IKAN MASAK TAUCHU SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua  pembaca blog ini. Arahan stay at home berkuatkuasa sudah masuk hari ke-3. Jadi dalam tempoh ini mental kena ready dengan senarai resepi ringkas untuk  kegunaan harian.

Saya ada terbaca dari pengalaman pesakit Covid-19 yang sudah pulih bahawa antara makanan yang baik untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut ialah ada kandungan cuka, halia dan asam jawa. Jadi semalam timbul idea masak ikan goreng tauchu tambah asam jawa. Alang-alang masak jadi saya kongsi resepi dan cara saya masak ikan goreng tauchu walaupun resepi ini mungkin resepi 'pejam mata' bagi sesetengah pembaca yang memang expert memasak.

Ikan masak tauchu simple dan sedap

BAHAN-BAHAN 

6 ekor ikan kembung saiz sederhana
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji cili padi - belah 2
1 biji cili merah besar - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
1 cawan air masak
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bahan hirisan

CARA-CARA
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, goreng dan tos
2. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan naik bau wangi 
3. Masukkan cili besar dan cili padi, kacau seketika
4. Masukkan tauchu, kacau sebentar 
5. Seterusnya masukkan air masak dan pes asam jawa
6. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula
7. Rasa ikut kesesuaian dan masukkan ikan goreng
8. Pastikan ikan bercampur dengan bahan-bahan tumis dan menyerap kuah
9. Tambah air jika kurang. 

Siap! Simple dan sedap dimakan dengan nasi panas.
Mungkin resepi ini menjadi ilham kepada pembaca yang sudah ketandusan idea sepanjang tempoh berada di rumah. Selamat mencuba!


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...