SEKITAR PAMERAN DINO DISCOVERY WORLD EDU TOUR | Al-kisah dalam busy bekerja sempat meluangkan masa melayan permintaan anak untuk ke pameran ini yang juga dikenali sebagai Dino Edu Tour. Pameran ini sponsored by GROLIER dan dianjurkan oleh SKYLIMIT EVENT. Pameran berlangsung di Centre Court, Mydin Mall, Seremban 2 dari 9.05.2017 hingga 14.05.2017 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Ini bermakna hari ni hari terakhir pameran ini diadakan.
Seminggu sebelum pameran ini diadakan tak silap semua sekolah di sekitar Seremban 2 telah dihebahkan melalui pamphlet yang diedarkan ke sekolah-sekolah. Maka anak-anak pulang ke rumah bersungguh-sungguh menujukkan pamphlet tersebut dan meng-influence ibubapa supaya membawa mereka ke pameran ini termasuk anak saya, hurrrmmm.
Bayaran masuk : RM8.00 (dewasa) manakalan RM5.00 (kanak-kanak).
Jom kita explore apa ada dalam ni:
Jom kita explore apa ada dalam ni:
Pintu masuk yang gah menunjukkan kepala dinosaur menjadi tarikan kanak-kanak dan ibubapa..
Aummmmmm...
Ngeri jugak andai masih wujud dinosaur ni zaman kita..
Duduk gualah kita jawabnya..
Beriya saya ke tingkat 2, ingat boleh tengok free dari atas, rupanya tertutup rapat, hampa..
"Kak, nak tengok bayar tiketlah, mana ada pameran free zaman sekarang ni.. " saya merasakan seolah-olah dinosaur yang terjulur kepala dari kandang itu berkata-kata demikian kepada saya. Hahaha kena gelak dinosaurs..
Replika fossil dinosaur..
Replika volcano, tak pastilah pulak apa motif sebenar..
Jenis replika dinosaurs yang dipamerkan di sini..
Terdapat beberapa replika dinosaurs yang besar, sukalah kanak-kanak bergambar bersama..
Selesai meninjau replika dinosaurs dalam khemah, keluar sahaja terus dipanggil untuk ujian IQ.. Si anak excited maka mama pun menurut padahal niat tadi nak beli groceries kat Mydin..
GROLIER merupakan the #1 home-learning programme for kids.
Sebelum berakhir, post satu gambar kanak-kanak keriangan selepas meneroka alam dinosaur.
Begitulah cerita yang ingin dokongsi bersama..
Wuish... Harini hari last!!! Sesuai sangat untuk budak2 nih. Kalau saya hahaha tunggu ada anak lah baru pergi hahahahahah
ReplyDeleteHa'ah Amer, hari ni last tentu ramai berduyun-duyun pi Mydin Mall Seremban 2.. Kalau pameran ni dekat dengan tempat Amer pegi jer, kita pun boleh belajar tapi kena minatlah sebab tak semua orang minat sejarah zaman batu ni kann.. hehehe
DeleteSyafi suka juga dinosaur tp kalau dpt tgk yg besar mcm ni confirm melalak. Hari tu ada satu replika dinosaur dekat melaka. Baru panggil dah lari jauh takut. Haha
ReplyDeleteHahahaha samalah jugak Arief masa umur 4 hingga 5 tahun camtu..
DeleteSekarang dia tak takut dan minat dengan cerita zaman dinosaurs pulak Ana.. Pantang ada buku dinosaurs mesti beli, koleksi katanya.. hurmmm layan jer laaa hihihi
Sesuai untuk anak2.
ReplyDeleteBetul Pakcik WP..
DeleteIbubapa kanak-kanak pun teruja.. :-)
Ini kalo ada buat kt ipoh..comfirm ank2 saya nk pegi.
ReplyDeleteRasa mcm ke jurasic park pulak bila byk replika dinosor ni
Best jugak Putri, banyak perkara kita boleh pelajari.. Kalau ada di Ipoh jangan lepaskan peluang.. 😄
DeleteSeronoknyaa. Kalau dekat leh terjah.
ReplyDeleteG jurassic park muar sis LZ. Best jgk.hee
Belum sampai lagi CikRenex, memang nak pergi sangat kat Muar tu tapi masih belum berkesempatan.. 😄
Deletecomel dinosor dia. haha
ReplyDeleteKalau garang sangat rupa dinosaurs tu takde kanak-kanak berani masuk ruang pameran tu nanti Poyak.. 😅..
DeleteBudak budak mmg sukalah tengok dinasor. Tp dah katanya anak masih kecik ye LZ layan jerlah hihi....
ReplyDeleteHarap harap penganjur tak taulah awak tempek gambo kat blog ni hihi
Betul Mak Nom, layan anak mak pun terjebak sama..
DeleteTapi tak fahamlah, apa maksud ayat kedua Mak Nom tu? Puas LZ fikir 😕
Menarik.. kalau lea bawak sikecik Qhaliff tu mesti dia takut.. ekekkee
ReplyDeleteArief masa umur bawah 4 tahun pun takut replika dinosaurs ni Lea..
DeleteTunggu Qhaliff besar & faham baru okay kot Lea. Hehehe ragam anak-anak.. 😄