BERKEBUN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Masih boleh bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang kini sudah masuk hari ke-6 (kalau tak silap). Sama ada boleh bertahan atau sebaliknya, kita mesti patuh arahan kerajaan supaya wabak ini segera dibendung. Doa saya semoga wabak ini cepat pergi dan kita dapat kembali melakukan segala aktiviti sepertimana sebelum ini serta kekal sihat di bawah rahmat Illahi, aaminn.

Okay, dalam post kali ini saya ingin berkongsi aktiviti berkebun semalam. Sepanjang perintah kawalan pergerakan ini, sekitar pukul 7.00 pagi saya akan keluar membelek-belek tanaman di halaman rumah selepas membuat exercise pernafasan. Saya pernah updated post di  Instagram pada 16.03.2020 lalu dengan caption : "Lama tak meninjau pokok, rumput berlumba-lumba sama naik dengan pokok bunga."

Pokok rose orange

Al-maklum, sejak awal Mac 2020 lalu tanaman saya di halaman rumah terbiar disebabkan oleh rutin harian yang sibuk. Kini cuti yang ada saya gunakan untuk  'menebus' kesibukan saya dengan memberi perhatian kepada tanaman-tanaman tersebut. Inilah masa untuk cabut rumput yang menghalang tanaman ku..

Aktiviti mencabut rumput

Bila semua tanaman dalam pasu kembali bersih tanpa sebarang rumput-rumpai hati pun berlagu riang, la..la..la..la..

Pokok rose dark red

Kini bila keluar ke halaman rumah disambut dengan tanaman yang segar tambahan pula sejak kebelakangan ni hujan turun pada waktu petang.

Pokok peach roses

Harapan saya agar semua tanaman itu dapat hidup dengan sihat. Kalau pembaca nak tahu, berikut adalah progress tanaman saya dibandingkan sebelum ini :

Rose buds

Alhamdulillah setakat semalam banyak rose buds tumbuh dan saya tak sabar tunggu ianya berkembang.

Pokok bunga putih

Saya tak tahu apa nama pokok bunga putih ni, mungkin pokok bunga santalia kot.. Andai ada pembaca arif tentang nama pokok bunga ini boleh beritahu saya okay.


Pokok mangga hybrid

Ini pula pokok mangga hybrid. Saya dapat buah mangga hybrid pemberian officemate so saya pun cuba tanam biji mangga tersebut dan berjaya hidup tapi belum berbuah. Pokok ini baru sahaja diserang sekumpulan belalang. Bila saya potong habis daun yang dimakan belalang maka tumbuhlah pucuk dan daun baru seperti yang anda lihat.

Pokok daun pandan
Pokok daun cekur

Ini pula pokok daun cekur pemberian adik ipar. Kebetulan dia banyak tanam pokok ini maka diberi saya sepasu. Saya tanam jer tapi tak tahu apa masakan yang sesuai dengan pokok cekur ini. Khabarnya pokok ini digunakan sebagai ubat. Siapa tahu boleh share info please.


Pokok lemon

Pokok limau purut

Sebelum ini saya terpaksa bawa masuk pokok lemon dan limau purut ini ke dalam rumah disebabkan serangan ulat sampai langsung tak tumbuh daun. Bila daun mula tumbuh saya keluarkan semula supaya pokok-pokok itu dapat cukup cahaya, itu pun baru sehari dua di luar. Andaikata masih lagi diserang ulat memang takde pilihan lain terpaksa bawa semula masuk rumah.

Pokok serai

Kalau ada antara pembaca yang perasan, saya letak botol berisi air sirap di tepi pagar, kiri dan kanan untuk menghalau kucing. Ntah berkesan atau tidak tapi so far takde lagi kucing datang bertandang sampai tinggalkan najis jika dibandingkan minggu pertama saya pindah masuk ke rumah ini. Kalau tak sebelum ni boleh dikata setiap 2 hari mesti ada najis kucing.


Pokok daun kesum
Pokok daun kari

Ada kisah disebalik pokok daun kari ni.. Sebenarnya sebelum ini pokok daun kari dah besar dan banyak mengeluarkan cabang tetapi saya terpaksa buang pokok tersebut dengan pasu-pasunya sekali disebabkan oleh kucing jiran memerut dalam pasu tersebut. Bukan setakat botol berisi air sirap tapi jaring hitam pun terpaksa diletakkan sekeliling pokok untuk elak kucing memerut dalam pasu, haish!


Pokok rosemary

Akhir sekali pokok rosemary yang semakin tinggi.. Saya masih tak faham cara hidup pokok rosemary ni sama ada sejenis pokok yang memerlukan air yang banyak atau hidup di tanah kering.. Takpe la setakat ni pokok rosemary ku hidup dan mengeluarkan pucuk baru setiap masa. Lain kali study lagi tentang pokok rosemary. Pokok lain yang takde dalam gambar ialah pokok lidah buaya, pokok bunga kertas dan beberapa pokok bunga lain.

Begitulah aktiviti berkebun saya yang tak seberapa. Apa pula aktiviti anda sepanjang perintah kawalan pergerakan C-19 ni selain makan & tidur? Andai tak keberatan bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah post ini.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...