MENCUBA PRODUK WARDAH BEAUTY COSMETICS | First of all, ini bukan iklan berbayar.. Ianya sekadar perkongsian saya menggunakan produk Wardah Beauty Cosmetics buat pertama kali.. Al-kisah secara tak sengaja saya belek Instagram Ayana Jihye Moon @xolovelyayana.. Saya mengikuti kisah Ayana iaitu seorang warga Korea muallaf.. Selain itu saya suka tengok wajah Ayana yang sangat cantik, putih mulus secara langsung membuatkan saya terus minat mengikuti perkembangan beliau. Ayana merupakan duta produk kecantikan Wardah.
Oleh kerana saya meminati Ayana saya pun tergerak hati untuk mencuba produk Wardah ini.. Kebetulan juga saya suka dengan produk kecantikan..
Oleh kerana saya meminati Ayana saya pun tergerak hati untuk mencuba produk Wardah ini.. Kebetulan juga saya suka dengan produk kecantikan..
Credit to @wardahbeauty |
Wardah cosmetic berasal dari Indonesia berkonsepkan HALAL product.. For my non-Muslim readers, HALAL or spelled Hallal or Halaal is an Arabic word refers to what is permissible or lawful in Islamic law. Jadi gunakan Wardah cosmetics ini tanpa was-was.. Selain Halal, saya lebih yakin memilih produk Wardah kerana ia serap air. Warna packaging Wardah juga cantik hingga menarik perhatin saya..
Wardah Cosmetics |
So pada Jumaat lalu, saya sempat ke Watsons untuk membelek-belek produk Wardah sepuas-puasnya.. Al-maklum lunch hour panjang jadi ada baki untuk pusing mall, hehehehe..
Wardah Cosmetics from Indonesia |
Untuk pengetahuan, Wardah Beauty Cosmetics terdiri dari rangkaian penjagaan wajah, penjagaan badan, makeup dan produk rawatan rambut.
Wardah Lightening Two Way Cake |
Bukan sekadar makeup, terdapat juga rangkaian produk rawatan wajah dalam set acne series.
Wardah lipsticks and lipcream |
Wardah liquid foundation and 2 way cake |
Wardah Lip Pallets |
Here are some of the Wardah Beauty cosmetics that I purchased last Friday.. Untuk percubaan pertama, saya beli exclusive liquid foundation, lightening two way cake and 2 intense matte lipsticks.
Wardah exclusive liquid foundation SPF 30, Wardah Lightening Two Way Cake and Wardah Intense Matte Lipsticks |
WARDAH EXCLUSIVE LIQUID FOUNDATION SPF 30
Wardah exclusive liquid foundation SPF 30 |
Bedak asas Wardah atau liquid foundation ini cair dengan tekstur lembut yang diperkaya dengan pelembab mengandungi SPF 30, ianya dapat menutup ketidaksempurnaan kulit wajah. Tekstur foundation ringan dan mudah digunakan. Mampu menghasilkan kulit wajah nampak flawless, halus dan lembut. Makeup pun nampak natural dan tahan lama.
WARDAH LIGHTENING TWO WAY CAKE
Wardah Lightening Two Way Cake SPF 15 |
Produk kedua iaitu bedak compact yang dikenali sebagai lightening two way cake dengan inovasi skin lightening system.. Canggih tak? Two way cake ini mengandungi bedak dengan foundation yang mengandungi micro-bright formula membantu mencerahkan serta membuat kulit wajah terasa lebih halus sekaligus.
Memang sesuai dengan kulit muka saya yang agak kasar dan banyak parut jerawat, huhuhu bertabahlah.. Bila pakai bedak ini saya nampak warna kulit wajah saya sekata, parut atau cela bekas jerawat dan pori-pori pada wajah nampak samar di samping menutup garis halus pada wajah.. Al-maklum semakin berusia, semakin banyak garis-garis halus pada wajah.. Selain itu ianya juga dapat mencerahkan wajah.
Bukan itu sahaja, the best part saya suka bila bedak ini mampu mengawal kilat pada muka akibat minyak berlebihan.. So no more shining sebab muka berminyak. Saya juga terdedah dengan sinaran matahari disebabkan aktiviti mengambil anak pulang dari sekolah di tengah hari.. Jadi sekarang tak perlu risau dengan sinaran UV kerana bedak ini juga melindungi kulit dari sinar UV A dan UV B.. Excellent!
Wardah exclusive liquid foundation and Wardah lightening two way cake |
WARDAH INTENSE MATTE LIPSTICK
Wardah Mauve Mellow and Passionate Pink lipsticks |
Produk ketiga iaitu Wardah Intense Matte Lipstick.. Siapa kenal saya memang tahu saya ni suka kumpul lipstick.. Kali ini saya beli 2 jenis warna iaitu mauve mellow dan passionate pink yang sesuai dengan warna kulit saya. So far saya puas hati apabila menggunakan produk Wardah cosmetics ini.. Memang serasi dengan kulit wajah saya dan memenuhi keperluan saya.. Berkenaan dengan harga, jangan risau ianya harga mampu milik.. Affordable price too..
