Cara Makeup Dengan Betul, Ini Pula Cara Saya

CARA MAKEUP DENGAN BETUL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy hari ni nak cerita tentang makeup. Baru dapat ilmu cara pemakaian mekap mengikut aturan yang betul. Umum mengetahui bahawa wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan tapi ada juga wanita yang tak bermekap. Wahhh beruntunglah natural beauty dan kulit muka flawless.. Itu hak masing-masing okay tapi terus terang kata, saya jenis wanita bermekap. Nak tahu bila saya start mekap?



Kali pertama mekap masa belajar di kolej dek terpengaruh dengan college mate. Ingat lagi rakan sekelas bernama Annie yang rupa dia seiras pelakon Shazleen Shahbi. Saya masih ingat ketika itu Annie memakai lipstick jenis Cling Cherry jenama Revlon. Bermula dari mencuba mekap Annie, terus saya mula membeli alat solek dan suka mekap sampailah sekarang. Bezanya saya tak mengenakan mekap tebal, sekadar mekap asas bagi mengelakkan muka pucat..

Pelakon Shazleen Shahbi
Selama ini mekap ikut suka.. Tak tahu mana mula mana akhir.. Tapi recently saya ada terbaca mengenai aturan menggunakan alat solek. Jadi di sini saya kongsi aturan menggunakan makeup mengikut kata pakar dalam bidang solekan..


KAEDAH MAKEUP MENGIKUT ATURAN YANG BETUL

1. Pelembab (moisturizer)

Langkah pertama sapu pelembab sebelum mengenakan mekap. Sapuan pelembab tidak boleh diabaikan kerana pelembab menjadikan kulit muka nampak lembab dan sihat. Selepas menyapu pelembab biarkan beberapa minit sebelum ke langkah kedua.

 
Untuk pengetahuan, saya baru bertukar kepada pelembab Safi ini, belum tahu keberkesanannya.. Harap serasi dengan kulit muka.. Pelembab sebelum ni mungkin tak serasi kerana kulit terasa kering dan kasar. 

2. Primer (muka dan sekitar mata)

 
Primer jenis NYX dan Sephora


Fungsi primer bagi memastikan makeup kekal, jadi menyapu primer seolah-olah memberikan bonus kepada makeup anda. Oleh kerana saya mengenakan makeup asas, jadi saya tak guna primer dalam makeup seharian.

3. Bedak asas (foundation)


Pastikan pemilihan warna bedak alas atau foundation lebih cerah sedikit dari warna asal kulit dan sesuai dengan tona kulit muka anda.  Saya menggunakan cushion powder iaitu kombinasi foundation dan bedak, 2 in 1.. Jimat masa...

4. Concealer

 
Concealer jenama NYX

Concealer berfungsi untuk menutup cela seperti parut jerawat yang tidak boleh ditutup oleh bedak asas.

5. Bronzer

 
Beginilah rupa bronzer.. Bronzer berfungsi untuk memberi impak glitter dan shining pada wajah. Bronzer disapu pada dahi, tulang hidung dan tulang pipi. Saya tak guna bronzer so skip ke step 6.

6. Blush
Blush disapu pada bahagian pipi, over the bronzer bagi menyerlahkan tulang pipi dan membentuk contour pada wajar supaya muka tak nampak tembam, hehehe. Saya guna blush untuk memberikan impak 'segar' pada wajah. Saya suka blush warna dark pink atau earth color supaya nampak natural.

7. Eyeshadow


Siapa tak tahu eye shadow kannn.. Eye shadow bertujuan untuk menutup garisan pada kelopak mata. Saya tak guna eye shadow so skip to step 8.

8. Eyeliner

 

Calit eyeliner di atas kelopak mata selepas menyapu eyeshadow..

9. Mascara

 
Sapu maskara pada bulu mata bagi memberikan impak bulu mata lebat.. Saya tak menggunakan maskara jadi ke step seterusnya..

10. Brow liner or gel
 
Eye brow pencil atau brow gel digunakan pada kening.. Brow gel seperti maskara tetapi berwarna hitam atau coklat. Sesekali saya akan guna brow gel tetapi lebih suka guna eyebrow pencil.

