Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Pretzel Auntie Anne's, ntah kenapa lately sukaaaaa sangat padahal sebelum ini tak pandang dan tak teringin langsung.. First time masa orang dok sibuk makan Auntie Anne's pretzel di outlet KLCC, saya pernah beli sekali. Masa tu beli flavor original, bila makan ada rasa masin.. Iskh apa ni? Rupa macam roti tapi nape masin, getus hati ini.. Hahahaha nampak sangat first time kannnnn, tak tahu padahal macam-macam perisa kita boleh pilih.. Itu cerita berpuluh tahun lalu, sekarang bila 'pandai makan' bukan main suka..
Auntie Anne's Pretzel |
Selain pretzel biasa saya suka pretzel stix Eclairs, fuhhhh I tell you sedap sehingga comot.. Coklat cair meleleh tepi bibir pun tak sedar.. Bila tengok cermin, adoi comot! Nasib baik takde meeting mengejut or jumpa orang kalau tidak tentu ingat orang tu senyum-senyum kat kita sebab kita lawa padahal comot dengan coklat, hehehe
Sekarang outlet Auntie Anne's ada di AEON Seremban 2 so boleh repeat makan sampai puas.. Lepas lunch mesti beli untuk dessert kata ku..
Auntie Anne's AEON Seremban 2 |
Selain beli ala-carte boleh beli set siap air, lebih jimat..
Auntie Anne's Halal logo |
Makan tanpa was-was sebab Auntie Anne's dijamin HALAL.. Lihat ada halal certificate ditampal pada dinding..
Auntie Anne's Pretzel |
Antara product Auntie Anne's yang masih panas dan menggugat seleraku..
Pretzel Dip |
Oppppsss lupalah! Sebenarnya sebelum makan pretzel stix eclairs tadi hasrat hati nak buat review sekali tapi sebab tak sabar maka selamat sudah masuk perut.. Tak sempat me-review pretzel stix itu.. Nampak tak betapa sedap penangan pretzel Auntie Anne's ni.. By the way, pretzel stix eclairs 6 batang hanya RM5.50 sahaja..
Auntie Anne's Pretzel Original |
Maka tinggallah pretzel original untuk tatapan pembaca.. Sedap tau tambahan lagi kita dip into caramel sauce yang boleh dibeli berasingan.. Makan tak sempat pelawa kawan sebelah, jadi kedekut sekejap hihihi gurau!..
Oh ya Auntie Anne's juga salah satu outlet yang tersenarai dalam FaveDeals.. Fave adalah tawaran dari applikasi cashback sehingga 70% yang menjimatkan wang anda di banyak tempat. Jadi saya mengalu-alukan pembaca yang ingin promosi menarik atau kupon discount dari Auntie Anne's atau tempat-tempat lain supaya download apps Fave via Apps Store atau Google Play di smartphone anda.
Related post : Enjoy promosi dan discount coupon Fave (MY)
Maka berakhirlah review saya tentang Auntie Anne's pretzel kegemaran saya masa kini... Apa pula kata anda? Kongsi pendapat anda di ruang komen di bawah..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..
Byeee..
Regards,
16 Comments:
Ya Allah teringinnye... Lama dah Lea tak makan Pretzel ni..
Memang tak boleh tolak pretzel Auntie Anne’s ni. Lagi-lagi bila cecah dengan caramel sauce,...sedapnyaaaaa!
alaa..xsempat cuba lagi pretzel auntie anne ni :)
hmmm saya takpernah try sebab saya duduk kampung tpi teringin sangat
tengok je, dah terliur dah niii,, ahahaha
Alahai cian Lea.. Ada rezeki nanti in shaa Allah Lea dapat juga rasa..
Samalah kita Farrah, penggemar pretzel..
In shaa Allah ada rezeki nanti dapat rasa..
It's okay Aisyah, in shaa Allah bila2 aisyah pi bandar jumpa outlet Auntie Anne boleh cuba..
Asyiqin kalau terliur harus pi beli hehehe 😁
Sal pun suka pretzel auntie anne's. Sedap
Samalah kita Sal, give me 5! 😊
nampak sedap.. x pernah lagi merasa ni. hehe
Sedap pada pendapat sis.. Ada rezeki ejulz dapat rasa juga satu hari nanti 😊
ini mmg fav Liez..klau kenyang punkdg2 bolehg belidan konon nak tapau.. tapi sambil jln2 makan sikit2 hihihihi
Samalah citarasa kita Mrs Liez.. Pretzel AA sedap makan masa panas, lembut, rasa manis masin gitu, hehehe..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!