Thursday, August 08, 2019

,
DRESSING TABLE INSPIRATION KONSEP MODERN MINIMALIST | Lama tak bersiaran semenjak barang-barang dari rumah lama selamat 'mendarat' di rumah baru.. Kunci rumah lama juga selamat kembali ke tangan tuan rumah.. Buat masa ini masih sibuk mengemas, sorting barang-barang yang perlu dibuang dan hantar ke recycle center jadi masih belum ada masa santai yang berkualiti seperti sebelum ini.. 

Dressing table inspiration
Sejak minggu lalu juga saya banyak menghabiskan masa membelek-belek contoh hiasan meja solek di Pinterest dan Instagram semata-mata untuk mendapatkan ilham dekorasi yang memenuhi konsep modern minimalist. During this process, I kept coming across interior designer untuk ruang-ruang lain juga seperti ruang tamu, dapur, home office dan mini library. Barang-barang pilihan hati sudah tentu dari Ikea disebabkan harga mampu milik dan paling utama mudah cari perabot warna putih bertepatan dengan konsep hiasan dalaman rumah saya.


Dressing table inspiration

Hari ini saya ingin berkongsi inspirasi menghias meja solek konsep modern minimalist yang menjadi pilihan saya.. Sementara bilik masih kosong maka inilah masa yang sesuai untuk mengilhamkan susunatur yang diinginkan barulah kena dengan tagline Home Sweet Home, gituuu.. 

Okay berikut adalah top 4 ilham decor dressing table saya :

(1) Ikea MALM Dressing Table

Ikea MALM dressing table
Perabot Ikea yang diperlukan ialah sebuah meja MALM dan cermin NISSEDAL. Sangat simple tetapi kekurangan pada meja MALM ni tak berapa luas. Kelebihan meja ini pula drawer yang panjang.
Ikea MALM white dressing table
Ikea NISSEDAL mirror

(2) Ikea Vittsjo table 

Ikea Vittsjo table
Ini sebenarnya meja laptop tapi boleh juga digayakan sebagai dressing table. Sekali lagi saya katakan ianya simple dan menarik tetapi agak sempit. 

Ikea Vittsjo laptop table
Meja ini boleh dipadankan dengan cermin Ikea jenis Stockholm..

Ikea Stockholm mirror

(3) Ikea MICKE table

Ikea Micke dressing table

Pilihan seterusnya meja jenis MICKE.. Koleksi meja MICKE ada 2 jenis iaitu study desk dan large table. Pilihan saya meja MICKE saiz besar yang dilengkapi 2 drawers. Drawers tersebut luas dan  tersorok kemas sesuai untuk menyimpan alat-alat solek.

Ikea MICKE table

Boleh juga digayakan dengan cermin Sockholm seperti pilihan nombor 3.

(4) Ikea ALEX Drawers

Ikea Alex drawers

Inspirasi dekorasi meja solek saya seterusnya menggunakan 2 buah Alex drawers dan sekeping table top jenis LINNMON saiz 200 x 60cm.

Ikea Alex drawers

Susunan 2 buah ALEX drawers dan letak table top LINNMON di atas kedua-duanya. Lebih menarik jika disesuaikan lagi dengan cermin kosong mengikut panjang meja berkenaan.

Ikea LINNMON table top
Bagi menambahkan seri boleh tambah lampu Ikea jenis MUSIK di kiri dan kanan cermin.

Ikea MUSIK wall lamps

Begitulah besar angan-angan saya untuk memenuhi impian dressing table mengikut citarasa sendiri.. Kita tengok nanti apa pilihan saya dan bagaimana hasilnya nanti selepas sesi susunatur selesai.

Sekiranya ada antara pembaca yang ingin membantu saya memilih mana satu dressing table inspiration patut saya pilih, sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.. Cadangan dan pendapat pembaca sangat saya alu-alukan dan amat dihargai..

Lastly, terima kasih juga diucapkan atas komen yang ditinggalkan dari pembaca sekalian.. Untuk pengetahuan buat masa ini saya mungkin akan lambat menjawab setiap satu komen dari posting sebelum ini disebabkan kekangan masa.. In shaa Allah saya akan jawab juga komen anda satu persatu..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Monday, July 22, 2019

,
BIRTHDAY SURPRISE BOUQUET, PEMBERIAN KECIL TAPI BERMAKNA | Al-kisah terlalu serabut dan sibuk dengan proses pindah rumah minggu lalu, saya seperti tak berpijak di bumi yang nyata.. Pagi ini baru teringat birthday adik bongsu dah berlalu semalam.. I can't believe I forgot my sister 's special day. I feel bad about it, tanpa berlengah terus capai phone dan wish her happy belated birthday..

