Pernahkah pembaca tahu sebelum ini tentang terapi garam ? Siapa tak pernah tahu atau tak pernah dengar mesti akan rasa pelik.. Setahu kita letak garam dalam masakan tu biasalah, tapi sebenarnya ada kaedah dinamakan terapi garam atau turut dikenali sebagai haloterapi.

Haloterapi ni amalan zaman dahulu menggunakan ketulan besar garam Himalaya berwarna merah jambu yang diletakkan di ruang terbuka dipercayai mampu membersihkan udara dan sistem pernafasan manusia.


Selain itu, menurut kajian garam Himalaya dapat mengurangkan kegelisahan, meningkat kualiti tidur bagi pesakit insomnia (penyakit sukar tidur), pengidap penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema, masalah pernafasan seperti asthma, bronchitis, sesak nafas, selesema dan sinus serta jangkitan telinga dan banyak masalah lain selain dikatakan boleh membantu menstabilkan emosi. Garam ini dipercayai membebaskan ion negatif yang terikat dengan molekul yang tidak dicas dan hilang di udara. Ion-ion ini juga dilepaskan oleh pergerakan air sungai dan laut.


Kini, garam Himalaya mula digunakan secara meluas dalam masakan. Dikatakan khasiat garam Himalaya lebih baik berbanding garam laut kerana garam Himalaya berfungsi sebagai agen penyembuhan. 


Cerita tentang lampu garam dan fungsi garam Himalaya, frankly speaking saya memang tak tahu-menahu tentang itu semua hinggalah ada seorang officemate kenalkan saya dengan Lampu Garam Mewangi dari Aura Rezeki.. 


BELI BUKAN SEBAB KHASIAT

Saya beli bukan sebab khasiat lampu garam (sebab saya sendiri tak tahu tentang khasiat garam Himalaya seperti yang saya nyatakan sebelum ni) tetapi saya beli lebih kepada niat untuk support perniagaan kawan-kawan. Lagi pun saya suka dengan bentuk garam Himalaya yang unik. Bayangkan bentuk seketul garam besar, ada lampu dalam tu.. Fungsi lampu tersebut selain memberi cahaya ianya memanaskan garam untuk menyebarkan ion-ion ke udara.


Macam manalah tak teruja, saya ni selalu nampak garam biasa yang kita guna dalam masakan. Saiz garam paling besar pernah saya jumpa pun garam kasar. So dapat bayangkan bila ada seketul garam besar, warna pink dan berbau wangi tentulah teruja. Ciri-ciri fizikal yang ada pada lampu garam Aura Rezeki menarik perhatian saya. So sekali pakej niat bantu business kawan-kawan terus beli sebab suka. Tambahan pula bila tahu ada terapi garam maka saya rasa pembelian ini berbaloi, alhamdulillah.

Selepas setahun lebih memiliki lampu garam Himalaya, saya kongsi di sini tips yang perlu anda tahu apabila ingin memiliki lampu garam ini :

1. Pastikan ianya lampu garam Himalaya bewarna merah jambu
Terdapat banyak lampu garam tiruan di pasaran. Pastikan anda mendapat faedah sebenar dari lampu garam tulen dari pergunungan Himalaya.

2. Pilih bentuk yang sesuai
Tentukan bentuk apa yang anda mahu. Terdapat beberapa bentuk yang anda boleh pilih antaranya bentuk semulajadi, sfera, silinder, pyramid dan hati. Saya pilih bentuk semuljadi.

3. Bersedia untuk habuk yang terkumpul
Mengapa banyak habuk? Ini disebabkan ion negatif yang dilepaskan oleh lampu garam melekat banyak zarah debu dan kotoran. Zarah debu tersebut menjadi berat dan jatuh ke permukaan lantai atau persekitaran. Sedialah untuk lebih rajin membuang habuk selepas memiliki lampu garam Himalaya, hehehehe

4. Pilih permukaan yang betul
Tapak lampu garam memainkan peranan penting untuk memastikan kedudukan lampu garam kukuh dan tidak tergelincir. Kebanyakkan lampu garam dah sedia ada tapak lampu diperbuat dari kayu atau seramik. 

5. Letak di ruang yang sesuai
Pemilihan ruang juga penting. Sebaiknya lampu garam ini diletakkan di ruang tertentu seperti bilik tidur, bilik membaca atau di mana anda banyak menghabiskan masa dalam ruang tersebut untuk mendapat faedah maksimum dari penggunaan lampu garam tersebut.

6. Ganti mentol apabila diperlukan
Garam akan bertahan dalam jangkamasa lama jadi ada kemungkinan mentol tidak berfungsi dalam jangka waktu tersebut, sama seperti lampu biasa.

Setakat ini sahaja cerita tentang lampu garam Himalaya dan Haloterapi. Ianya bukan sekadar lampu garam biasa tapi sebahagian dari ikhtiar kita menjaga kesihatan diri.

Semoga kita berjumpa di lain post.
Thank you for reading, bye..
Wasalam.. 



Regards,