THAI STREET FOOD FESTIVAL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Ketika post ini ditaip, hujan lebat di luar sana, syukur alhamdulillah.. Terasa nyaman dan dalam masa yang sama mata pun layu, mengantuk! Namun tetap kena bertahan untuk menyiapkan entry ini..

Entry kali ini berkenaan Thai Street Food Festival yang menjual pelbagai jenis makanan authentic, segar dan halal dari negara Thailand.. Siapa suka makan makanan Thai pasti alert dengan festival ini.. Boleh dikatakan food heaven kepada penggemar makanan Thai..

 Al-kisah saya berkesempatan pergi ke Thai Food Festival di Lukut dua minggu lalu untuk rasai sendiri ready to eat food  or street food dari negara Thai yang sukar didapati di Malaysia.. So tak perlu cerita panjang, jom layan gambar.. Let the pictures do the talking!

Thai Street Food Festival
Seperti sedia maklum, di mana sahaja Thai Street Food Festival berlangsung pasti akan disediakan meja-meja makan bagi membolehkan pengunjung terus menikmati segala makanan yang dijual di situ. 

Gerai minuman berasaskan buah-buahan segar

Gerai minuman pelbagai jenis perisa
Terdapat lebih kurang 20 gerai jualan di Thai Street Food Festival di mana setiap gerai menjual pelbagai makanan atau minuman yang berbeza.. Mereka memperkenalkan makanan atau minuman signature asli dari negara Thai.

Gerai menjual pelbagai jenis mee
Gerai somtam (kerabu betik)
Sosej cucuk
Pulut mangga Thai
Keenakan dan kelazatan pulut mangga Thai semestinya menjadi kegemaran orang ramai. Hidangan ini amat terkenal di negara Thailand. Lihat pelbagai variasi pulut mangga ada jual di sini.

Gerai Nasi Khomok & Pulut Ayam 
Selain pulut mangga terdapat juga pulut ayam... Rupa pulut ayam tak dapat saya pastikan sebab saya tak boleh makan pulut ikut suka hati nanti senang masuk angin boleh membahayakan kesihatanku, huhuhu


Gerai pulut ayam ada dijual sekali nasi khomok. Apa itu nasi khomok? Setelah mengoogle saya dapati nasi khomok merupakan sejenis nasi briyani siam. Nasi khomok ada resepi khas yang boleh didapati di Kelatan atau Thailand.

Seterusnya gerai hoi tod telur seafood..

Gerai Hoi tod Telur Seafood
Hoi tod Thai
Hoi tod Thai merupakan sejenis hidangan snack yang boleh dimakan semasa lunch atau supper. Ianya adalah campuran telur dadar dan sedikit tepung gandum yang dicampur dengan seafood seperti tiram, udang dan sotong. Boleh tahan sedap dan cepat kenyang.. Saya agak kita boleh buat sendiri di rumah..

Gerai kerabu
Gerai kerabu Thai
Gerai kerabu ini menjual pelbagai jenis kerabu asli yang terkenal di Thailand seperti kerabu Maggi, kerabu yum woon sen dan kerabu kaki ayam.

Sekali lagi saya menggoogle apakah itu 'yum woon sen'? Oh rupanya glass noodle atau su'un.. Selain itu terdapat juga gerai mee kari udang.. Teruja dengan saiz udang mee kari ini yang agak besar dengan harga yang berpatutan.

Gerai mee kari udang Thai
Gerai mee kari udang Thai
Tibalah kita di gerai menjual baby crab Thai.. Tentu pembaca pernah nampak baby crab Thai yang viral satu masa dulu.. Ada antaranya penggemar baby crab Thai ni tetapi bukan saya. Pada pendapat saya ianya agak berminyak dan tajam dek cengkerang anak ketam mencucuk dinding mulut, huhuhu..

Gerai baby crab Thai
Gerai seterusnya menjual aiskrim gulung dan aiskrim kelapa. Saya sempat beli aiskrim kelapa.. 

Gerai aiskrim gulung
Gerai aiskrim kelapa
Aiskrim kelapa memenuhi citarasa saya.. Sedap sebab saya suka rasa milky dari kelapa muda ditambah pula aiskrim vanilla, kacang tumbuk dan jagung serta pulut dalam aiskrim kelapa itu.. Semua habis saya telan kecuali sabut dan tempurung kelapa serta pulut hijau itu, hehehe..

Aiskrim kelapa
Akhir sekali sebagai penutup hasil tapau dari Thai Street Food Festival Lukut.. Saya tapau hoi tod, sotong bakar, tom yam seafood dan aiskrim kelapa..

Thai Street Food Festival
Alhamdulillah dengan rezeki pada hari itu..
Overall, of course saya suka festival makanan begini..
At least saya dapat rasa makanan asal yang terkenal dari negara lain tanpa perlu ke luar negara..


Setakat ini sahaja perkongsian cerita saya tentang Thai Street Food Festival..
Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


16 Comments:

menggiurkan..akak pun suka makanan Thai ni dan soon food festival akan ada starting 23 Nov - 2nd Dec...mmg tak sabar nak jengah nanti

Inilah masanya nak makan dan mencuba menu dari Negara Thai kan kak..geram pula tengok aiskrim kelapa tu..

best nyerrrr.... thai food festival mmg boleh buat kita x keruan... tetiba teringat chatuchak market hehehe

Terliur kita sambil baca entri akak. Huhuhu. Bestnya. Hopefully kita berpeluang lah utk pergi.

makanan tu semua menarik .... walaupun nama mcm pelik kat telinga kita, tapi kalau google , ada tu yang boleh jer kita buat sendiri kan ...

dan saya tag LZ tau kat sini:-
http://www.mrspip.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

Ya ampun jadi alpar sudahnya tengok gambar

Heavennya macam-macam ada.
Lawak pulak nama food tu hoitod hahahaa...
Nampak sedap ais-krim kelapa tu, kelapa besar lak tu.

Best kannn kak Fuzy macam2 pilihan makanan Thai jadi tak boleh lepaskan peluang Halal Thai Food Festival nanti..

Betul PC, tak selalu kita dapat peluang rasa street food Halal dari Thai..

Kalau ada pengalaman melawat negara Thai mcm anies tentu lebih arif dengan street food dari origin country kann.. mesti best..

Aaminnn, moga ada rezeki kita pergi jalan luar negara Anis, in shaa Allah someday..

Betul Mrs Pip, ada makanan kita boleh buat sendiri kecuali bahan2 susah dapat kat Malaysia, hehehe

Thank you for tagging me, good luck semoga ada rezeki Mrs Pip dalam giveaway Liyana Jasmi..

Seriously RA, tengok balik post ni teringinlah pulak mana nak cari makanan tu lagi, huhuhu

Seriously food heaven Mrs A..

aiskrim kelapa...thai foods sedap2 belaka..

Teringin pula nak rasa aiskrim kelapa dan sotong bakar tu..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More