11. Lipstick

 
Saya selesa menggunakan soft matte lip cream dan matte lipstick jenama NYX.. 

12. Lip gloss
 
Sapu lip gloss selepas mengenakan lipstick supaya kelihatan shining pada bibir. Oleh kerana saya suka menggunakan matte lipstick, jadi saya tak suka mengenakan lip gloss.. Saya rasa tak selesa dan sememeh pada bibir. Cukuplah sekadar menyapu sedikit Vaseline lip balm sebelum mengenakan lipstick.

13. Setting power

 

Akhir sekali, dab on setting powder untuk melengkapkan tatarias anda.. Setting powder berfungsi mengekalkan segala makup yang ditepek pada muka so you don't look cakey.


Overall saya hanya menggunakan 6 step untuk makeup seharian iaitu pelembab, foundation (cushion powder), blush,  brow liner / brow gel, lipstick dan setting powder.  

Selalu masa yang diambil setiap kali saya makeup setengah jam, hehehe.. Untunglah siapa tak makeup, jimat masa.. Anda pula bagaimana? Berapa lama perlu makeup? Jangan malu-malu, kongsilah cerita sikit..

Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


41 Comments:

Hi kak. Bila tengok org makeup lawa lawa. Rasa cam wow, cantiknya.
but as for me. ika just guna bedak and lipstick. hee.

Liez jenis xmakeup.sbb liez mcm lelaki dulu2 la... smp la liez join event utk blog, kena la bersiap sikit. Tu yg husband liez kata " u dah berubah, makeup lama la" hihihi liez pun ckp makeup utk g event atau kenduri je.. nak nmpk pleasent dpn client

cantik gambar paling last tu :) .. simple make up.
mrs pip tak make up sangat, jadi mmg byk step mrs pip escape.

Ana bukan seorang yg reti make up sis. Kalau keluar jalan selesa pakai aloe vera gel dan lipbalm dan lipstick je. Kdg kalau rajin (amat jrg) akan pakai compact powder.

PC suka tengok orang detail dan tekun ber makeup kak...bila nak buat sendiri cerca merba jadinya....alahai...penyudahnya bila keluar..guna krim pelembap + bedak kompak...sesekali pakai lipbalm..ada sekali konon nak pakai eyeliner....sebelah tebal sebalah tipis pulak..kikikiki...

Frankly speaking Ika, less makeup is good for your skin. okay sekadar bedak dan lipstick 💕. Cantik dah..

Kulit muka Liez licin, flawless so touch up sikit2 pun cantik 😍..

Alhamdulillah, camtu lah makeup saya Mrs Pip, simple sekadar mana yang perlu..
It's okay Mrs Pip tak makeup, natural beauty 😍

Senang bila tak makeup macam Ana, cepat bersiap dan simple 😍..

Kalau mekap tebal sangat lambat bersiap dan jenuh jugak nak tanggal mekap PC.. Eloklah mekap asas sahaja macam PC pakai.. Bab pakai liquid eyeliner kadang2 akak fail jugak sebab tu prefer pencil eyeliner 😍..

GV pakai pelembap muka je. Hihi. GV rasa tips makeup kak LZ mmg terbaik. Hihi. Dulu pernah juga pakai concealer sebab nak tutup eyebag mata. skang dah tak pakai dah. hihi.

Tak mekap jugak, kalau untuk main2 sukalaa. Kadang ada jugak tepek krim Nuraysa and lipbalm sikit. Tapi sekarang krim tu dah habis. Jadi tinggal lipbalm je.

Tapi, kalau bab skincare saya sukaa. Banyak jugaklaa step saya buat. Haha

Wah comelnya lepas mekap. Mama kena refer sini ni sebab mama x pandai mekap

sejujurnya saya ske barang2 mekap tapi tak penah cuba sebab rasa tak confident nak pakai. sekadar tgk orang pakai mekap je. Hehehe

kite baru nak belajar. ihiksss

jom join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

Pelembab elok GV untuk pastikan kulit muka terjaga.. Overall okay janji confident 😉

Penting juga penjagaan kulit muka dengan skincare products yang sesuai.. Ana Fatihah kongsilah tips / skincare products di blog. Boleh kita exchange knowledge 😉..

