Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Today I am on sick leave, tewas juga akhirnya setelah mampu bertahan hanya 3 hari.. Bukan saja-saja simpan penyakit, tak mahu pi clinic tapi malas nak tempuhi prosedur : bersiap -> pi clinic -> register -> isi borang -> tunggu nombor giliran -> jumpa doctor -> doctor check -> tunggu ubat and so on..
Mula-mula sekadar makan ubat batuk dan ubat selesema beli di farmasi.. Boleh tahan sekejap tapi tak baik sepenuhnya.. Masih lagi bertahan, semalam sempat juga pergi kerja walau rasa tak sedap badan, sore throat and cough masih ada.. Cuba juga kawal diri supaya tak berjangkit kepada officemate, memanjang tutup mulut dengan handkerchief, minum banyak air kosong dan kurangkan bercakap..
Eh.. apa pula kaitan dengan gambar?
Lauk ni juga menyumbang kepada bertambah sakit hari ini..
Lauk ni juga menyumbang kepada bertambah sakit hari ini..
Menu kari ayam, sambal belacan dan sayur |
Al-kisah, semalam during lunch hour, pi bantai makan kari ayam dan sambal belacan.. Mana tidak bila hilang deria rasa, tekak ni mulalah gatal nak makan pedas. Lepas makan, terus tak keluar suara, tekak pedih ditambah pula batuk non stop.. Adoi bila rasa diri ini hampir kritikal, lepas office hour terus pi clinic, mahu atau tidak kena tempuh juga prosedur ini : register -> isi borang -> tunggu nombor giliran-> jumpa doctor -> doctor check -> tunggu ubat and so on..
Padan muka, degil! At last tewas juga akhirnya..
Lepas ni makan ubat dan rehat secukupnya, esok kerja seperti biasa tak kira apa condition sekalipun coz ada deadline yang perlu dikejar..
Okay, that's all for now..
Thank you for reading..
28 Comments:
get well soon..skarang cuaca tgh panas...ni pn xsihat juga..weekend aritu pn terbaring..rs lemah je..tp masih kj
semoga cepat sembuh!! banyak minum air putih
Thank you Mama Tisya..
Take care of yourself 💕..
Terima kasih mummy_ayu..
In shaa Allah, itu yang LZ amalkan 💕
tu mmg part yg akak tak suka, dah la nak ke klinik, nak daftar, nak tunggu lagi dan tu semua kita rasa mcm malas sungguh hehehe
Apa pun speedy recovery LZ..take care
Allahu...moga segera sihat kak LZ...
Moga cepat sembuh. Cuaca skg ni pun panas. Nak stay dalam aircond selalu pun badan tak tahan sangat. confuse nya. Takkan tiap kali cuaca panas tiba nak kena fly ke negara sejuk kan? #eh .
Jaga diri .. =)
semoga cepat sembuh..banyakkan rehat..
Mudah2an cepat sembuhnya.
Get well soon...
Take care
Bila x sihat serba tak kena sebab tu x sabar dengan prosedur clinic kannn kak 😓
By the way, thank you kak Fuzy 💕
Aminnn, terima kasih PC 💕
Betul Zhi.. cuaca sekarang panas yang amat pasang aircond pun x rasa sejuk.. Andai ada pilihan fly ke negara sejuk alangkah indah hidup ini hehehe 😊
You, take care as well..
In shaa Allah..
Terima kasih..
Aminnnn, terima kasih pakcik WP..
Thank you Fidah Shah 💕
Same goes to you...
Syafakillah sis. Take care. Minum air banyak2 dan byk kan rehat.
Terima kasih Ana.. Sekarang dalam process jaga makan & minum banyak air kosong.. ☺️
Moga cepat sembuh sis LZ,
Musim tak menentu sekarang ni..
Husniey pun jenis payah nak ke klinik malas nak tempuh prosedur eh ke takut jumpa doktor, hehe 🤣
semoga cpt sembuh yea awk
Terima kasih HH 💕
Bila sakit malaslah nak tempuh proses tu HH.. Kalau suhu tinggi mmg wajar kita takut nanti kena injection hehehe 😬
Terima kasih Yus 😍
Awak pun take care..
Harap harap sekarang ni dah baiklah ye LZ. Mmg malas nak gi klinik kadang kadang. Nak jumpa doktor tu. Tp kalau dah tahap tak mampu bertahan mmg terpaksalah gamaknya
fuhhhh sedap kejap je tapi menanggung perit tu yang lama. Get well soon sis :)
Alhamdulillah Kak Nom dah beransur baik cuma ada batuk sikit.. Terima kasih kak..
Tu lah Farhanna menderita, rasa seksa anak tekak, huhuhuhu.. Thank you dear 💕
sedap lauk.. semoga cepat sembuh yer..
Sedap sangat masa makan ejulz pastu merana sakit tekak..
Alhamdulillah semakin pulih sepenuhnya, terima kasih..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!