Masih tetap rasa bersalah, so I decided to send her birthday surprise bouquet. Tapi masihkah ada yang sudi ambil order last minute dan hantar dalam hari yang sama before 4.30 p.m? Just tawakkal.. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.. Hasil pencarian, saya dapat khidmat surprise delivery dengan hanya sekali percubaan.

Surprise birthday delivery for my sister
Inilah feedback saya terima dari my adik bongsu :



Feedback
Saya kenang jasa adik bongsu ni, Allah takdirkan dia masih single (umur sekarang 34 tahun) untuk menjaga orang tua di kampung. Lately ayah saya tak sihat dan bermacam-macam ragam lagi dia perlu hadapi ditambah pula kerja hakiki sebagai Lecturer. Saya faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya tak dapat balik kampung sekerap mungkin. Adik bongsu ini harapan saya.

Walaupun begitu, kami adik-beradik sama-sama memenuhi kekurangan yang ada untuk saling bekerjasama. Bab tenaga, kewangan, perhatian dan keperluan dibahagi sama. Jadi tak hairanlah mengapa dia rasa terharu apabila mendapat penghargaan seperti itu, pemberian kecil bagi saya tapi bermakna untuk dia..



Doa saya kepada adik bongsu : Semoga diberikan kesihatan, kesabaran, dipermudahkan urusan, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi.. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan balasan syurga, aamiin.

Setakat ini sahaja perkongsian saya Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Thursday, July 18, 2019

,
KONSEP HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH IDAMAN | Bermula dari masalah mendapatkan milikan kosong hingga sekarang masih lagi entry tentang rumah baru. Saya suka mengabadikan kisah ini sebagai kenangan untuk ingatan sepanjang zaman..

Okay, bila impian jadi kenyataan dan masuk rumah baru tentu kita pun berangan-angan untuk decorate rumah tu nanti ikut citarasa sendiri.. Banyak konsep hiasan dalaman sekarang ni tapi saya pilih konsep Scandinavian atau Nordic. Konsep ini modern, ringkas, minimalis, menggunakan material kayu dan rona warna putih atau pastel sebagai hiasan dalaman. Bak kata orang 'less is more', biar nampak ringkas dan kemas..

Gambar hiasan - ruang tamu

Dalam entry ini saya focus dengan konsep Scandanavian sebab lebih kurang sama dengan Nordic. Bagi merealisasikan konsep Scandinavian, saya perlu memastikan hiasan ruang utama terhad kepada barang yang diperlukan sahaja. Tak boleh sumbat semua barang sedia ada nanti lari dari konsep dah laa bukan sejenis professional dalam hiasan dalaman.

Gambar hiasan - ruang makan 

PILIHAN PERABOT & LAMPU

Selain itu, kedudukan susunatur perabot juga penting supaya ruang tersebut nampak menarik walau hanya menggunakan sedikit perabot. Konsep Scandinavian juga menggunakan pilihan perabot kayu yang tak sarat dengan ukiran atau material kain bercorak memadai warna lembut dan plain. Mana saya cari perabot? Pilihan saya sudah tentu di Ikea..

Begitu juga dengan pencahayaan.. Penggunaan langsir juga perlu ringkas dan tidak beropol-ropol.. Pilihan lampu juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan lagi konsep ini. Saya pilih lampu corak geometri.

Gambar hiasan - kitchen 

Walaupun konsep warna putih tetapi tak salah jika kita selitkan warna pastel lain seperti kuning, merah jambu, biru, hijau selain hitam-putih. Kelihatan lebih menarik dan ceria.



POKOK HIASAN

Saya juga akan meletakkan pokok hiasan dalam pasu yang mudah dijaga bagi melengkapkan lagi konsep Scandinavian ini selain sumber oksigen untuk seisi rumah. So far hiasan dinding masih belum fikir lagi.. Lantai pula saya biarkan mosaic warna putih manakala pemasangan wainscoting masih dalam angan-angan.. Bila sudah siap sepenuhnya saya pasti akan kongsi di sini. Kita tengok macam mana hasilnya nanti, tungguuuuuuu...

