Monday, January 29, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu lalu saya ke Muar untuk menguruskan hal sambung semula bekalan air di rumah pertamaku. Al-kisah rumah ini saya beli pada tahun 2008 tapi saya tidak tinggal di situ sehingga kini. Sekali-sekala balik kampung saya akan jenguk dan sekadar upah orang atau adik-beradik untuk bersihkan mana yang perlu.

Setiap kali jenguk rumah ini akan ada perasaan sedih kerana tidak pernah tinggal lama di situ memandangkan saya dan keluarga mencari rezeki di Negeri Sembilan. In shaa Allah ada perancangan tinggal tetap di sini satu hari nanti.

Rumah di Muar, Rumahku Syurgaku
Selesai dari menguruskan hal rumah, saya bertolak ke Seremban. Dalam perjalanan we decided to singgah makan di Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka. Al-maklum ikan bakar terkenal di Melaka selain asam pedas, coconut shake, masakan Baba Nyonya dan makanan famous lain. Seafood antara makanan kegemaran saya. Kami pernah makan ikan bakar di Umbai dan Muara Sungai Duyung tetapi masih belum pernah ke Crystal Bay Alai. Office mate kata ikan bakar Alai lebih murah dari Umbai. Jadi petang itu merupakan kunjungan perkama kami di Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai untuk cuba sendiri. 

Related post : Ikan Bakar Parameswara

Alai, Melaka
Sebelum menuju ke Medan Ikan Bakar singgah meninjau pantai di hujung muara.. Saya suka suasana pantai di waktu petang dengan tiupan angin memang best! Nyaman dan tenteram rasa fikiran walaupun serabut dengan macam hal.

Untuk pengetahuan, kawasan Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai melalui kawasan perumahan.. Tak susah cari sebab ada pintu gerbang di jalan besar dan banyak gerai ikan bakar di kawasan itu..

Pantai Alai, Melaka
Saya tiba di Medan Ikan Bakar hampir pukul 5.00 petang. Medan Ikan Bakar selalu mula berniaga pukul 5.30 petang, tak sangka ada sebuah gerai sudah sedia menerima pelanggan. Kami sebulat suara ordered 3 pinggan nasi putih, kailan ikan masin, udang goreng butter, 2 ekor ketam masak telur masin (recommended by Tuan Kedai), ikan jenahak sebelah bakar sambal, 2 ekor sotong goreng tepung dan 1 jug air tembikai. Order tak hengat sebab lapar yang amat, so called lunner (a meal combining lunch and dinner) ;-)



Otak-otak dan Arief
Sementara menunggu hidangan tiba, kami dijamu dengan otak-otak.. Anak bujang saya ni memang 'hantu' otak-otak. Suka yang amat sampai boleh habis sebakul dia hadap sorang. Tak berapa lama hidangan pun tiba di meja..

Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka
Udang goreng butter
Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka
Kailan ikan masin
Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka
Ketam masak telur masin
Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka
Sotong goreng tepung
Medan ikan bakar Crystal Bay Alai
Ikan jenahak bakar sambal
Alhamdulillah, semua sedap termasuk sos dan kicap pencicah ikan bakar.. Kami makan bertiga dan sudah tentu ada baki yang perlu dibungkus dan dibawa pulang. Selesai sudah, masa untuk buat bayaran.. Our bill came up to RM187.00 discount RM2.00 total perlu dibayar RM185.00, tak tahu mahal atau murah tapi ini merupakan harga paling tinggi pernah saya bayar untuk makan seafood bertiga. Mungkin juga harga pasaran seafood ketika itu tinggi.. Tak kisahlah janji sedap dan puas hati. Apa pun saya masih vote for Senandung Malam di Pantai Bagan Lalang untuk seafood murah dan sedap.

Medan Ikan Bakar Melaka
Bil
Pesanan saya, sebelum menjamu selera di Medan Ikan Bakar perlu tahu harga semasa makanan laut ketika itu atau tanya tokey kedai sebelum membuat pesanan supaya tidak over budget atau harga tak sepadan dengan makanan.



