BABA NYONYA RESTAURANT, AVENUE K

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Happy Weekend everyone! Semoga segala yang dirancang berjalan dengan baik dan dipermudahkan urusan.. Hari ini genap seminggu saya dan keluarga ke KLCC semata-mata memenuhi permintaan anak bujang. Cuti sekolah hujung tahun lepas tak bawa dia ke mana-mana so last weekend saya tebus hutang itu.. Puas jalan ke Aquaria KLCC, we had our lunch at Baba Nyonya Restaurant di Avenue K for the first time.

Siapa biasa ke Avenue K tentu perasan di mana letaknya restoran ini tapi berbeza dengan saya.. Semasa meninggalkan Jalan Ampang area berbelas tahun yang lalu, Avenue K masih dalam pembinaan. Ini merupakan kunjungan kali ke-3 di Avenue K shopping mall setelah berpindah ke Seremban. Waktu kami tiba di restoran Baba Nyonya, jam menunjukkan pukul 3.00 petang dan tak ramai orang..

Jom kita check apa menu yang menarik di Restoran Baba Nyonya Avenue K..



Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Menu Baba Nyonya Restaurant
First of all, saya suka sangat dengan kombinasi turquoise dan pink pada menu.. Motif batik sangat cantik dan unik, tepat dengan konsep baba nyonya. Untuk pengetahuan konsep restoran ini menghidangkan makanan asli peranakan Baba Nyonya.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Inside menu Baba Nyonya Restaurant
I randomly flipped through the pages, terpaku dengan senarai menu kategori noodles. Al-maklum perut sedang lapar, tengok perkataan 'noodles' tu pun rasa sedap, hehehe...

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Menu noodles Baba Nyonya Restaurant
Dari kategori noodles, saya pilih soto ayam (RM10.28).. Walaupun perut lapar nasi, I got rather greedy and ordered soto ayam to share with Arief, teringin sangat rasa soto ayam dari Baba Nyonya Restaurant. Mana tahu rasa luar biasa kannn.. Selain soto ayam, saya ordered set nasi dan asam pedas (RM20.66) untuk diri sendiri dan Mamak Mee (RM10.28) for my husband..

Curry Puff
Promosi Kak Ros Curry Puff
Sambil tunggu pesanan, belek-belek iklan atas meja : Kak Ros Curry Puff exclusive RM2.00 seketul. Memandangkan saya bukan penggemar curry puff so takde rasa teringin cuba.
 
Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Lanterns decoration
Ini pula dekorasi dalam kedai, lanterns berwarni-warni dan mural.. Dekorasi dalam kedai agak unik dan santai sepertimana hiasan rumah baba nyonya.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Mural
Service bagus, tak lama tunggu air dan makanan pun sampai di meja.  Minuman saya order apple asam boi (RM12.17) dan Nescafe ais (RM4.62) for my husband.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Necafe ais & apple asam boi
 Anak tak mahu order minuman tapi dia ordered bubur Cha-ca (RM4.91)..

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Bubur sum-sum
Makanan pertama sampai mee goreng mamak.. Beginilah rupa mee goreng mamak versi Restoran Baba Nyonya..

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Mee goreng mamak
Disusuli pula soto ayam untuk Arief.. Cukup segala rasa dan bahan-bahan di dalamnya disertakan sekali sambal kicap. The soto ayam pretty decent. I would recommend this at Baba Nyonya Restaurant.

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Soto ayam & sambal kicap
Seterusnya set nasi dan asam pedas Baba Nyonya.. Truth be told, for me the asam pedas was rather average in terms of taste..

Baba Nyonya Restaurant, Avenue K
Set nasi dan asam pedas
Our bill came up to RM73.35 for all the above, inclusive of drinks. Overall alhamdulillah dengan rezeki hari itu dapat menikmati makanan ketika sangat lapar.

Baba Nyonya Restaurant Avenue K
Baba Nyonya Restaurant Avenue K
Saya boleh rumuskan di sini, persekitaran restoran 8/10 manakala dari segi rasa makanan saya bagi  5/10, not the best restaurant I've ever eaten but still worth trying. 

Begitulah review Baba Nyonya Restaurant Avenue K khas untuk my lovely readers..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,
I am LZ 


Disclaimer: 
The opinions and experiences published on this blog is entirely based on my personal taste buds. All photos shown in this blog post belongs to me. If you need to use them for some reasons, please contact me at my email. Please respect others.

13 Comments:

Waww cantiknyaa design restaurant diaa. Best ni dapat makan dalam suasana penuh adat dan budaya baba nyonya. Interesting!

Semuanya nampak sedap laa.. mama suka tgk buku menu dia comel sgt

Nampak satu hidangan macam banyak juga tu sis LZ.. Comel je buku menunya

Dah lama teringin nak makan di restoren baba dan nyonya tau

Tengok menu pun dah cantik.

5/10 jek utk rasa mknan..ermm bg JM kurang sedap la

Menariknya, boleh cuba tempat ni nanti

Lalu aje x pernah singgah. X pernah lagi rasa makanan baba nyonya ni so tak taulah akan kena dgn tekak ke tidak. Review yang honest. I like

cantik la design buku menu tu sbb corak lukisan bunga ala2 baju baba & nyonya

CT try yang di Genting.. boleh tahan rasanya tapi harga memang mencekik..

Tak pernah makan kat sini LZ.
Agaknya kita ni org Johor kot ye LZ, pantang tengok soto mmg nafsu membuak buak nak rasa. Aduh telan air liur banyak kali ni tau tengok soto dgn sambal kicap. Sedapnya...

Karipap tu faveret tu....tetiba pulak nak makan karipap gergasi blackpapper hihi

Menarik betul design buku menu dia.. Gabungan warna yang menawan..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More