Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Wednesday, March 20, 2019

,
MENCUBA PRODUK WARDAH BEAUTY COSMETICS | First of all, ini bukan iklan berbayar.. Ianya sekadar perkongsian saya menggunakan produk Wardah Beauty Cosmetics buat pertama kali.. Al-kisah secara tak sengaja saya belek Instagram Ayana Jihye Moon @xolovelyayana.. Saya mengikuti kisah Ayana iaitu seorang warga Korea muallaf.. Selain itu saya suka tengok wajah Ayana yang sangat cantik, putih mulus secara langsung membuatkan saya terus minat mengikuti perkembangan beliau. Ayana merupakan duta produk kecantikan Wardah.

Oleh kerana saya meminati Ayana saya pun tergerak hati untuk mencuba produk Wardah ini.. Kebetulan juga saya suka dengan produk kecantikan.. 

Credit to @wardahbeauty
 Wardah cosmetic berasal dari Indonesia berkonsepkan HALAL product.. For my non-Muslim readers, HALAL or spelled Hallal or Halaal is an Arabic word refers to what is permissible or lawful in Islamic law. Jadi gunakan Wardah cosmetics ini tanpa was-was.. Selain Halal, saya lebih yakin memilih produk Wardah kerana ia serap air. Warna packaging Wardah juga cantik hingga menarik perhatin saya.. 

Wardah Cosmetics

 So pada Jumaat lalu, saya sempat ke Watsons untuk membelek-belek produk Wardah sepuas-puasnya.. Al-maklum lunch hour panjang jadi ada baki untuk pusing mall, hehehehe.. 


Wardah Cosmetics from Indonesia
Untuk pengetahuan, Wardah Beauty Cosmetics terdiri dari rangkaian penjagaan wajah, penjagaan badan, makeup dan produk rawatan rambut. 


Wardah Lightening Two Way Cake
 Bukan sekadar makeup, terdapat juga rangkaian produk rawatan wajah dalam set acne series.


Wardah lipsticks and lipcream
Wardah liquid foundation and 2 way cake
Wardah Lip Pallets
Here are some of the Wardah Beauty cosmetics that I purchased last Friday.. Untuk percubaan pertama, saya beli exclusive liquid foundation, lightening two way cake and 2 intense matte lipsticks.

Wardah exclusive liquid foundation SPF 30, Wardah Lightening Two Way Cake and Wardah Intense Matte Lipsticks

WARDAH EXCLUSIVE LIQUID FOUNDATION SPF 30

Wardah exclusive liquid foundation SPF 30
 Bedak asas Wardah atau liquid foundation ini cair dengan tekstur lembut yang diperkaya dengan pelembab mengandungi SPF 30, ianya dapat menutup ketidaksempurnaan kulit wajah. Tekstur foundation ringan dan mudah digunakan. Mampu menghasilkan kulit wajah nampak flawless, halus dan lembut. Makeup pun nampak natural dan tahan lama.


WARDAH LIGHTENING TWO WAY CAKE

Wardah Lightening Two Way Cake SPF 15
 Produk kedua iaitu bedak compact yang dikenali sebagai lightening two way cake dengan inovasi skin lightening system.. Canggih tak? Two way cake ini mengandungi bedak dengan foundation yang mengandungi micro-bright formula membantu mencerahkan serta membuat kulit wajah terasa lebih halus sekaligus.

Memang sesuai dengan kulit muka saya yang agak kasar dan banyak parut jerawat, huhuhu bertabahlah.. Bila pakai bedak ini saya nampak warna kulit wajah saya sekata, parut atau cela bekas jerawat dan pori-pori pada wajah nampak samar di samping menutup garis halus pada wajah.. Al-maklum semakin berusia, semakin banyak garis-garis halus pada wajah.. Selain itu ianya juga dapat mencerahkan wajah.

Bukan itu sahaja, the best part saya suka bila bedak ini mampu mengawal kilat pada muka akibat minyak berlebihan.. So no more shining sebab muka berminyak. Saya juga terdedah dengan sinaran matahari disebabkan aktiviti mengambil anak pulang dari sekolah di tengah hari.. Jadi sekarang tak perlu risau dengan sinaran UV kerana bedak ini juga melindungi kulit dari sinar UV A dan UV B.. Excellent! 

