi dengan readers mengenai target saya mencapai kehendak saya tahun ini. Saya abadikan di sini dalam senarai My Wishlist, acah-acah berangan dulu okay ;-)
1. Lancome La vie est belle EDP 100ml
Saya suka floral scent ni.. Baru-baru ini saya terpikat dengan bauan perfume ini yang hampir sama dengan bau perfume kegemaran saya iaitu Bvlgari Rose Essentielle. Saya bercadang untuk mendapatkan perfume ini dalam tempoh terdekat. Lagi pun stock perfume Bvlgari sudah lama habis.. Oh ya untuk pengetahuan perkataan 'La vie est belle' berasal dari bahasa France yang bermaksud 'hidup ini adalah indah'.
2. BURBERRY ladies watch
Jam ini telah lama menjadi idaman saya untuk memilikinya bagi menggantikan jam sekarang yang telah uzur. Saya memang suka aksesori dari jenama Burberry. Simple dan elegant..
3. NINE WEST Jackpot Pointy Toe Pumps
Cantik kannn kasut high heels ni.. Ketinggian kasut ini 3.5". In shaa Allah ada rezeki nanti ianya milik saya.
4. COACH Sullivan Messenger in smooth leather.
Saya perlukan messenger bag untuk kegunaan mesyuarat di luar atau ke Mahkamah. Saiz messenger bag ni mestilah muat fail ukuran standard. Bila saya pakai bag ini, saya tak perlu bawa 2 bag berasingan lagi seperti kebiasaan, memadai hanya 1 bag ini sahaja.
5. MICHAEL KORS Selma Mini Saffiano Messenger Bag (small)
Bag ini saya akan guna apabila keluar hujung minggu. Selama ini saya guna shoulder bag jenis Longchamp Le Pliage medium size apabila bersiar-siar. Jadi bila beli bag ini saya boleh tukar-tukar bag. Walau bagaimanapun, bag ini hanyalah optional, bergantung kepada budget yang ada..
6. COACH Pop Slim Envelope Wallet in printed cross-grained leather
Lastly, wallet.. Saya perlukan wallet. Coach wristlet sebelum ini sudah menunjukkan retak di bahagian lining. Rasa tak selesa dan nampak tak cantik. Saya perlu cari pengganti wristlet tersebut. Inilah pilihan saya..
Begitulah 6 barang dalam senarai wislist untuk diburu.. Oleh kerana keadaan ekonomi peribadi agak kurang memberangsangkan jadi target saya untuk dapatkan semua ini sebelum hujung tahun 2017, in shaa Allah.. Doakan saya diluaskan pintu rezeki yaa.. ;-) hehehe
Regards,
38 Comments:
Cantiknya Michael Kors tu 👍😍
Saya nak peti ais besarrrr kat umah kecik saya... Ahli bertambah maka patut ler tambah ruang nak menyimpan... Hehehe...
semoga wishlist sis LZ dipermudahkan ya
Betul HH, segar biji mata bila tengok..
Impian Hani bukan hanya kehendak tapi kira keperluan juga sebab untuk family..
In shaa Allah, harap ada rezeki untuk Hani memiliki peti ais besar.
Aminnn..
Semoga makhbul doa Cik CL 😍
Akak pulak nak beli produk mac tapi belum kesampaian nak pegi shopping..harap sebelum raya ni...
In shaa Allah, bila akak shopping raya nanti jangan lupa selit product MAC ni dalam senarai supaya tak miss..
In Shaa Allah semoga tercapai wishlist kakak hehe :*
https://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/5-tips-kurangkan-rabun-mata.html
Gaahhhh!! Semua barang yang tak berapa nak murah huhuhu... I guess, lain peringkat umur, lain keinginannya. Akak baru tadi asben bagi kelulusan order satu barang dalam wishlist. Yeayy!! *tepuk tangan kuat2*
Kak jam tu cantiklah...insyaAllah..niat yang baik disertai dengan usaha..pasti Allah makbulkan..ameen.
Aminnn...
Akak sedang berusaha ke arah mencapai impian merealisasi wishlist itu Elsa..
Bertabah kumpul duit, hehehe ;-)
Waaaa sungguh bertuah Kak Nin..
Husband dah bagi kelulusan,cepat-cepat order sebelum dia tukar fikiran, hehehehe gurau tau..