Siapa pernah makan di Crystal Bay Alai? Mungkin anda boleh kongsi pendapat anda.. Pembaca lain boleh juga berikan pendapat anda.

Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee..


Regards,
I am LZ

Saturday, January 27, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini Sabtu, Selamat Hujung Minggu diucapkan kepada rakan bloggers. Apa aktiviti hari ini? Saya pula tak ke mana sebab terlalu penat, minggu ni sungguh hectic so saya bercadang untuk menghabiskan masa berehat sahaja di rumah.

Oleh kerana sibuk, komen pembaca pun masih belum sempat saya balas. In shaa Allah, setiap komen di blog Lady in Red Planner ini akan saya balas dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan komen. I really appreciate it 💕.

So today, I would like to share with you cerita tentang short trip ke AQUARIA KLCC dua minggu lalu.. Instead of Tarikan Menarik di AQUARIA KLCC, saya juga namakan post ini : "Biarlah Gambar Berbicara" kerana gambar lebih banyak dari cerita. Anggaplah ianya seperti sebuah album gambar..

Related : Lunch di sini

Okay, bila kita masuk sahaja ke Aquaria akan nampak Piranha Tank.. Banyak sangat ikan Piranha dalam tu..

AQUARIA KLCC in Kuala Lumpur
Piranha Tank
Tak padan dengan saiz kecil tapi agresif. Pirana adalah sejenis ikan omnivor kecil yang tinggal berkumpulan di Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan. Ikan ini mempunyai deria bau yang kuat dan suka darah seperti ikan jerung.

Aquaria KLCC
Tapak sulaiman dan hidupan laut jenis Asteroidea
Horseshoe Crab Aquaria KLCC
Belangkas
Pepatah Melayu ada kata 'berkepit macam belangkas'.. Huh inilah belangkas, hehehe. Belangkas atau Horseshoe Crab adalah haiwan yang tinggal di air masin dan sedikit di paya air tawar. Ada sesetengah tempat makan belangkas, tak silap saya di Kota Tinggi, Johor, pernah disiarkan di Majalah 3 satu masa  dulu. 

Siapa pernah makan belangkas mungkin boleh kongsi camne rasa belangkas. So far saya masih belum terbuka hati untuk mencuba belangkas. Belangkas juga antara haiwan yang sedang diancam kepupusan.

Ikan Jerung AQUARIA KLCC
Anak ikan jerung
AQUARIA KLCC Kuala Lumpur
Ikan toman
 
Garden Eel
AQUARIA KLCC
Udang galah
Aquaria KLCC
Udang galah
Kawasan tumpuan pengunjung mengambil gambar
Ikan Naga
  


 
 
 
Semasa sedang meninjau spesis ikan besar di tunnel, tiba-tiba ada diver dalam tangki sedang membersihkan aquarium. Maka pengunjung pun berpeluang meninjau dengan lebih dekat lagi proses pembersihan tangki aquarium yang besar.
 
 
Diver
AQUARIA KLCC
Octopus
Siapa suka makan chuka idako di Sushi King? Kalau nak tahu inilah ibu dia, hehehehe. Bukan main besar. Orang menangis di bucu katil tapi octopus ni menyorok di bucu aquarium konon pemalu, hehehe

Aquaria KLCC
Jaws atau rahang ikan jerung
 

Sempat berposing walaupun gelap demi sebuah memori, ewahhh..

Seahorses
Jemput singgah menonton rakaman video amateur yang diambil:

 

Okay, begitulah sebahagian daripada gambar-gambar dalam koleksi semasa ke Aquaria KLCC tempoh hari. Motif utama ke sini untuk memberi pendedahan kepada Arief Redza mengenai kehidupan dasar laut and at the same time mengagumi kebesaraanNya.

