SAMBUTAN HARI RAYA DI IBUPEJABAT | Walaupun Syawal sudah berlalu, izinkan saya update entri ini sebagai penutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Hari ini genaplah seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Ibupejabat pada 17.07.2017 lalu.. Untuk pengetahuan pada setiap tahun tempat saya bekerja ini akan mengadakan jamuan hari raya.. Kali ini sambutan diadakan di perkarangan kompleks ibupejabat dan diadakan secara sederhana.. Majlis dihadiri oleh kakitangan selain dari ibupejabat dan wakil di setiap pejabat daerah.
Jamuan Hari Raya tak lengkap jika tiada ketupat, ketupat palas, lemang dan rendang..
![]() |
Kami bergambar bersama Pengarah |

Lebih istimewa lagi, di Seremban terdapat beberapa cendol popular antaranya Cendol Songkok Tinggi.. Di setiap majlis keraian, pakcik Cendol Songkok Tinggi ini pasti akan ditempah oleh penganjur kerana keaslian rasa cendol yang istimewa.


Selain cendol, kami dijamu dengan nasi minyak dan segala macam hidangan sampingan yang dimakan bersama nasi minyak.
![]() |
Nasi minyak |
Selain itu sate dan mee sup tulang turut menjadi kegemaran saya..
![]() |
Sate |
![]() |
Mee sup tulang |
Di samping kuih-muih lain..
![]() |
Kuih talam |
![]() |
Brownies and cookies |
![]() |
Lamb grill |
Malangnya kami takde rezeki untuk merasa kambing bakar sebab sambutan yang sangat mengalakkan.. Hanya dapat menghidu asap dan bau, huhuhu
Sambil menjamu selera kami dihiburkan dengan nyanyian karaoke dari kakitangan yang berbakat hingga majlis melabuhkan tirai pada jam 4.00 petang.
Okay, begitulah serba sedikit tentang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Hari ini Syawal sudah sampai penghujung, cepat sungguh masa berlalu..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
Sedapnya nampak cendol dgn brownies tu...huhu
ReplyDeleteKat Seremban senang cari cendol ni3za.. Ada 1 kedai famous di sini.. Brownies pula officemate buat, sesekali teringin LZ akan tempah dari dia.. 😊
DeleteTeringain betul nak makan cendol...hehe
ReplyDeleteAlolo cian Nini, weekend nanti cari cendol okay..
DeleteBrownies and cookies..cendol...huiii la...sedapnya..
ReplyDeleteSemua manisan PC.. sedap. 😉
Deletemeriahnya jamuan raya ofis..macam-macam juadah ada..cendol tue yang tak tahan tengok..
ReplyDeleteAlhamdulillah Radhia rezeki bulan Syawal, hehehe 😁
DeleteWow meriahnya sambutan raya
ReplyDeleteTahun ni kira kurang meriah berbanding tahun sebelum mamapp..
DeleteTulah...hari ni last Syawal kan....
ReplyDeleteHa a...Raya kalau tak de menu ketupat bagai tu mmg tak sahkan LZ!....mcm tak raya je gayanya.
Setuju Mak Nom.. Semua tu juadah mesti ada setiap sambutan Hari Raya 😊..
Deletemeriah kak LZ. terliur lah pulak bila nampak balik makanan masa raya pertama tu hakhak
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html
Samalah kita Elsa.. rindu juadah Raya 😫
DeleteBila baca ni terus teringat2 suasana raya pertama. Sedapnya cndol n ketupaaatt tu sis LZ. 😘
ReplyDeleteMemang sedap CR.. sis pun craving for it.. huhuhu 😄
DeleteSedap-sedapnya makanan. Saya pernah makan cendol songkok tinggi tu ketika menghadiri satu jemputan kahwin di Seremban tahun lepas.
ReplyDeleteOic, at least sis Sweetie pernah rasa 😊.. Memang famous kat Seremban ni selain cendol Sharif.
Deletejuadah raya yg sangat sedap dan memikat hati
ReplyDeleteRaya Haji nanti boleh repeat makan juadah pagi Hari Raya Aidilfitri.. 😊
DeleteMenarik sungguh menu-menunya.. Yang paling ohsem dah tentulah kambing bakar tu.. Cendol songkok tinggi tu pun nampak menawan..
ReplyDeleteExactly Sha tapi LZ tak merasa.. Takde rezeki, huhuhuhu 😢
Deletemeriahnya menu2nya kat office ritu pun ada cendol songkok tu femes kan dia..hehe
ReplyDeleteBetul dhia, cendol songkok tinggi femes, hehehehe 😊
Delete