Related post : WHAT'S IN MY BAG?
Sekian, sahaja perkongsian saya mengenai product Wardah Cosmetics yang kini menjadi sebahagian koleksi makeup saya.. Sesiapa yang masih tercari-cari produk penjagaan wajah yang sesuai mungkin boleh cuba produk Wardah ini.. Bear in mind, setiap produk cosmetic menghasilkan keserasian yang berbeza pada setiap individu.. Saya serasi tapi belum tentu sesuai dengan anda.. Oleh itu cuba sendiri untuk mengetahui keserasian masing-masing..
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai produk Wardah Beauty Cosmetics ini, sila click -> WARDAH BEAUTY
Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah pembaca tahu atau mungkin pengguna Wardah cosmetics juga? Apa pun sila kongsi pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..
Regards,
36 Comments:
Boleh cuba cari produk ni...
sy kenal produk ni ms g jakarta 6 thn lps. tu pun sbb kami tersinggah toko buku yg turut menjual produk wardah ni
PC rasa tertarik la pulak..tak salah juga kalau PC cuba ni.Tapi kena beli satu persatu dulu sebab nak tahu sesuai atau tidak dengan kulit.
produk wardah memang best!
macam best je produk Wardah ni ya sis LZ. Ayana tu cantik kan!
Pernah juga rasa nak cuba.. Tapi tu la.. Tunggu la bedak compact yg ada tu habis boleh cuba yg ni pula..
pernah jgk terbaca psl produk wardah ni, pernah tgk bebrapa org yg review katanya brg dia ok jgk...
sblm ni ada usha lipmatte dia tp tak kesempatan nk beli lg...
Wah, produk baru nie ke kak..? Macam best jea..
hehehe dari instagram baca sini..confirm irda nak cuba setnya juga..tq sis for sharing,luv ya
compact cake dia yang two ways tu memang dok aim dah. tunggu yang dok guna skrang ni habis. bila jarang keluar jarang tepek bedak. lambat pulak habisnya =D
Rasa nak cuba juga ni..nak tunggu apa yg ada habis dulu..tks for sharing dik
teringin nak cuba wardah punya sunscreen, tapi still confuse nak beli ke tidak.
wardah....nak beritahu isteri....tapi....bank aku juga.mmmm....
tak pernah nampak nanti nak intai2 jugak produk ni
selalu nampak tapi tak pernah beli.. pasni boleh try la heheh
Wah mcm2 variasi produk dia
kawan kita pun ada yang guna lipstick wardah ni..suka tengok kalernya...sweet aje
terbaek produk ni.. nasib baik ejulz lelaki. hehehe
Silakan Nieyl.. Cari yang sesuai dengan citarasa Nieyl..
Ohh lama juga produk Wardah ni bertapak..
Harap bertahan lama sebab pada LZ best guna Wardah cosmetics ni..
Iyer PC, Sis pun sama mula-mula beli cosmetic asas dulu.. Kemudian tambah sedikit demi sedikit untuk lengkapkan mana yang perlu..
Yeayyy setuju dengan Feiiraizah Halisah...
So far sis guna memang best Cik Engku.. Alhamdulillah warna dan bahan-bahan Wardah cosmetics sesuai dengan kulit sis.. Ayana memang cantik Cik Engku dan sweet sangat..
Itulah yang terbaik MF.. Habiskan dulu mana yang ada then baru cuba product Wardah..
Mudah-mudahan serasi dengan MF..
In shaa Allah, kalau Dana suka next time boleh cuba lipmatte Wardah..
Memang best Shikin.. Product ni akak baru kenal tapi sebenarnya dah lama di pasaran..
Thank you for your support Irda..
Silakan cuba dan rasai pengalaman guna product Wardah cosmetics..
Harap serasi dengan Irda..
Compact cake 2 ways pun best SYM.. Tak perlu tepek tebal2, muka nampak gebu..
Takpe SYM guna sampai habis apa yang ada sebelum cuba lightening two way cake, jangan membazir hehehehe
Terima kasih Kak Fuzy sudi singgah sini..
Best kak so far LZ guna serasi, alhamdulillah.
Harap bila akak guna nanti serasi juga..
It's okay take your time.. Apa yang penting buat pilihan tepat dan serasi dengan Hang Bean..
Tak yah tunggu bank ohsenyum, mana tahu bila hadiahkan isteri product Wardah bank akan melimpah ruah, in shaa Allah berkat hehehehe
Cik Ash intai di Watsons, drug store lain LZ tak pasti ada atau tidak..
Silakan Raz kalau nak try.. Harap serasi dengan Raz.
Betul mamapp, lengkap untuk penjagaan wajah..
Iyer Sunah Sakura, warna lipstick Wardah pun sweet.. Sedap mata memandang gitu, hehehe..
Boleh beli untuk isteri ejulz, hehehe
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!