Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini Sabtu, Selamat Hujung Minggu diucapkan kepada rakan bloggers. Apa aktiviti hari ini? Saya pula tak ke mana sebab terlalu penat, minggu ni sungguh hectic so saya bercadang untuk menghabiskan masa berehat sahaja di rumah.

Oleh kerana sibuk, komen pembaca pun masih belum sempat saya balas. In shaa Allah, setiap komen di blog Lady in Red Planner ini akan saya balas dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan komen. I really appreciate it 💕.

So today, I would like to share with you cerita tentang short trip ke AQUARIA KLCC dua minggu lalu.. Instead of Tarikan Menarik di AQUARIA KLCC, saya juga namakan post ini : "Biarlah Gambar Berbicara" kerana gambar lebih banyak dari cerita. Anggaplah ianya seperti sebuah album gambar..

Related : Lunch di sini

Okay, bila kita masuk sahaja ke Aquaria akan nampak Piranha Tank.. Banyak sangat ikan Piranha dalam tu..

AQUARIA KLCC in Kuala Lumpur
Piranha Tank
Tak padan dengan saiz kecil tapi agresif. Pirana adalah sejenis ikan omnivor kecil yang tinggal berkumpulan di Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan. Ikan ini mempunyai deria bau yang kuat dan suka darah seperti ikan jerung.

Aquaria KLCC
Tapak sulaiman dan hidupan laut jenis Asteroidea
Horseshoe Crab Aquaria KLCC
Belangkas
Pepatah Melayu ada kata 'berkepit macam belangkas'.. Huh inilah belangkas, hehehe. Belangkas atau Horseshoe Crab adalah haiwan yang tinggal di air masin dan sedikit di paya air tawar. Ada sesetengah tempat makan belangkas, tak silap saya di Kota Tinggi, Johor, pernah disiarkan di Majalah 3 satu masa  dulu. 

Siapa pernah makan belangkas mungkin boleh kongsi camne rasa belangkas. So far saya masih belum terbuka hati untuk mencuba belangkas. Belangkas juga antara haiwan yang sedang diancam kepupusan.

Ikan Jerung AQUARIA KLCC
Anak ikan jerung
AQUARIA KLCC Kuala Lumpur
Ikan toman
 
Garden Eel
AQUARIA KLCC
Udang galah
Aquaria KLCC
Udang galah
Kawasan tumpuan pengunjung mengambil gambar
Ikan Naga
  


 
 
 
Semasa sedang meninjau spesis ikan besar di tunnel, tiba-tiba ada diver dalam tangki sedang membersihkan aquarium. Maka pengunjung pun berpeluang meninjau dengan lebih dekat lagi proses pembersihan tangki aquarium yang besar.
 
 
Diver
AQUARIA KLCC
Octopus
Siapa suka makan chuka idako di Sushi King? Kalau nak tahu inilah ibu dia, hehehehe. Bukan main besar. Orang menangis di bucu katil tapi octopus ni menyorok di bucu aquarium konon pemalu, hehehe

Aquaria KLCC
Jaws atau rahang ikan jerung
 

Sempat berposing walaupun gelap demi sebuah memori, ewahhh..

Seahorses
Jemput singgah menonton rakaman video amateur yang diambil:

 

Okay, begitulah sebahagian daripada gambar-gambar dalam koleksi semasa ke Aquaria KLCC tempoh hari. Motif utama ke sini untuk memberi pendedahan kepada Arief Redza mengenai kehidupan dasar laut and at the same time mengagumi kebesaraanNya.

Bayaran masuk ke Aquaria KLCC dengan MyKad seperti berikut :

Dewasa (adult) : RM49.00
Kanak-Kanak (3 hingga 12 tahun) : RM39.00 
Senior Citizen (atas 60 tahun) : RM39.00
Umur bawah 3 tahun masuk percuma.

Website : AQUARIA KLCC



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