RESEPI CENCARU SUMBAT SAMBAL SIMPLE & SUP SAYUR DAGING KAW | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba.. Bulan penuh keberkatan bagi seluruh umat Islam dan dalam bulan tersebut juga umat Islam sibuk menggandakan amalan.. Jadi dalam kesibukan menjalani ibadah dan aktiviti harian, pengurusan masa amat penting lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Kaum wanita walaupun sesibuk mana sudah pasti ingin menyajikan hidangan iftar dari air tangan sendiri untuk keluarga sepanjang Ramadan ini. Maka, resepi ringkas adalah jalan terbaik..
Bila sebut juadah iftar, saya perlu sediakan menu berkuah yang berkhasiat. Al-maklum dalam bulan Ramadhan, cuaca agak panas dan kandungan air dalam badan juga berkurangan. Jadi juadah iftar perlulah menu yang berkuah. Selain itu juadah saya mesti ada sedikit rasa pedas sebagai pembuka selera.
Oleh itu, juadah iftar DELICIOUS RAMADHAN yang menjadi kegemaran saya ialah IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL SIMPLE dan SUP SAYUR DAGING KAW.. 2 menu ini memenuhi citarasa saya dan paling penting mudah disediakan. Saya kongsi di sini untuk dicuba oleh my lovely readers :
Oleh itu, juadah iftar DELICIOUS RAMADHAN yang menjadi kegemaran saya ialah IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL SIMPLE dan SUP SAYUR DAGING KAW.. 2 menu ini memenuhi citarasa saya dan paling penting mudah disediakan. Saya kongsi di sini untuk dicuba oleh my lovely readers :
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1 ulas bawang besar saiz sederhana
2 biji cili merah besar
Belacan bakar - anggaran mengikut citarasa masing-masing
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perencah Knorr Pasti Sedap All In One
Minyak untuk mengoreng ikan
3 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1 ulas bawang besar saiz sederhana
2 biji cili merah besar
Belacan bakar - anggaran mengikut citarasa masing-masing
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perencah Knorr Pasti Sedap All In One
Minyak untuk mengoreng ikan
Cara Memasak :
Ikan cencaru dibelah belakang mengikut kedalaman yang boleh, kemudian dibersihkan. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam – ketepikan.
Tumbuk
bawang merah, cili merah, belacan dan jangan lupa sedikit perencah Knorr Pasti Sedap All In One untuk penambah perisa. Bila sudah lumat, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di belakang ikan cencaru yang
dibelah seperti dalam gambar di atas. Tips : Tekan sedikit untuk bagi padat supaya isinya tidak terkeluar bila digoreng nanti.
Kemudian,
panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dengan
api sederhana seperti dalam gambar. Perlu diingat, sambal yang disumbat tadi mudah hangus, jadi api hendaklah dikawal mengikut
kesesuaian.
Siap! Maka, bolehlah dihidang semasa iftar dan dimakan bersama SUP SAYUR DAGING KAW…
RESEPI SUP SAYUR DAGING KAW pula seperti berikut :
Bahan-Bahan
1/2 kilo daging lembu
3 biji kentang - bersihkan dan potong dadu
2 biji tomato - basuh dan potong baji
3 batang celery - potong serong
2 biji tauhu
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Air
Bahan-Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar*
2 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
2cm halia*
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kiub Knorr Seasoning Beef
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Kisar bahan-bahan bertanda *
Cara memasak
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, serbuk ketumbar, lada putih dan lada hitam - kacau hingga bahan tumisan layu dan naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga daging masak, bertukar warna. Kemudian masukkan air hingga menutupi daging. Masukkan kiub Knorr Seasoning Beef , kacau kemudian tutup dan tunggu hingga kuah tersebut mendidih.
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan kentang dan celery. Kacau sekali sekala. Apabila kentang sudah lembut, masukkan tomato, tauhu dan sedikit garam mengikut citarasa masing-masing. Kacau, apabila tomato sudah layu, padam api. Sedia untuk dihidang. Semasa menghidang, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan.
Mudah dan berkhasiat kerana terdapat bermacam sayur di dalam sup ini.. Resepi all in one dan pasti kaw!
Apa pula resepi kegemaran iftar Ramadhan anda? Kongsilah sama..
Di kesempatan ini juga saya nak bongkar rahsia merangkap BERITA BAIK!
Persediaan menu iftar Ramadhan tahun ini saya banyak berjimat kerana awal-awal lagi saya telah membeli groceries di Bazaar Ramadhan Lazada.
Okay, jom cuci mata.. Saya kongsi di sini antara groceries yang dibeli di Bazaar Ramadhan Lazada iaitu :
Perencah Knorr Pasti Sedap All In One untuk menambahkan kelazatan juadah yang dimasak. |
Perencah Knorr Seasoning Beef 6 Cubes untuk Resepi Sup Sayur Daging Kaw |
Selain membeli-belah di bahagian groceries, saya juga tertarik dengan diskaun yang ditawarkan di bahagian Kitchen Appliances.. Saya beli 2 perkakasan elektrik ini untuk memudahkan persediaan masakan iaitu Tefal Blender with Two Chopper dan Panasonic 1.8L Jar Rice Cooker :
Tefal Blender with Two Chopper mempunyai Tripl'Ax Technology - 6 bilah |
Panasonic
1.8L Jar Rice Cooker dengan ciri-ciri istimewa keep warm function
sesuai untuk memastikan nasi sentiasa panas sementara menunggu waktu
iftar.
|
Jom kita shopping di Lazada sempena Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale!
Cepat-cepat sementara tempoh promosi masih ada..
Cepat-cepat sementara tempoh promosi masih ada..
Regards,
8 Comments:
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dear. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Sedap resipi tu. 2-2 ana suka makan. Ikan cencaru tu kalau mkn dgn sos kicap cili memang syok.
By the way good luck LZ.
Samalah kita Ana 😍.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelum..
Ringkas resepi LZ ni Ana tapi ni laa juadah paling LZ suka. LZ pun suka makan camtu.. eh samalah taste kita, hehehe 😆
Salam Ramadhan kak LZ....kak sup tu...sedapnya hirup kuah dia hangat2...boleh berpeluh..
Moga peluang ramadhan kali ini kita isi sebaik-baiknya dengan segala amal kebaikkan..ameen.
Selamat Menyambut Ramadhan sis LZ.. ❤❤
Aduhhh dah siap menu ye LZ... ni mmg betul betul tak sabar nak masak menu iftar ni haha...
Biasanya kalau masak sup saya guna rempah sup siam segera. Senang banget kerjanya hihi...
W'salam PC..
Akak suka sup campur camni PC.. Senang 1 lauk semua ada dalam tu.. Hirup kuah terus rasa segar..
Aminnnn, semoga Ramadhan tahun ini kita dapat menggandakan lagi ibadah kita..
Samalah kita HH..
Salam Ramadhan juga diucapkan 😍
Haruslah Mak Nom 😉.. menu kena sedia awal supaya tak ketandusan idea bila masak nanti..
Oooo x tahu pula kelebihan sup siam segera ni. Boleh cuba juga nanti 😄
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!