Kisah Benar : Terima Mesej Telegram Nama Arwah

TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH | Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini.. Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini.. Al-kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba-tiba saya terima mesej masuk melalui apps Telegram.. TING! Bunyi mesej masuk sangat kuat tepat jam 12.58 malam.. Di screen phone terpapar notification, mesej diterima dari "ARIFF DELIA". Nama itu sangat familiar dan tersenarai dalam contact saya sejak sekian lama tetapi tuan punya nombor tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2013..  

Telegram notification message
  Sejurus selepas mesej diterima, saya rasa berdebar, serius terkejut! Cukuplah saya baca notification itu, terus letak phone di sisi katil dalam sleep mode..

Sambil lelap mata, saya membuat andaian tentu waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Tapi kenapa setelah 6 tahun berlalu? Arghhh malas fikir, mulut kumat-kamit baca surah-surah penting hingga lena..

Pagi ini seawal 5.51 pagi saya memberanikan diri untuk buka mesej yang diterima.. Sebelum itu screenshot dulu.. Hati saya berdebar, masih terkejut.. Persoalannya apakah yang terkandung dalam mesej itu?

Telegram mesej
Syukur, apabila mesej dibuka status mesej sekadar 'Unread Messages'..
Takde mesej yang 'tidak diingini'.. Tapi mengapa baru sekarang joined Telegram?
Biarlah persoalan ini menjadi tanda-tanya..Takde maknanya saya akan call nombor arwah untuk mendapatkan jawapan..

Untuk pengetahuan, arwah adalah seorang peguam dan kami bekerjasama untuk kes-kes Mahkamah sebelum ini. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Berita kemalangan arwah tersebar di beberapa buah blog dan suratkhabar.. Berikut status Facebook saya bertarikh 5 Mei 2013 di samping keratan akhbar mengenai berita kematian arwah :

Keratan akhbar
 Sehingga kini fikiran masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar mesej itu?.. Dalam masa yang sama saya masih membuat andaian mungkin waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Selain itu, tak mahu membuat andaian yang bukan-bukan..

Akhir kata :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
۞ بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

Ya Allah,  rahmatilah nya, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya,
 lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah..    


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


33 Comments:

seramnya sis LZ.. Seribu tanda tanya tuu

Seram pun ada.. tp pernah pihak celcom bagitau selepas 6 bulan.. no handphone akam di aktifkan smula.. mungkin juga org lain dah beli number tu.. wallahualam

Aah. Kaella rasa number tu org lain dah beli tu..

Betul HH, terkejut dan frankly speaking memang seram..

Betul Lady SHAH.. Kenapalah tak dispose saja nombor tu..
Kesian perasan waris arwah kalau mereka dapat mesej yang sama seperti saya..

Oh memang nombor akan recycle semula..
Baru sis tahu.. Thank you Cik Kaella & Lady SHAH for this info..

itu notifikasi dari telegram bagi tahu pada kita yang kenalan kita tu baru join telegram. mgkin no arwah dah ada orang baru yang ambik alih.

mungkin no.dia dah ada org lain guna kot..fikir yang baik2 jer..:)

Kebanyakan nombor yang tak diaktifkan (selalunya nombor prepaid) akan di recycle semula dan mungkin pihak telco tak mengubah nama pemilik asal kepada pemilik baru.. Macam nombor jiran saya, kalu ikutkan dia dah pakai lama tapi namanya kat telegram masih pakai nama orang India.. masa mula-mula dapat mesej yang sama macam sis, ingatkan orang India mana yang sesat tapi rupa2nya nombor jiran saya.. hihihi

Owh.. Takde yg pelik.. Sbb nombor tu dah di recycle blik oleh pihal telco... Jadi, org lain dh guna nombor tu... Dan kita masih save nama yg sama.. Akn naik noti dgn nama yg sama... Padahal org lain guna.. Perkara ni pnh jadi kt kawan sy juga..

Alhamdulillah kalau begitu maka terjawablah persoalan di fikiran saya.. Terima kasih CahayaHannan 💕

Alhamdulillah lega rasanya Cik Nor.. Terima kasih atas komen yang diberikan 💕..

Syukur alhamdulillah Shikin kalau begitu.. Sis nak delete nombor tu sebab as if arwah masih hidup.. Terima kasih atas perkongsian Shikin 💕..

Mmg suspen kan? Tgh mlm pulak.. maybe xde yg mistik cuma technical telegram prob..

Alhamdulillah dah terjawab persoalan saya MF.. Tak tahu pun telco akan buat begitu.. Baru first time saya alami perkara begini dalam banyak2 nombor tak sangka nombor arwah pula naik setelah bertahun lama mau tak seram, huhuhu

By the way terima kasih MF sudi kongsi info ini 💕

Iyer la Mrs Liez, teringat cerita detik 12 malam lebih kurang masa yang sama mau tak seram.. Syukur dah terjawab persoalan itu 😊..

Seram pulak baca.. Tapi mungkin org lain dah guna nombor tersebut..

Memang seram masa Sis terima mesej tu Lea tapi lepas share di blog dan rakan bloggers beritahu kemungkinan nombor telah di-recycle so lega sikit hati, fuhhhh ☺️

Mungkin, no arwah ni dah di jual semula ke public...

Mungkin juga Nieyl.. Harap begitulah..

Maybe no tu ada org baru beli sis. Tapi kalau ana pun seram juga. Ngeee

haah...ade orang lain da pakai nombor tu...kawan kita, pernah jugak baru dua hari tukar nombor baru, da ada orang lain guna nombor lama dia...

tapi, still la seram kan kalo kes macam LZ ni..

Iyer Ana itulah yang berlaku.. Sebelum tahu perkara itu memang seram Ana huhuhu

Alhamdulillah kalau begitu, dah terjawab persoalan LZ Sunah Sakura.. Lega sikit 😊..

innalillahiwainailahirojiun.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para muslimin.. tak de ape la tu kot LZ.. akak rasa waris dia tu.. hee~

Mungkin no tu dah diguna pengguna baru..

barangkali org lain dah guna nombor telefon tu. sama mcm kes hp mama sy hilang. sy still save no tu. n baru2 ni nombor tu aa dlm list WA. so sy syak org lain dah guna no tu

Seram juga kalau mcm ni. Btw, 5 Mei tu birthday Yea. Huhu

Innalillahhiwainnailaihirojiunn... Al-Fatihah buat arwah Ariff Delia. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Alhamdulillah persoalan LZ pun dah terjawab.

alamak baca entry ni tengah malam. meremang pulak.. lagi2 yang terima lagi seram.

mungkin pihak no telco dah jual semula no tu ada yg beli guna aktifkan semula.. yg ni terjadi dekat no arwah ayah mentua.. budak perempuan guna no tu...

Atau warisnya masih gunakan no tel tersebut

As slm sis, first time dtg sini:) post ini memang suspen sikit time membacanya.haha.Alfatihah buat arwah.Saya agak mungkin no phone tu org lain guna,kagum dengan respon rakan blogger dlm blog u, ramai peminat rupanya ni..hehehe..done follow u sis:)

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!