Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Blog post kali ini saya ingin mengabadikan cerita tentang #throwback Jumaat lalu bersama #ganglunch.. Mula-mula we decided to have our lunch at Sushi King. Malangnya takde rezeki sebab penuh.. So tukar plan ke Pizza Hut mana lagi kalau bukan di AEON Seremban 2..

Girl's Luncheon
Makan di Pizza Hut bukanlah sesuatu yang luar biasa or "wow" sebab kebanyakkan orang mampu makan di sini.. Apa yang ingin saya kongsi ialah apakah menu yang membolehkan kita berjimat. Jika dulu ada set Express Lunch berharga RM8.90 terus order tapi sekarang sejak menu baru harga pun 'baru' (you know what I  mean?) jadi kenalah belek menu dari cover ke muka belakang bagi memastikan makanan yang dipesan just nice, berbaloi dengan harga dan tak berlebih-lebihan untuk elak pembaziran dari segi makanan dan wang ringgit.

Bagi menggantikan set Express Lunch kali ini ada satu set untuk seorang yang dinamakan Hut's Set Jimat bernilai RM17.50..


 
Pizza Hut

MENU HUT'S SET JIMAT DI PIZZA HUT

Bila order Hut's Set Jimat kita dapat :

1 personal Pizza atau 1 Pasta (boleh pilih) 
1 cream of mushroom soup 
1 appetizer (boleh pilih jenis appetizer) 
1 minuman.. 


Memang memenuhi citarasa saya kerana apabila berkunjung ke Pizza Hut saya setia dengan menu yang sama, mesti ada mushroom soup dan makanan berasaskan pasta..

Hut's Set Jimat
Sambil makan boleh jimat.. Biasalah masa perut kenyang terasa nak makan macam-macam bila dah kenyang makanan tak habis dan membazir.. Jadi bersederhanalah.. 

Mushroom soup
Creamy Carbonara
Hut's Set Jimat didatangkan bersama minuman, saya pilih Peach Tea manakala appetizer saya pilih 5 pieces chicken sticks..

Peach tea
5 pieces chicken sticks
Gambar-gambar seterusnya makanan yang dipesan oleh rakan-rakan lain.. Ni pula gaya mek Ganu kita menggunakan kudrat yang ada gigih mengeluarkan sos dari botol untuk dimakan bersama chicken sticks, hehehe jangan marah mek den gurau..


Mek Yuh - click photo untuk ke blog beliau
Spaghetti Arabiata
Baki pizza Mrs A
Hidangan hari itu
Lepas makan kitaorang bercerita sakan.. Topic perbualan berkisar 'isu semasa'.. Haippp bukan gossip tau, tak baik gossiping lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang penuh barakah..

#ganglunch
#ganglunch
Alhamdulillah, selesai makan masing-masing membawa diri untuk urusan window shopping ke kedai yang dihajati.. Meeting point telah ditentukan dan mesti berjumpa semula pada pukul 2.15 petang untuk sama-sama berjalan pulang ke pejabat meneruskan tugasan hakiki..

Begitulah kisah #throwback bersama #ganglunch dan perkongsian untuk berjimat bila makan di Pizza Hut... Jika ada antara pembaca ingin berkongsi pengalaman, cerita atau tips yang berkaitan saya amat mengalu-alukan..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,
I am LZ