Wardah exclusive liquid foundation and Wardah lightening two way cake

WARDAH INTENSE MATTE LIPSTICK

Wardah Mauve Mellow and Passionate Pink lipsticks
 Produk ketiga iaitu Wardah Intense Matte Lipstick.. Siapa kenal saya memang tahu saya ni suka kumpul lipstick.. Kali ini saya beli 2 jenis warna iaitu mauve mellow dan passionate pink yang sesuai dengan warna kulit saya. So far saya puas hati apabila menggunakan produk Wardah cosmetics ini.. Memang serasi dengan kulit wajah saya dan memenuhi keperluan saya.. Berkenaan dengan harga, jangan risau ianya harga mampu milik.. Affordable price too.. 

Related post : WHAT'S IN MY BAG?

Sekian, sahaja perkongsian saya mengenai product Wardah Cosmetics yang kini menjadi sebahagian koleksi makeup saya.. Sesiapa yang masih tercari-cari produk penjagaan wajah yang sesuai mungkin boleh cuba produk Wardah ini.. Bear in mind, setiap produk cosmetic menghasilkan keserasian yang berbeza pada setiap individu.. Saya serasi tapi belum tentu sesuai dengan anda.. Oleh itu cuba sendiri untuk mengetahui keserasian masing-masing.. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai produk Wardah Beauty Cosmetics ini, sila click -> WARDAH BEAUTY

Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah pembaca tahu atau mungkin pengguna Wardah cosmetics juga? Apa pun sila kongsi pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Saturday, August 18, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari tak bekerja.. Boleh rehat dan blogging sesedap rasa di samping melakukan kerja-kerja rumah yang tak seberapa..

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang outlet SaSa yang baru dibuka di AEON Seremban 2. Oh yaa sebutan 'SaSa' tapi bukan Syasya Saidin tau.. SaSa merupakan outlet barangan kecantikan wanita di samping product kesihatan.. SaSa New Opening Specials berlangsung dari 15 to 26 August 2018..

Frankly speaking saya sungguh teruja sebab SaSa adalah salah satu tempat terapi minda yang boleh mengurangkan stress saya, hehehe. Sebelum ni saya akan ke Klang Valley atau Mahkota Parade jika hendak ke SaSa outlet..

SaSa @ AEON Seremban 2
SaSa New Opening Special
Jadi bila tahu SaSa terletak just walking distance dari office memang kena seperti kata pepatah : bagai mengantuk disorongkan bantal, eh betul ker? Lebih kurang begitulah.. Kali ni bukan mengantuk tapi seronok..

SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
Jom hayati apa yang ada di SaSa New Opening @ AEON Seremban 2..

SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
SaSa New Opening Specials

Apa saya suka tentang SaSa?

Siapa suka perfumes? Kalau suka perfumes nampaknya citarasa kita sama.. Itulah motif saya suka ke SaSa.. Di SaSa ada fragrances or designer perfumes selain itu saya suka juga belek make-up dan skincare products. Saya ni hantu perfumes jadi boleh lupa diri sekejap bila pergi ke tempat-tempat begini.. 


Saya kongsi di sini beberapa gambar yang sempat diambil semasa kunjungan pertama di SaSa AEON Seremban 2 :

SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2
SaSa Makeup - Making Life Beautiful

Sudah pasti saya akan spend masa di sini, bukan hanya mencuba perfumes tapi melihat-lihat koleksi perfumes baru yang terhangat di pasaran....

SaSa Fragrance
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume

Tak perlu cerita banyak, tengok sendiri koleksi dan pilihan barang-barang yang boleh melupakan diri saya seketika..

SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
Sasa SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
SaSa Fragrance
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume
Selain dari koleksi wangian yang bermacam-macam jenis dan pilihan, sempena pembukaan baru ini SaSa menawarkan banyak promosi dan discount menarik.. Bila masuk kiri kanan depan belakang sign "Best Buy", "PWP", "2 or More 40% Off", "Buy 1 Free 1" etc membuatku teruja.. Masa ni sesuai beli barang yang diperlukan..

