Penghargaan Kepada Rakan Blogger Shikin Razali

PENGHARGAAN KEPADA RAKAN BLOGGER SHIKIN RAZALI | Dua minggu lalu saya terima pink parcel yang tak disangka-sangka, ada tulisan "SENDING LOVE to your doorstep".. Loves membuak-buak keluar dari kotak.. Alangkah berbunga-bunga hati ini.. Siapakah si Pengirim parcel ini? Bila saya belek butir-butir si Pengirim, barulah saya tahu parcel ini daripada rakan blogger bernama Shikin Razali.. Perasaan tak sabar ingin tahu apakah isi pink parcel ini?

Pink parcel
Al-kisah dalam bulan lalu saya terpilih antara 3 Commentators Bertuah dalam jurnal beliau. Alhamdulillah rezeki tak diduga..

Passport cover with message
Bukan itu sahaja saya juga pernah mengisi ruang Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna pada bulan Januari 2019. [CLICK HERE] untuk baca article di blog Shikin mengenai Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna yang saya maksudkan.

Lilac passport cover
Siapa tak suka hadiah lebih-lebih lagi dalam keadaan surprise kannn? Frankly speaking memang gembira sungguh di hati ini.. Hadiah misteri dari Shikin merupakan custom made passport cover yang sangat cantik berwarna lilac.

Name embossed on it
 A very nice gift with my name embossed on the front cover.

Saffiano cover
 Passport cover seperti saffiano leather memang kena dengan taste saya..


Feel free to visit Jurnal Shikin Razali - click this photo
Apa yang ingin saya kongsi di sini bukan hadiah semata-mata tetapi keikhlasan yang dapat saya rasai dari Shikin. Walaupun hanya kenal di alam maya tapi ukhuwah yang terjalin sangat istimewa. Shikin suka menyertai Segmen & Giveaway anjuran rakan bloggers tanda sokongan kepada mereka. Bukan itu sahaja, tapi dengan sukarela Shikin mengadakan satu ruang khas di blognya yang diberi nama Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna semata-mata menyuarakan pendapat ikhlas mengenai persahabatan yang terjalin antara mereka.

Pembaca nilai sendiri, bukan mudah memilih, mengulas dan memberikan pendapat ikhlas kepada rakan bloggers.. selain itu beliau memilih top commentators blog beliau dengan memberi hadiah kepada bloggers bertuah setiap bulan. Ianya memerlukan commitment yang  tinggi tapi itulah yang Shikin lakukan tanda sokongan kepada rakan bloggers.


Berikut petikan dari entry Shikin ketika saya dipilih menjadi Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna bulan January 2019 lalu.  

"Kepada Kak LZ, saya nak berterima kasih pada akak kerana masih lagi sudi untuk menjadi rakan maya saya walaupun jarak kita tak jauh mana pun, hihihi.. Apapun saya amat bertuah berkenalan dengan akak yang baik dan selalu supportive pada saya.. Terima kasih jugak kerana selalu singgah di jurnal saya dan selalu berikan komen yang membina, dan saya nak mintak maaf kerana saya jarang berikan komen kat blog akak tapi saya memang jadi silent reader yang tegar untuk blog akak.. Semoga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhirnya dan diberkati oleh Allah.. Saya doakan akak sekeluarga diberkati dan dirahmati dan selamat dunia akhirat.."  

On top of that, apa yang Shikin kata dikota.. Sikap seperti ini harus kita contohi.. Jangan janji tinggal janji.. Harus diingat apabila kita berjanji, orang ingat dan tuntut hak mereka. Sekali terkena memang tiada peluang seterusnya. Kita tak mahu perkara seperti itu berlaku..

Akhir kata, terima kasih kepada saudari Shikin Razali dan rakan bloggers yang mempunyai semangat dan ikhlas dalam menjalinkan ukhuwah antara kita. Semoga persahabatan kita berkekalan dan sentiasa tersemat dalam ingatan.. Teruskan sokongan anda..

Jangan lupa singgah blog Shikin iaitu Jurnal Shikin Razali..


 Siapa antara pembaca kenal Shikin, sila tinggalkan komen dan pendapat ikhlas anda mengenai beliau. Selain itu saya juga ingin pendapat dari pembaca mengenai ukhuwah atau persahabatan yang anda dapat melalui blogging. Tinggalkan di ruang komen di bawah. Pendapat dan komen anda sangat saya hargai.. Thank you in advance..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


22 Comments:

ada personalised name lagi.. itu jadi lagi bermakna =D

wahhh siap ada nama sendiri lg... tahniah!

Dapat kenal PC di akan maya ini pun syukur alhamdulillah 🌹...

Terima kasih Pakcik WP..

SYM pun rajin eratkan ukhuwah.. Terima kasih menjadi antara rakan blogger LZ.. 🌹

Itu yang istimewa dear anies..
Thanks for your comments and ukhuwah 🌹..

Cantiknya.. tahniah lz.. Ada terbaca juga segment blogger pilihan di blog shikin

sejak join Sahabat Blogger pada tahun 2010, memang dapat ramai kawan dari kalangan blogger dengan latar belakang berbeza2...ada yang pernah jumpa dan pergi trip bersama..hubungan sangat rapat macam keluarga..susah senang semua dikongsi..walau ada yang dah lama tak jumpa, but still keep in touch dan tegur2 di media sosial bila lalu kat timeline...

siapa saja yang datang dan pergi dalam hidup ni, kita hargainya...

Terima kasih mamapp for your support..
mamapp juga antara blogger yang rajin singgah di blog ini..

LZ setuju dengan statement Sunah Sakura..
Terima kasih juga kepada SS kerana sudi jadi rakan blogger LZ..
Semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya..

kak shikin mmg baik tau..die mmg suka jd silent reader je..jarang bg komen..wahh suka nya passport cover tu cntik sgttt

Mau tak seronok LZ....cantik! Warna pun sesuai sangat dgn LZ yg macam soft je orangnya....
Yang penting ada nama gitu...
Bila dapat surprise dpd sahabat blogger mcm ni , tetiba rasa sebak dan terharu kan

Terima kasih kak LZ di atas entri yang sangat menyentuh hati.. Semoga perhubungan silaturahmi antara kita akan berkekalan dan diredhai oleh Allah..

Betul sangat anak denesor.. Shikin memang baik hati..
Thank you for your comments..

Setuju dengan Kak Nom, bukan nilai hadiah jadi ukuran tapi keikhlasan dapat kita rasai.. Itu perasaan si penerima kann Kak Nom sebab itu rasa sebak dan terharu..

My pleasure Shikin.. Sis dengan hati yang terbuka memberi penghargaan ini..
Semoga perhubungan antara kita berkekalan dan diredhai Illahi, aminn..

best bila dapat hadiah dr blogger :)

Exactly Nurulatika.. Rasa seperti lama kenal kann..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!