Bayaran masuk ke Aquaria KLCC dengan MyKad seperti berikut :

Dewasa (adult) : RM49.00
Kanak-Kanak (3 hingga 12 tahun) : RM39.00 
Senior Citizen (atas 60 tahun) : RM39.00
Umur bawah 3 tahun masuk percuma.

Website : AQUARIA KLCC



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Tuesday, January 23, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady in Red Planner.. Al-kisah sejak beberapa bulan lalu anak minta buat popcorn sebab dia pernah buat bersama teacher dan rakan-rakan sebaya ketika transit di Smart Reader tahun lalu.. Jadi mama dia yang sebenarnya tak pernah tahu cara buat popcorn pun terus acah-acah terror.. Berpandukan website allrecipes.com dapatlah saya imagine how to prepare caramel popcorn. Mudah yang amat rupanya buat popcorn. Kelakar pun ada sebab sebelum ni tak pernah tahu..

So hari ini dengan bangganya saya ingin kongsi resepi homemade caramel popcorn yang sedap di samping sangat mudah disediakan. Bak kata orang resepi tutup mata pun boleh buat, hehehehe. Tapi saya nasihatkan lepas siap semua baru tutup mata naa.. Nanti minyak pergi mana, bertih jagung lompat ke mana, hehehe. Siapa yang tahu buat tolong jangan gelak.. haip!

Inilah hasil kejadian sebelum disaluti caramel...

Homemade Caramel Popcorn Recipe
Homemade Caramel Popcorn

Resepi Bertih Jagung Karamel
(Homemade Caramel Popcorn Recipe)

Bahan-Bahan

3 genggam biji jagung
3-4 sudu besar minyak masak
1 sudu besar butter
¼ sudu kecil garam halus

Cara-cara

1. Mula-mula pasang api sederhana. Panaskan minyak dan butter.
2. Kemudian kecilkan api.
3. Masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.
4. Tutup periuk. Tunggu hingga bunyi biji jagung meletup “pop pop”. 
5. Bila takde lagi bunyi "pop pop" maksudnya biji jangung dah habis meletup. Sekarang, boleh buka tutup kuali / bekas tadi. Pasti anda teruja bila tengok popcorn penuh putih gebu..
6. Kemudian, masukan popcorn ke dalam bekas lain
7.  Tabur garam dan gaul rata 

Siap sudah, sekarang masa untuk sediakan caramel


Resepi Bertih Jagung Karamel
Caramel
Caramel

Bahan-bahan

1 cawan brown sugar
2 sudu besar gula
4 sudu besar butter
1 sudu kecil baking soda
1 ½ sudu kecil vanilla

Cara-Cara

1. Masukkan brown sugar, gula pasir dan butter ke dalam periuk. Panaskan guna api sederhana.
Kacau hingga semua bahan larut.
2. Masukkan baking soda dan vanilla. Kacau hingga likat. 
3. Padam api dan tuang ke dalam bekas popcorn. Kacau rata.
4. Masukkan bekas popcorn ke dalam oven dan panaskan anggaran 10 minit.
5. Kacau popcorn hingga caramel menyaluti hampir seluruh popcorn.
6. Siap! Sedia untuk dihidang.

Homemade Caramel Popcorn
Inilah hasil kejadian Homemade Caramel Popcorn.. Bila anda buat caramel popcorn di rumah akan ada bau caramel sedap semerbak memenuhi ruang seperti anda berada di panggung wayang, hehehe.. Lepas ni takde la beli popcorn di luar.. 




Selamat mencuba..
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Sunday, January 21, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Happy Weekend everyone! Semoga segala yang dirancang berjalan dengan baik dan dipermudahkan urusan.. Hari ini genap seminggu saya dan keluarga ke KLCC semata-mata memenuhi permintaan anak bujang. Cuti sekolah hujung tahun lepas tak bawa dia ke mana-mana so last weekend saya tebus hutang itu.. Puas jalan ke Aquaria KLCC, we had our lunch at Baba Nyonya Restaurant di Avenue K for the first time.