SaSa Best Seller
SaSa Best Seller Corner

SaSa Best Buy
SaSa Best Buy Corner
SaSa Best Buy
SaSa Best Buy
Puas membelek dari satu rak ke satu rak, masa untuk melangkah keluar... Wish list dalam kepala next visit masa untuk grab mana yang berkenan di hati..

SaSa Free Membership
SaSa Free Membership
Sepanjang promosi New Opening Specials ini berlangsung, kita bukan hanya dapat menikmati discount menarik tapi ada juga tawaran kad keahlian percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian minimum RM300.00.. Andai berminat boleh serbu SaSa sekarang..

Related post : Supermodel Secrets

Pembaca juga boleh layari website SaSa untuk dapatkan info terkini seperti latest promotions dan sebagainya :




Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Wednesday, November 22, 2017

,
CARA MAKEUP DENGAN BETUL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy hari ni nak cerita tentang makeup. Baru dapat ilmu cara pemakaian mekap mengikut aturan yang betul. Umum mengetahui bahawa wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan tapi ada juga wanita yang tak bermekap. Wahhh beruntunglah natural beauty dan kulit muka flawless.. Itu hak masing-masing okay tapi terus terang kata, saya jenis wanita bermekap. Nak tahu bila saya start mekap?



Kali pertama mekap masa belajar di kolej dek terpengaruh dengan college mate. Ingat lagi rakan sekelas bernama Annie yang rupa dia seiras pelakon Shazleen Shahbi. Saya masih ingat ketika itu Annie memakai lipstick jenis Cling Cherry jenama Revlon. Bermula dari mencuba mekap Annie, terus saya mula membeli alat solek dan suka mekap sampailah sekarang. Bezanya saya tak mengenakan mekap tebal, sekadar mekap asas bagi mengelakkan muka pucat..

Pelakon Shazleen Shahbi
Selama ini mekap ikut suka.. Tak tahu mana mula mana akhir.. Tapi recently saya ada terbaca mengenai aturan menggunakan alat solek. Jadi di sini saya kongsi aturan menggunakan makeup mengikut kata pakar dalam bidang solekan..


KAEDAH MAKEUP MENGIKUT ATURAN YANG BETUL

1. Pelembab (moisturizer)

Langkah pertama sapu pelembab sebelum mengenakan mekap. Sapuan pelembab tidak boleh diabaikan kerana pelembab menjadikan kulit muka nampak lembab dan sihat. Selepas menyapu pelembab biarkan beberapa minit sebelum ke langkah kedua.

 
Untuk pengetahuan, saya baru bertukar kepada pelembab Safi ini, belum tahu keberkesanannya.. Harap serasi dengan kulit muka.. Pelembab sebelum ni mungkin tak serasi kerana kulit terasa kering dan kasar. 

2. Primer (muka dan sekitar mata)

 
Primer jenis NYX dan Sephora


Fungsi primer bagi memastikan makeup kekal, jadi menyapu primer seolah-olah memberikan bonus kepada makeup anda. Oleh kerana saya mengenakan makeup asas, jadi saya tak guna primer dalam makeup seharian.

3. Bedak asas (foundation)


Pastikan pemilihan warna bedak alas atau foundation lebih cerah sedikit dari warna asal kulit dan sesuai dengan tona kulit muka anda.  Saya menggunakan cushion powder iaitu kombinasi foundation dan bedak, 2 in 1.. Jimat masa...

4. Concealer

 
Concealer jenama NYX

Concealer berfungsi untuk menutup cela seperti parut jerawat yang tidak boleh ditutup oleh bedak asas.

5. Bronzer

 
Beginilah rupa bronzer.. Bronzer berfungsi untuk memberi impak glitter dan shining pada wajah. Bronzer disapu pada dahi, tulang hidung dan tulang pipi. Saya tak guna bronzer so skip ke step 6.

6. Blush
Blush disapu pada bahagian pipi, over the bronzer bagi menyerlahkan tulang pipi dan membentuk contour pada wajar supaya muka tak nampak tembam, hehehe. Saya guna blush untuk memberikan impak 'segar' pada wajah. Saya suka blush warna dark pink atau earth color supaya nampak natural.

