RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA-THAI MUDAH & SEDAP
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Happy Monday!!!.. Tak mahu Monday blues okay.. So untuk elak Monday blues saya kongsi resepi dinner malam tadi iaitu Ikan Siakap Stim Ala-Thai yang mudah dimasak dan sedap dimakan - opsss macam biasa dengar tagline tu. Lagi pun dah terlalu lama saya tak kongsi resepi dalam blog ini.. Hurrrmmm nampak sangat lately akak jarang memasak dikkkk itu yang sebenarnya...
Okay, don’t worry resepi saya semua ringkas, mudah dan senang tapi sedap boleh dimakan, trust me!.. Frankly speaking, saya ni tak pakar sangat dalam memasak tapi bolehlah masak untuk family..
Okay, don’t worry resepi saya semua ringkas, mudah dan senang tapi sedap boleh dimakan, trust me!.. Frankly speaking, saya ni tak pakar sangat dalam memasak tapi bolehlah masak untuk family..
Jom kita tengok dulu hasil kejadian sebelum kita pergi ke bahan-bahan dan cara masak. Gambar nampak kurang menawan tapi percayalah rasanya memukau, hehehe
RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA-THAI MUDAH & SEDAP
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana - potong butterfly & cuci bersih
2 biji bawang putih - cincang halus
1 cm halia - hiris nipis
1/2 kiub pati ikan bilis - ramas hingga hancur
2 sudu besar sos ikan kukus jenama Faiza
1 sudu kecil asam Jawa tanpa biji
2 biji cili api - bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
Daun limau purut - koyak 2 bahagian
Daun ketumbar - potong kasar
Daun sup - potong kasar
Daun bawang - potong kasar
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Letak ikan dalam bekas stim.
2. Lumur ikan dengan asam jawa tanpa biji, garam dan gula.
3. Tabur bawang putih, halia, cili potong, daun limau purut, sos ikan, kiub ikan bilis.
4. Tutup dan kukus selama 20 minit (bergantung kepada saiz ikan) atau sehingga ikan masak. Tambah sedikit air kalau ingin sedikit berkuah.
5. Bila ikan masak, tabur daun ketumbar, daun sup dan daun bawang.
6. Ikan siakap stim ala-Thai sedia dihidang.
Untuk pengetahuan pembaca, resepi asal guna limau nipis tapi saya gantikan limau nipis dengan asam jawa. Berdasarkan pengalaman saya limau nipis akan ada rasa pahit yang membuatkan rasa tak konsisten, jalan selamat saya guna asam jawa tanpa biji.
Bagaimana pula cara anda?
Kongsi di ruangan komen, cara dan pendapat anda. Segala komen dan maklumbalas saya ucapkan thank you in advance..
Selamat mencuba resepi ringkas ini.
19 Comments
menu ni mmg mudah sgt...yummmyyyy
ReplyDeleteExactly mama Tisya 😍..
DeleteMenu sihat...kuahnya tu..hui sedap..
ReplyDeleteBetul PC, akak suka hirup kuah bila steam ikan camni 😊
Deletewahhhh. sedap ni :)
ReplyDeleteMesti laa sedap, favourite sis 😄
DeleteWahhh senangnya ! Boleh la try masak lepas ni...
ReplyDeleteSilakan Anina ☺️
Deletebestnya.. senang pun iya kan.. lepas tu hirup kuah tu perhhhh =D
ReplyDeleteSenang sangat Siti, resepi akak memang simple tapi masih mengekalkan rasa asli, hehehe ☺️
DeleteMmg nampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteTerima kasih saudara KK ☺️..
DeleteSuka ikan siakap masak stim cenggini ;-)
ReplyDeleteKannn Mrs A, sesekali makan lauk light camni memang layan 😊..
Deletesinggah sini sambil follow blog hehe
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html
Terima kasih lullabyssz 😍..
Deleteaduh terliur teruk, tetiba lapar tgh malam gini
ReplyDeleteAduhai bertabahlah adik Sha ☺️..
DeleteLiez mmg sukamakan ikan stim... nnt nakbuat la ikut resepi LZ
ReplyDeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!