Mesti seronok bila wishlist menjadi kenyataan.. Patutlah tepuk tangan kuat-kuat..
Cantikkan jam tu PC..
Betul PC akak memang berusaha keras untuk merealisasikan wishlist itu..
Aminnn...
love the perfume!
semoga LZ berjaya tunaikan wishlist seblum berakhirnya tahun 2017.
^_^
Semuanya best kot wishlist LZ tu. Segar mata tgk beg2 tu semua. Jam tu serius cantik LZ. Suka warna dia. Semoga semuanya tercapai. Nanti update lah mana yg dh dpt di genggam ye. Hehe
So far Ana takde wishlist lagi selain dari nak travel ke luar negara je. Itupun bergantung pd ekonomi yg tak berapa nak memberangsangkan tahun ni. Kalau tak, duduk jalan dlm Malaysia je lah nampaknya. Itu pun dah Alhamdulillah. :)
Hi dear! Cantiknya blog kamu dear...tq komen my blog. Wauuu sonok kan sharing wishlist...kasut tu mmg elegan sgt2...hope your dreams comes true. Keep in touch ya!
Cantiknya beg MK tuuuuuuuu.. 😘😘😍😘
Wishlist Cik Renex nak beli mesin bigshot untuk bisnes kraf . Tapi xde rezeki lagi nak membelinya.
Moga Sis dikuniakan kelapangan rezeki dan dapat beli barang-barang yang diingini tu :)
wahhh semua barang best2... moga semuanya tercapai untuk dimiliki.. ;)
bau perfume tu memang bestttttttt sangat kak..
Aminnnn..
Best kann perfume tu SA..
Aminnn...
Barang-barang idaman semua tu Ana, lama dok mengidam.. Target biar lambat asal dapat, hehehe. In shaa Allah, bila dapat nanti saya kongsi review yer.. ;-)
Ana suka travel.. LZ pula suka barang camtu tak berapa suka spend duit utk travel.. LZ pun doakan semoga impian Ana tertunai satu masa nanti.. ;-)
Hi Julia.. terima kasih sudi kunjung balas blog LZ ni..
Malu bila dapat kunjungan tetamu popular - LZ shy..shy.. ;-)
Kongsi wishlist untuk lepas gian sebelum achieve, hehehe
Aminnn.. Semoga impian Julia pun akan terlaksana..
Will do keep in touch.. thanks!
Cantik kann CikRenex, beg idaman akak tu, hehehe
Akak doakan semoga business CikRenex bertambah maju, diluaskan pintu rezeki supaya dapat merealisasikan impian CikRenex itu.. Slow and steady okay.. Don't give up! ;-)
Aminnn..
Sis pun doakan agar impian Farrah terlaksana juga..
Thanks dear ;-)
Aminnnn..
Thanks Lea 😍.. Semoga impian Lea juga terlaksana 😘..
Sama taste kita E'in 😍
Akak pun suka sangat bau perfume tu..
Buat masa ini guna miniature dia tapi tak puas bila belum dapat sembur dari botol besar, hehehe
Suka tengok beg Coach sullivan tu.. Rasanya lelaki pun sesuai pakai kot... cantik dan menarik :)
Messenger bag tu unisex Tuan..
Sesuai juga untuk Tuan 👍
Saya suka perfume. Tp bila tengok harga dan dan rasa sayang pulak.
LZ memang suka sangat dengan perfume ni Mak Nom.. Tak sayang duit kalau berabis bab perfume, tapi berpada-pada jugak laa, hehehe
Sesekali lepas gian beli medium size apa salahnya Mak Nom.. 😊
Wahhhh taste akak LZ ni memang ada curlassss tau <3
Biasa-biasa sahaja Mai.. ;-)
ammvoiii semuanyer bling bling belaka cikKak Lz tuuuh., ;p
salam ramadhan dan selamat berpuasa dari wak yg jauh dimata..
Hihihi bling bling sikit-sikit jer Wak.. 😁😁
Terima kasih Wak sudi kunjung balas..
terkejut mya tgk wishlist kak LZ.. semuanya superb..
mya doakan impian kak LZ tercapai..
Aminnnn..
Saja reward diri sendiri dengan sesuatu yg akak suka 😄..
Thanks Mya sudi kunjungbalas.. 😍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!