Wednesday, July 26, 2017

,
KISAH NUR DI WHATSAPP GROUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kali ini saya ingin kongsikan kisah Nur yang saya terima dari WhatsApp Group.. Admin telah add Nur sebagai ahli baharu dalam WhatsApp Group tersebut dan inilah yang berlaku.. 

Photo credit to Google


"Admin added Nur to your group
Admin added Nur..

Usin : hi Nur welcome to the group.
Nur : hi guys i'm new to the city
Usin : hi Nur dont worry , my dear...any problems i will be the solution
Rahman : hi Nur tell me if you have any problem, i will arrange it for u
Aman : hi Nur if you need anything tell me, it will be arranged.
Attan : hi Nur, u can always depend on me for assistance, I will manage it for u
Nur : thanx guys for your support
Attan : Nur whats your full name
Nur : Nur Azman bin Nur Diman
Usin left
Rahman left
Aman left
Atan left
Admin left.
.
Nur.....you are the Admin now."

Begitulah kisah lelaki bernama Nur Azman bin Nur Diman yang telah dijemput masuk ke WhatsApp Group setelah berpindah ke kawasan baharu.. Semua ahli group menyangka Nur itu seorang wanita.. Bukan main masing-masing tunjuk caring kannnn. Mengayat tak menahan.. Bila tahu Nur itu nama seorang lelaki terus left group.. hehehe




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, July 24, 2017

,
SAMBUTAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT | Walaupun Syawal sudah berlalu, izinkan saya update entri ini sebagai penutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Hari ini genaplah seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Ibupejabat pada 17.07.2017 lalu.. Untuk pengetahuan pada setiap tahun tempat saya bekerja ini akan mengadakan jamuan hari raya.. Kali ini sambutan diadakan di perkarangan kompleks ibupejabat dan diadakan secara sederhana.. Majlis dihadiri oleh kakitangan selain dari ibupejabat dan wakil di setiap pejabat daerah.

Kami bergambar bersama Pengarah
Jamuan Hari Raya tak lengkap jika tiada ketupat, ketupat palas, lemang dan rendang.. 


Lebih istimewa lagi, di Seremban terdapat beberapa cendol popular antaranya Cendol Songkok Tinggi.. Di setiap majlis keraian, pakcik Cendol Songkok Tinggi ini pasti akan ditempah oleh penganjur kerana keaslian rasa cendol yang istimewa.

 


Selain cendol, kami dijamu dengan nasi minyak dan segala macam hidangan sampingan yang dimakan bersama nasi minyak.

Nasi minyak
 Selain itu sate dan mee sup tulang turut menjadi kegemaran saya..

Sate

Mee sup tulang
 Di samping kuih-muih lain..

Kuih talam
Brownies and cookies
Lamb grill
Malangnya kami takde rezeki untuk merasa kambing bakar sebab sambutan yang sangat mengalakkan.. Hanya dapat menghidu asap dan bau, huhuhu

Sambil menjamu selera kami dihiburkan dengan nyanyian karaoke dari kakitangan yang berbakat hingga majlis melabuhkan tirai pada jam 4.00 petang.

Okay, begitulah serba sedikit tentang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Hari ini Syawal sudah sampai penghujung, cepat sungguh masa berlalu..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, July 23, 2017

,
FIKIR DULU SEBELUM TUKAR SOFA BAHARU | Apa cerita entri kali ini tentang sofa baharu sedangkan Syawal sudah hampir ke penghujung.. Al-kisah sofa saya jenis besar gedabak dan sarung sofa pula jenis custom made seperti gambar di bawah. Terfikir nak buang tapi masih boleh guna, kalau tukar dan beli baharu macam tak perlu.. Jadi saya mencari alternatif lain untuk handle masalah ini.. Tambahan pula, sofa merupakan penyeri ruang tamu, jadi bila dah lusuh nampaklah kurang menarik apabila dipandang sebab itu perlu diambil perhatian..