Okay, jika ada antara pembaca yang ingin berkongsi idea atau pendapat boleh tulis di ruangan komen. Maklumbalas dan komen anda amat saya hargai.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Loading...

Friday, July 12, 2019

,
DUGAAN SELEPAS SERAH KUNCI RUMAH BARU | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Walau sibuk dengan proses pindah rumah, tugasan hakiki dan serabut dengan masalah, saya tetap rindu untuk blogging.. Balik dari office terus curi-curi masa untuk share entry baru dengan pembaca setia, ehhh ada pembaca setia ker? hehehehehe.. Diri sendirilah pembaca setia, siapa lagi kannnn.. Walaupun begitu, terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini..

Saya ada berkongsi sesi luahan perasaan tentang pengalaman pahit-manis beli rumah sub-sale di entry sebelum ini, kali ini saya kongsi kesinambungan dari entry lepas. Masih lagi berkisar tentang proses mendapatkan rumah baru.. Saya perlu abadikan di blog ini untuk kenangan sepanjang zaman..

Serahan kunci
Kesinambungan dari cerita lepas saya teruskan ikhtiar dengan menghantar email kepada peguam menerangkan keadaan saya yang genting dengan harapan peguam sendiri faham dan menggunakan 'fungsi' nya untuk 'memujuk' penjual menyerahkan kunci awal..Sepatutnya sebagai peguam Pembeli (saya) dia harus acting in the best interest of her client malangnya tidak begitu.

Nak kata serah kunci awal sangat pun bukan sebenarnya sebab balance purchase price sudah selesai dibayar kepada LPPSA so saya sudah tebus harga penuh belian (balance purchase price has been fully settled) hanya menunggu suratan hakmilik (strata title) didaftar atas nama saya. Bila sampai ke peringkat ini ianya lebih kepada budibicara antara penjual dan pembeli untuk menyerahkan kunci. Proses sudah 98% selesai. Nak dijadikan cerita ianya memang dugaan saya..



AKHIRNYA SERAH KUNCI RUMAH BARU 

Siapa tak gembira bila hajat beli rumah baru terlaksana.. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.. Berkat doa kalian akhirnya saya terima kunci yang diharapkan.. Agent menyerahkan kunci dengan syarat saya perlu collect sendiri di Bangi jam 8.30 malam.. So saya ketepikan semua urusan pada petang itu and all the way from Seremban to Bangi jumpa agent tepat pada waktu yang dijanjikan.

Pada keesokkan hari, tentulah semangat berkobar-kobar untuk masuk dan meninjau rumah baru.. Banner iklan di pintu pagar cepat-cepat saya tanggalkan.. Hati berbunga-bunga gembira tak terkata..

Iklan agent hartanah
Akhirnya saya dapat masuk ke compound rumah malang sekali cubaan membuka padlock grill utama gagal.. Sah agent salah beri kunci, hati saya berkata-kata..

Padlock tak boleh dibuka
Saya terus hubungi agent. Beliau dengan rasa yakin mengesahkan bahawa memang tak silap kunci.. Itulah kunci yang diterima dari penjual katanya.. Malas untuk terus berdebat tambahan pula bukan senang dapat kunci ni jadi saya ambil keputusan panggil tukang kunci untuk buka padlock tersebut. 

Tukang kunci gigih membuka pad lock pintu grill utama
Bukan sahaja padlock grill pintu utama tak boleh buka tapi semua kunci yang diberi oleh agent tak sesuai dengan lubang kunci yang ada di seluruh rumah ini.. Ianya disahkan oleh tukang kunci itu sendiri..

Tukang kunci gigih membuka padlock master bedroom
Tak pasal-pasal saya incurred additional cost untuk upah tukang kunci yang bukan murah caj yang dikenakan.. Rasa kecewa tapi kena tabah bila memikirkan dugaan ini tak seberapa dibandingkan dengan nikmat yang saya terima.. Saya sendiri tak pasti kes menganiaya atau memang tersalah kunci, bersangka baiklah benda dah berlaku..

Itulah pengalaman saya dari mula membeli rumah sub-sale ini hingga serah kunci dari penjual melalui agent. Andai ada antara pembaca ingin berkongsi pengalaman sangat dialu-alukan.. Komen anda sangat saya hargai..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner