Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Salam Jumaat juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian.. Sudah tiba kita di hari Jumaat yang penuh barakah ini.. Cepat sungguh masa berlalu. Minggu ini fikiran sedikit bercelaru, memikirkan duniawi, ada kecewa, sedih, semuanya berkaitan dengan perangai manusia ..
Dua For Relief From Sadness, Depressions, Anxiety, Worries & Difficulties |
Pagi ini sambil memandu ke pejabat macam-macam perkara bermain di fikiran.. Dalam waktu yang sama leka mendengar dan menghayati bait-bait lirik lagu Opick bertajuk "Bila Waktu Telah Berakhir"..
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang
Dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Bukan minat pada penyanyi tetapi lebih kepada mesej yang terkandung dalam lirik lagu itu..
Penuh dengan kesedaran terasa insaf, kerdil diri ini.. Bila layan lagu Islamic begini timbul kesedaran dalam diri.. Hati jadi tenang, sedikit sebanyak mengawal perasaan ini supaya berpijak di bumi nyata kembali pada landasan sebenar.. Peringatan kepada diri ini - Hal dunia hanya sementara so tak perlulah beriya sangat sampai overthinking..
"There's a time to be a nice person and there's a time to say enough is enough"
Itu sahaja yang ingin dikongsi bersama.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
suka dengan lagu ni banyak mesej yang disampaikan
ReplyDeleteMelodi lagu ni pun tenang-tenang Sha, menusuk kalbu..
DeleteKalau dengar lagu mcm tu nak beli blouse pun dah tak selera LZ ...huhu....
ReplyDeleteTulah tu namanya pun manusia, bila sedar, insaflah sekejap lepas tu lupa balikkan LZ
Betul sangat Kak Nom, tepat sekali.. LZ setuju, buat apa pun tak tenang sebab ingat dosa, huhuhu..
Deleteingat kematian memang menginsafkan...
ReplyDeletelagi kuat ingatan ke arah itu..
lagi kuat untuk beribadah..
itu yang terbaik
In shaa Allah semoga terus istiqamah...
DeleteTerima kasih mrhanafi..
dunia penuh dengan hiasan, yes so true!
ReplyDeleteIndeed farhanna..
DeleteDunia hanya sementara..terima kasih atas perkongsian dan peringatan..
ReplyDeleteSama-sama Fidah 😍
Deleteterbaek lirik ni..
ReplyDeleteLirik dan melody menusuk kalbu 😊
Delete