 

Saya terfikir apa alternatif lain selain tukar sofa baharu.. Semasa sibuk membuat persiapan raya tempoh hari seperti yang telah saya ceritakan di entri ini, saya ambil kesempatan cari sofa cushion covers sebagai alternatif lain buat sementara waktu. Mungkin saya tak akan hantar ke kedai untuk tempah sarung kusyen baharu setelah mempertimbangkan kos beli set sofa baharu lebih kurang sama harga dibandingkan dengan kos penghantaran dan kos tempah jahit sarung sofa baharu. Saya ambil pendekatan guna dulu sofa ini selagi mana ia boleh digunakan.


Puas membelek akhirnya saya jumpa sofa covers ini..

Sofa cover protector 

Inilah alternatif lain selain menggantikan sarung sofa yang sudah lusuh iaitu dengan sofa shield reversible protector.. Tempahan dibuat pada 1.7.2017 dan barang shipped out pada 3.7.2017 dan sampai ke tangan saya pada 18.7.2017 lalu.

 

Bersemangat bila barang sampai ke tangan.. Saya order set 3 + 2 +1 iaitu saiz S, M dan L manakala pilihan warna pula sudah tentu warna kegemaran iaitu merah atau wine red.

Sofa Shield Reversible Furniture Protector Features Elastic Strap All Season Universal Sofa Cover
Sofa cover size S for 1 seater, M for 2 seater and L for 3 seater
Sofa cover size L for 3 seater
Sofa cover disertakan dengan pundi kapas ini yang berfungsi untuk menegangkan sarung sofa tersebut
Seminggu sudah barang diterima, oleh kerana bab memasang perlukan kudrat lelaki untuk mengalih dan mengangkat sofa yang besar dan berat, jadi saya terpaksa tunggu my husband buat tugasan itu. Maka, semalam pagi adalah aktiviti menukar sofa cushion covers..

 

Beginilah cara untuk menyarung sofa cushion tersebut.. balut semua, hehehe

 

Selepas keseluruhan sofa cover tersebut dibalut kita perlu ketatkan permukaan sofa cover tersebut.

Lighting kurang memuaskan, warna sebenar seperti gambar di atas

Maka, beginilah hasil kejadian yang telah siap sepenuhnya.. Bahagian mengelembung tu nanti akan terbentuk dengan sendiri apabila sofa cover tersebut mulai rengang. 

Overall saya puas hati dengan rupa sofa yang baharu.. Saya akan hias dengan bantal kecil berwarna hitam untuk menimbulkan warna contrast jadi takdelah nampak merah semata kannn.. Ternyata cara ini lebih jimat dan practical..

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan sofa cushion cover ni bolehlah survey di sini untuk diskaun menarik atau beli di sini.. Harga sangat berpatutan sekarang kerana terdapat special promotion ditawarkan selain pilihan warna yang menarik..

Begitulah entri mengenai pengalaman membeli dan menggunakan sofa cushion covers...
Fikir semula sebelum tukar sofa baharu..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, July 20, 2017

,
KISAH BULAN PUASA LALU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Sementara takde entri serious, kali ini saya ingin kongsi entri kategori santai. Saya suka abadikan kisah-kisah lawak yang berjaya mencuit hati dari WhatsApp group rakan-rakan.. Kepada pembaca yang sudah tahu tentang lawak ini, tumpang senyum pun okay.. hehehe

Credit to Google
Al-kisah bulan puasa lalu..

"Ada jiran... lepas berbuka puasa dia terus mandi maksudnya lepas tu bersiap untuk pergi tarawih dalam bulan puasa lalu. Sebelum tu dia minum kopi terus makan tembikai sejuk yang disimpan dalam peti ais. Bila dia jalan ke motor... elok, tidak ada perasaan aneh atau apa-apa petanda pun.

Dalam keadaan sihat walafiat, tiba-tiba dia tidak boleh melihat apa-apa dan dia kata gelap betul di sekelilingnya. Berpeluh-peluh dia dan sesak nafas. Dalam keadaan panik dia teriak sambil baca istighfar dengan menjerit-jerit minta tolong. 

Alhamdulillah... Allah masih melindungiNya..
Tengok..tengok.. eh rupa-rupanya dia pakai helmet terbalik! Astagfirullahalazim... Allahu akbar! Patutlah mengelabah gelap!"

Harap perkara ini tak terjadi sama kepada kita. Bukan apa-apa, takut korang malu, hehehehe. Itu saja.
Alah gurau-gurau sikit je.. Jangan marah huh..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner