Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pagi hari cuti begini selalu fikir breakfast sedap... Hujung minggu biasa saya breakfast di luar. Antara restoran pilihan, saya akan breakfast di Station Food, Port Dickson kerana dekat dengan tempat tinggal saya.. Nama Station Food baru sahaja ditukar, sebelum ini Station Food dikenali sebagai Sukhand's Food Station. Pertama kali saya makan di sini pada 17 Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah, restoran ini masih bertahan sehingga kini..

Walaupun restoran ini sudah bertukar nama namun menu yang disediakan masih sama..

Jalan Mambau ke Port Dickson
Perjalanan mengikut Jalan Mambau ke Port Dickson

MENU MENARIK DI STATION FOOD

Restoran ini terkenal dengan hidangan Nasi Ayam Hainan.. 

Restoran Station Food's
Nasi ayam Hainan
Selain nasi ayam Hainan berdasarkan review dari pengunjung mereka suka mee kari.. Saya akui mee kari juga sedap, kuah kari yang pekat ada udang, hirisan terung goreng di samping aksesori lain..

Mee kari
Apa yang best, seawal pagi kita boleh menikmati heavy breakfast seperti nasi ayam, mee sup, nasi lemak, mee kari, laksa selain menu sarapan pagi yang lain.. Tak lupa juga set ubi rebus rare.. Susah jumpa ubi rebus dihidangkan di restoran dalam bandar sebab itu saya kata rare, hehehe..

Pada 10 February 2018 lalu saya berkesempatan menikmati breakfast di sini, saya ordered :

Station Food Port Dickson
Mee sup
Station Food Port Dickson
Bubur claypot
Menu sarapan lain seperti set American Breakfast :

Station Food Port Dickson
American breakfast
Station Food Port Dickson
Set ubi rebus
Minuman seperti biasa, saya order nescafe tarik dan milo tabur untuk Arief.. My husband minum teh tarik (minuman tiada dalam gambar)..

Station Food Port Dickson
Nescafe tarik
Station Food Port Dickson
Milo tabur


Walaupun restoran ini boleh dikatakan biasa-biasa sahaja tapi saya suka menu yang disediakan, semuanya memenuhi citarasa saya dan keluarga.. Harga juga berpatutan.. Bab service depends pada keadaan, so far saya masih tiada pengalaman mengecewakan di sini..

Andai ada antara pembaca bercuti di Port Dickson, boleh singgah di Station Food ini.. Lokasi kedai berada di tengah pekan Port Dickson berhampiran SBC Book & Stationery Sdn Bhd.

Sebelum restoran ini bertukar nama, saya pernah buat review di blog lama, Sukhand's Food Station, Port Dickson for the first time..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,
I am LZ