By the way, lama tak keep in touch dengan Ana Fatihah, rindu 😍..

Auwww malu I mamapp 😄, hehehe In shaa Allah jika ilmu ini boleh membantu 😉..

Wanita dan mekap tidak dapat dipisahkan OS 😊..

Pada sis eloklah sangat tak mulakan bermekap Anis, bila selalu mekap keluar dengan muka tanpa make-up jadi tak confident.. Begitulah sis rasa 😫..

Mesti excited kann Raydah 😉..

Terima kasih share tip ni

Sama-sama kasih Cik CL 💕..

Sama-sama kasih Cik Tie 💕..

Saya suka mekap, tapi ada dua set. Brand drugstore biasa untuk daily tapi kalau ada event pakai yg high end. Tapi tulah, kalau tengah ternak jerawat tu saya skip foundation. Biar kulit bernafas

Wah mesti banyak koleksi mekap Sal 😊.. Betul Sal, bila pimples naik elok jangan mekap tebal nanti semakin teruk..

cantiknyaa akak kita ni.. <3 rutin busyra kalau keluar. letak foundation, bedak, blusher, lipmatte dan spray.

Plolesnya muka....cantik LZ. Hakak pun suka gak mekap mekap ni dah katanya pompuan kan hihih... Macam hakak, tak delah banyak alat mekap mcm LZ tu. YYg ada dlm handbag cuma foundation, pakai berjimat jimat weyh haha.... bedak 2 way cake, lipstick dan blusher . Udah itu aje.

Betul, kalau tak berbedak rasa tak confident pulak ek. Maklumlah kulit yg semakin dimamah usia kan haha

Auwww biasa saja Busyra, adik manis apa kurangnya 😉💕..

Busyra pun mekap simple mcm akak..

Biasa jer Kak Nom, lepas mekap tu nmpk ploles, hehehe 😁

Kak Nom sweet dan awet muda, mekap simple jer terserlah natural beauty 😍..

cantik nya skin sis ! lawa hehehe

Nice tips . Cantik LZ .

Nadia pulak jenis tak suka makeup and tak reti makeup. Tapi, nadia slalu pakai toner, serum , moisturizer , sunblock, bb cream , lip balm.

Kalau ada mood or nak g kenduri kahwin ke . Baru letak blusher . If rajin baru lah pakai eyeliner.

Tak makeup pun nadia slalu siap lmbt . If makeup tak tahu lah sejam kot suami kena tggu nadia habis makeup. Hihi

Cantik LZ mekap! Saya pun mekap juga tapi x tebal jugak. Tips kalau nak minimum mekap, make sure kulit sihat dari dalam dulu. Kulit sihat mekap sikit je pakai bedak pun dah nampak fresh. Paling senang just amalkan vitamin C setiap hari. Hehehe...

Mellya pun cantik juga, sweet gitu..

Kalau tak biasa makeup memang ambil masa nadiah..
Dulu sis pun begitu.. Makeup 1 jam, sekarang 1/2 jam dah siap, hehehe
It's okay janji penjagaan kulit muka sentiasa dijaga.

Exactly, tepat sekali safiah.. LZ setuju.
Biar makeup simple tapi penjagaan kulit muka diberi perhatian.

Bila orang mekap, nampak lawa.
Bila kita mekap, ..... (sekian terima kasih)

Hehehe

Hehehehe Adinda Baizura dah natural beauty tak perlu make up lagi ;-) tapi kalau suka make up boleh teruskan usaha pasti cun..

Hiya, I’m really glad I’ve found this info. Nowadays bloggers publish just about gossip and web stuff and this is actually annoying. A good website with interesting content, that is what I need. Thank you for making this web-site, and I will be visiting again. Do you do newsletters by email?
aloe vera gel for hair

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More