Citadines DPulze Cyberjaya Hotel, Last Minute Booking Experience!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Apa khabar semua? Tentu busy usha-usha barang online kannn.. Al-maklum hari ni demam penangan SALE 11.11.. Semalam saya ready dengan post ini tapi lappy buat hal, merajuk! Dia tahu tuan dia lately browse LAZADA cari laptop baru.. Iskh..iskh..iskh I cuma survey jer... I won't replace you if you behave okay, jangan buat perangai tau, hehehe

Hari ni citer #throwback.. Al-kisah hari Khamis lalu tetiba adik saya blast dalam WhatsApp menyatakan hasrat supaya saya aturkan penginapan sambil bersantai di hujung minggu selepas urusannya selesai di Nilai.. Al-maklum dia orang luar, acah-acah nak spend masa hujung minggu menginap di hotel.. Saya terus mati kutu sebab terlalu suntuk di tambah pula hujung minggu, Isnin pula saya rasa mungkin ramai yang akan ambil cuti tersepit seperti saya sempena cuti hari Deepavali pada hari Selasa, 6.11.2018.. Ahhh kacau, booking last minute travel in peak season is generally a very bad idea.

Saya terus buka applikasi Trivago untuk buat perbandingan harga.. Trivago memutuskan agoda.com menawarkan harga paling rendah ketika itu.. Itu pun hanya studio rooms sahaja available. Perancangan saya weekend gateway kali ini sesuai di hotel attached to shopping complex kerana cuaca sekarang tak menentu, selalu hujan pada sebelah petang.. Jadi tak sesuai pergi di tempat terbuka seperti tepi pantai dengan budak-budak kecil..

Jadi saya ambil keputusan menginap di Citadines DPulze Cyberjaya.. Saya ambil jalan selamat memandangkan saya pernah menginap di sini sebelum ini, jadi agak familiar harap takde masalah untuk bawa mereka sekeluarga seramai 10 orang (tepuk dahi!)..

Citadines DPulze Hotel Cyberjaya lobby
Maka tibalah masa check-in.. Ketika itu pukul 3.30 petang.. Alhamdulillah tak ramai orang.. Ada 2 check-in lanes. Saya guest kedua.. Bila saya serah agoda.com Booking Confirmation untuk 3 bilik, muka receptionist berkerut-kerut.. Dalam hati : "Sudahhhhh, ada problem kah?".. Cuak juga saya tapi masih control ayu.. Dalam hati berdebor hehehe.. Saya sabar menanti tapi dalam hati dup dap dup dap bila brother kat reception counter nampak agak mengelabah, mundar-mandir seolah-olah mencari maklumat booking saya di komputer dan tray atas meja reception. 




Masa itu saya terdengar guest di lane sebelah tak dapat bilik sebab kuota untuk agoda.com dah habis tapi tak dimaklumkan oleh guest.. Tak tahu macam mana mereka handle perkara ini sedangkan bayaran semua telah went through dan confirmed by agoda.com... Ada juga foreigner guest complaint tak dapat bilik.. Pendek kata agak chaos masa tu..

Tak lama kemudian, I think supervisor dia datang semak semula Booking Confirmation saya terus beritahu 2 bilik sudah sedia tapi 1 bilik lagi terpaksa bagi lewat sikit sebab ada masalah wifi.. Semua bilik terletak di Level 7..

Morale of the story, even though you have received a confirmation email or reservation number, please contact the hotel to make sure your reservation has been confirmed. Saya nyaris-nyaris kena masa check-in tempoh hari..

Syukur alhamdulillah.. Akhirnya 3 bilik sudah sedia untuk check-in.. 

Citadines DPulze Studio Room
Sofa di studio room
Kitchenette
Telephone
In-room safe box & ironing facilities
Charcoal deodoriser - special sikit untuk nyah bau dalam wardrobe
Shower, toiletries & towels
Safety instructions
 Apa yang kurang menarik apabila masuk sahaja bilik hotel ada bau kepam.. Bau kurang menyenangkan mungkin dari carpet. Carpet sangat lusuh tak seperti masa mula-mula saya mengindap di sini dahulu.. Selain itu hotel ini tiada coffee house.. Masa kali pertama saya menginap di sini breakfast di Hot Jam Cafe milik KRU Productions.. Malangnya cafe tersebut telah tidak beroperasi lagi.. Cerita ada [DI SINI].. So breakfast pagi itu kami ke Old Town White Coffee yang terletak di dalam DPulze Shopping Mall..


