Sementara tunggu waktu berbuka puasa, di kesempatan ini saya ingin mengumumkan Projek Kad Hari Raya 2019 saya sebagai entry kali ini. Tahun ini saya bercadang untuk bertukar-tukar kad Hari Raya dengan pembaca atau rakan bloggers yang berminat menggunakan konsep Postcrossing. Camne konsep Postcrossing yang dimaksudkan? Senang sahaja..


Syarat-syarat dan cara penyertaan Projek Kad Hari Raya 2019 ini seperti berikut :

(a) Terbuka kepada semua pembaca / bloggers yang berminat untuk mengirim dan menerima kad Hari Raya;

(b) Peserta  dikehendaki untuk mengisi maklumat di "Contact Me" terletak di side bar blog ini. Dalam ruangan "Message" sila masukkan alamat surat-menyurat anda. Jika anda seorang blogger jangan lupa letak sekali url blog anda; dan

(c) Sejurus menerima maklumat di atas, saya akan email nama dan alamat kepada siapa anda perlu hantar kad Hari Raya. Jadi tunggu email saya. 

Konsep Postcrossing anda akan terima kad secara surprise. Dalam masa yang sama juga saya akan hantar kad Hari Raya kepada semua peserta Projek Kad Raya 2019 ini. Ini bermakna setiap peserta akan mendapat 2 balasan Kad Hari Raya. 


Dalam kad Hari Raya anda nanti ceritalah tentang persiapan sambutan Hari Raya anda & keluarga atau apa sahaja yang berkaitan mengikut citarasa anda.

Tujuan Projek Kad Hari Raya 2019 ini diadakan sekadar ingin mengembalikan nostalgia bertukar-tukar kad Hari Raya supaya tradisi ini tak terus tenggelam ditelan zaman. Siapa yang pernah bertukar-tukar kad Hari Raya suatu masa dulu pasti dapat merasai 'kemanisan' menghantar dan menerima kad Hari Raya. Percayalah lain sangat feeling jika dibandingkan orang wish ucapan Hari Raya melalui social media.

Bila dapat kad nanti, bolehlah share di entry blog anda supaya setiap peserta tahu ke mana dan dari siapa mereka terima kad Hari Raya tahun ini melalui Projek Kad Hari Raya 2019.

Okay, kepada yang berminat boleh bertindak sekarang dengan hantar maklumat anda.. 


TEMPOH 

Projek Kad Hari Raya 2019 ini bermula dari hari ini, 8.05.2019 hingga 15.05.2019 bagi mengelakkan masalah semasa proses penghantaran melalui Pos Malaysia. 

Ingat, setiap peserta perlu ada kejujuran dan keikhlasan.. jadi bila dapat kad raya pun senyum lebar kegembiraan, tiada aura terpaksa.. Semoga ianya dapat menceriakan hari anda..

Impian ini sebenarnya telah saya zahirkan dalam entry sebelum ini [DI SINI] tapi tak sempat tempah kad. Terpaksa beli kad yang dijual di pasaraya atau kedai buku.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen di bawah. Pembaca yang tidak berminat untuk turut serta juga boleh memberikan pendapat dan cadangan anda..

Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...