Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady in Red Planner.. Al-kisah sejak beberapa bulan lalu anak minta buat popcorn sebab dia pernah buat bersama teacher dan rakan-rakan sebaya ketika transit di Smart Reader tahun lalu.. Jadi mama dia yang sebenarnya tak pernah tahu cara buat popcorn pun terus acah-acah terror.. Berpandukan website allrecipes.com dapatlah saya imagine how to prepare caramel popcorn. Mudah yang amat rupanya buat popcorn. Kelakar pun ada sebab sebelum ni tak pernah tahu..

So hari ini dengan bangganya saya ingin kongsi resepi homemade caramel popcorn yang sedap di samping sangat mudah disediakan. Bak kata orang resepi tutup mata pun boleh buat, hehehehe. Tapi saya nasihatkan lepas siap semua baru tutup mata naa.. Nanti minyak pergi mana, bertih jagung lompat ke mana, hehehe. Siapa yang tahu buat tolong jangan gelak.. haip!

Inilah hasil kejadian sebelum disaluti caramel...

Homemade Caramel Popcorn Recipe
Homemade Caramel Popcorn

Resepi Bertih Jagung Karamel
(Homemade Caramel Popcorn Recipe)

Bahan-Bahan

3 genggam biji jagung
3-4 sudu besar minyak masak
1 sudu besar butter
¼ sudu kecil garam halus

Cara-cara

1. Mula-mula pasang api sederhana. Panaskan minyak dan butter.
2. Kemudian kecilkan api.
3. Masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.
4. Tutup periuk. Tunggu hingga bunyi biji jagung meletup “pop pop”. 
5. Bila takde lagi bunyi "pop pop" maksudnya biji jangung dah habis meletup. Sekarang, boleh buka tutup kuali / bekas tadi. Pasti anda teruja bila tengok popcorn penuh putih gebu..
6. Kemudian, masukan popcorn ke dalam bekas lain
7.  Tabur garam dan gaul rata 

Siap sudah, sekarang masa untuk sediakan caramel


Resepi Bertih Jagung Karamel
Caramel
Caramel

Bahan-bahan

1 cawan brown sugar
2 sudu besar gula
4 sudu besar butter
1 sudu kecil baking soda
1 ½ sudu kecil vanilla

Cara-Cara

1. Masukkan brown sugar, gula pasir dan butter ke dalam periuk. Panaskan guna api sederhana.
Kacau hingga semua bahan larut.
2. Masukkan baking soda dan vanilla. Kacau hingga likat. 
3. Padam api dan tuang ke dalam bekas popcorn. Kacau rata.
4. Masukkan bekas popcorn ke dalam oven dan panaskan anggaran 10 minit.
5. Kacau popcorn hingga caramel menyaluti hampir seluruh popcorn.
6. Siap! Sedia untuk dihidang.

Homemade Caramel Popcorn
Inilah hasil kejadian Homemade Caramel Popcorn.. Bila anda buat caramel popcorn di rumah akan ada bau caramel sedap semerbak memenuhi ruang seperti anda berada di panggung wayang, hehehe.. Lepas ni takde la beli popcorn di luar.. 




Selamat mencuba..
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