Old Town White Coffee breakfast voucher
Voucher sarapan pagi hanya boleh diambil sebelum pi sarapan.. Additional voucher tambah RM18.00 seorang..

Old Town White Coffee menu
Pilihan makanan sarapan pagi di Old Town White Coffee.. Saya pilih menu Set A..

Old Town White Coffee
Nasi Lemak Bungkus Old Town White Coffee
Kaya & Butter Toast bread Old Town White Coffee
Soft boiled Omega eggs & Hot White Coffee
Bila perut sudah kenyang kanak-kanak semua pergi mandi kolam.. Swiming pool terletak di level 7 bersama facilities lain seperti washing machines, fitness corner & seating area.

Heading to swimming pool
Sebelum menaiki tangga ke swimming pool, saya tertarik dengan small garden yang terdapat di bawah staircase.

Devil’s Ivy plant dalam pasu
Devil’s Ivy segar di atas lantai
Pokok sansevieria atau Mother-in-Law's Tongue atau Snake Plant
Terdapat kerusi rehat di kolam renang untuk saya menikmati persekitaran kolam renang.. Pokok Mother-in-Law tongue (melampau sungguh nama pokok ni, huhuhu) ditanam dalam pasu dan disusun sekeliling tembok mungkin for safety purposes..

Lazy chairs
Swimming pool
Swimming poll
Malangnya hanya ada 1 sahaja swimming pool sekangkang kera tapi bagus juga mudah untuk memantau kanak-kanak mandi-manda.. Apa pun kanak-kanak perlu pengawasan orang dewasa apabila menggunakan swimming pool ini.. A minimum depth 1.2 meters to accommodate for both adults and children. 

Saya memang tak suka mandi-manda di kawasan terbuka, sebaliknya saya hanya menikmati pemandangan Cyberjaya..

Cyberjaya view
Cyberjaya views
LAUNDRY ROOM

Berikut bilik dobi.. Selepas mandi pengunjung boleh terus cuci kering baju di bilik laundry ini..

Laundry room
Notis menggunakan laundry room
Tempat menunggu di laundry room
FITNESS CENTER

Sementara menunggu anak mandi-manda pengunjung boleh menggunakan facilities yang ada di fitness center untuk mengelurkan peluh..

Fitness center

Selepas puas ronda dan menikmati percutian singkat di Citadines DPulze Cyberjaya.. Sebelum membawa haluan masing-masing kami singgah makan di Campur-Campur Kitchen..

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama.. Siapa antara pembaca ada experience booking hotel last minute? Good or bad experience? Apa jua pengalaman pembaca saya amat hargai perkongsian anda di ruangan komen.. Thank you in advance..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,


10 Comments:

Sha ada pengalaman booking hotel last minit.. So far okaylah.. Sha guna traveloka.. tak ada masalah..

Pernah sekali kak..En Suami kena outstation terima arahan last minit...sampai KL dah senja..tawakkal..tak booking kami terjah terus...alhamdulillah ada..pulak masa tu cuti sekolah..

Mahal tak LZ? Berapa RM semalam? Tak pernah lagi santai santai kat hotel KL ni. Best jugakkan.....Senang ada Laundry tu, boleh basuh baju kotor terus hihi...

Wah cantiknya hotel dia Ada facilities lengkap Pula tu

booking hotel last minute ni dah selalu walau kerja as travel planner ni kita nak orang buat booking in advance..hehehe

Thanks for sharing Sha.. May be next time utk booking hotel last minute LZ akan cuba book through Traveloka..

Alhamdulillah PC dipermudahkan.. Kalau last minute memang kena tawakal kann PC hanya mampu berdoa moga dipermudahkan urusan..

Hotel ni semalam lebih kurang RM300.00 kak Nom.. Kalau book awal mgkn boleh dapat lebih murah.. Kak Nom blh start survey utk weekend getaway next week, hehehe tentu best!

Itulah mamapp semua ada dan harga pun berpatutan..

Kak Fuzy stress sangat camtu.. Banyak perkara di luar jangkaan kalau book last minute kann..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More