Siapa biasa ke Avenue K tentu perasan di mana letaknya restoran ini tapi berbeza dengan saya.. Semasa meninggalkan Jalan Ampang area berbelas tahun yang lalu, Avenue K masih dalam pembinaan. Ini merupakan kunjungan kali ke-3 di Avenue K shopping mall setelah berpindah ke Seremban. Waktu kami tiba di restoran Baba Nyonya, jam menunjukkan pukul 3.00 petang dan tak ramai orang..

Jom kita check apa menu yang menarik di Restoran Baba Nyonya Avenue K..



Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Menu Baba Nyonya Restaurant
First of all, saya suka sangat dengan kombinasi turquoise dan pink pada menu.. Motif batik sangat cantik dan unik, tepat dengan konsep baba nyonya. Untuk pengetahuan konsep restoran ini menghidangkan makanan asli peranakan Baba Nyonya.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Inside menu Baba Nyonya Restaurant
I randomly flipped through the pages, terpaku dengan senarai menu kategori noodles. Al-maklum perut sedang lapar, tengok perkataan 'noodles' tu pun rasa sedap, hehehe...

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Menu noodles Baba Nyonya Restaurant
Dari kategori noodles, saya pilih soto ayam (RM10.28).. Walaupun perut lapar nasi, I got rather greedy and ordered soto ayam to share with Arief, teringin sangat rasa soto ayam dari Baba Nyonya Restaurant. Mana tahu rasa luar biasa kannn.. Selain soto ayam, saya ordered set nasi dan asam pedas (RM20.66) untuk diri sendiri dan Mamak Mee (RM10.28) for my husband..

Curry Puff
Promosi Kak Ros Curry Puff
Sambil tunggu pesanan, belek-belek iklan atas meja : Kak Ros Curry Puff exclusive RM2.00 seketul. Memandangkan saya bukan penggemar curry puff so takde rasa teringin cuba.
 
Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Lanterns decoration
Ini pula dekorasi dalam kedai, lanterns berwarni-warni dan mural.. Dekorasi dalam kedai agak unik dan santai sepertimana hiasan rumah baba nyonya.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Mural
Service bagus, tak lama tunggu air dan makanan pun sampai di meja.  Minuman saya order apple asam boi (RM12.17) dan Nescafe ais (RM4.62) for my husband.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Necafe ais & apple asam boi
 Anak tak mahu order minuman tapi dia ordered bubur Cha-ca (RM4.91)..

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Bubur sum-sum
Makanan pertama sampai mee goreng mamak.. Beginilah rupa mee goreng mamak versi Restoran Baba Nyonya..

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Mee goreng mamak
Disusuli pula soto ayam untuk Arief.. Cukup segala rasa dan bahan-bahan di dalamnya disertakan sekali sambal kicap. The soto ayam pretty decent. I would recommend this at Baba Nyonya Restaurant.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Soto ayam & sambal kicap
Seterusnya set nasi dan asam pedas Baba Nyonya.. Truth be told, for me the asam pedas was rather average in terms of taste..

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Set nasi dan asam pedas
Our bill came up to RM73.35 for all the above, inclusive of drinks. Overall alhamdulillah dengan rezeki hari itu dapat menikmati makanan ketika sangat lapar.

Baba Nyonya Restaurant Avenue K
Baba Nyonya Restaurant Avenue K
Saya boleh rumuskan di sini, persekitaran restoran 8/10 manakala dari segi rasa makanan saya bagi  5/10, not the best restaurant I've ever eaten but still worth trying. 

Begitulah review Baba Nyonya Restaurant Avenue K khas untuk my lovely readers..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,
I am LZ 


Disclaimer: 
The opinions and experiences published on this blog is entirely based on my personal taste buds. All photos shown in this blog post belongs to me. If you need to use them for some reasons, please contact me at my email. Please respect others.

Follow Us @ladyinredplanner