7. Eyeshadow


Siapa tak tahu eye shadow kannn.. Eye shadow bertujuan untuk menutup garisan pada kelopak mata. Saya tak guna eye shadow so skip to step 8.

8. Eyeliner

 

Calit eyeliner di atas kelopak mata selepas menyapu eyeshadow..

9. Mascara

 
Sapu maskara pada bulu mata bagi memberikan impak bulu mata lebat.. Saya tak menggunakan maskara jadi ke step seterusnya..

10. Brow liner or gel
 
Eye brow pencil atau brow gel digunakan pada kening.. Brow gel seperti maskara tetapi berwarna hitam atau coklat. Sesekali saya akan guna brow gel tetapi lebih suka guna eyebrow pencil.

11. Lipstick

 
Saya selesa menggunakan soft matte lip cream dan matte lipstick jenama NYX.. 

12. Lip gloss
 
Sapu lip gloss selepas mengenakan lipstick supaya kelihatan shining pada bibir. Oleh kerana saya suka menggunakan matte lipstick, jadi saya tak suka mengenakan lip gloss.. Saya rasa tak selesa dan sememeh pada bibir. Cukuplah sekadar menyapu sedikit Vaseline lip balm sebelum mengenakan lipstick.

13. Setting power

 

Akhir sekali, dab on setting powder untuk melengkapkan tatarias anda.. Setting powder berfungsi mengekalkan segala makup yang ditepek pada muka so you don't look cakey.


Overall saya hanya menggunakan 6 step untuk makeup seharian iaitu pelembab, foundation (cushion powder), blush,  brow liner / brow gel, lipstick dan setting powder.  

Selalu masa yang diambil setiap kali saya makeup setengah jam, hehehe.. Untunglah siapa tak makeup, jimat masa.. Anda pula bagaimana? Berapa lama perlu makeup? Jangan malu-malu, kongsilah cerita sikit..

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, October 08, 2017

,
FIRST BEAUTY BOX GIVEAWAY BY US WITH LOVE ❤ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini... Yeayyyyy it's weekend.. Best bila dapat spend masa di rumah merehatkan diri sambil minum coffee dan blogwalking to keep in touch dengan rakan bloggers.. Hari-hari biasa terbatas dek kerja hakiki yang tak pernah habis, pendek kata penat fizikal dan mental... Selain itu hujung minggu juga saya akan sertai giveaway.. Kali ini hati ini terpanggil untuk sertai giveaway dari rakan bloggers yang memang tak asing lagi pada saya..

Giveaway First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ dianjurkan oleh Mellya, Mrs Pip, Shafyqah, Aira, SyahirahValiant, dan  Siqahiqa.. Semua blogger familiar jadi haruslah ku join..

url giveaway banner: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0JnvgXKxmC0fsXo8a_CNzjimU2pih7orkblKJmVOv8fHZa0BNwTttF1cnVzDJ-Ujvi0Z-cF4kDlgJ-LnmZgaQK7CiSJHFACV-hR6m9_knYSiYGZYLkqa_W-dECPSx_TYq1-WkhcFXcrI/s1600/first+beautybox+giveaway+by+us.jpg

Syarat-syarat pernyertaan :

Follow Mellya dan para sponsors;

Follow Instagram:

Like page:
   
Done follow semua akaun media sosial penganjur yang dinyatakan di atas... 

SOCIAL MEDIA SAYA
Syarat terakhir peserta giveaway perlu letakkan link social media dalam entri ini. Untuk pengetahuan pihak penganjur, saya follow melalui akaun berikut :
IG : ladyinredplanner
IG : @ladyinredplanner



HADIAH
Seorang peserta akan dipilih untuk memenangi beauty box meletop worth RM250 and more (dalam box ni ada facial foam, toner, lotion, hair mask, facemask, liquid powder, dan macam-macam lagi)..  Menarik kannn...


TARIKH TUTUP
Giveaway ini bermula dari 20 September 2017 hingga 20 Oktober 2017

Jangan lepaskan peluang!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Akhir kata, semoga berjaya kepada pembaca yang menyertai giveaway ini..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner