Friday, March 20, 2020

,
IKAN MASAK TAUCHU SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua  pembaca blog ini. Arahan stay at home berkuatkuasa sudah masuk hari ke-3. Jadi dalam tempoh ini mental kena ready dengan senarai resepi ringkas untuk  kegunaan harian.

Saya ada terbaca dari pengalaman pesakit Covid-19 yang sudah pulih bahawa antara makanan yang baik untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut ialah ada kandungan cuka, halia dan asam jawa. Jadi semalam timbul idea masak ikan goreng tauchu tambah asam jawa. Alang-alang masak jadi saya kongsi resepi dan cara saya masak ikan goreng tauchu walaupun resepi ini mungkin resepi 'pejam mata' bagi sesetengah pembaca yang memang expert memasak.

Ikan masak tauchu simple dan sedap

BAHAN-BAHAN 

6 ekor ikan kembung saiz sederhana
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji cili padi - belah 2
1 biji cili merah besar - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
1 cawan air masak
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bahan hirisan

CARA-CARA
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, goreng dan tos
2. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan naik bau wangi 
3. Masukkan cili besar dan cili padi, kacau seketika
4. Masukkan tauchu, kacau sebentar 
5. Seterusnya masukkan air masak dan pes asam jawa
6. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula
7. Rasa ikut kesesuaian dan masukkan ikan goreng
8. Pastikan ikan bercampur dengan bahan-bahan tumis dan menyerap kuah
9. Tambah air jika kurang. 

Siap! Simple dan sedap dimakan dengan nasi panas.
Mungkin resepi ini menjadi ilham kepada pembaca yang sudah ketandusan idea sepanjang tempoh berada di rumah. Selamat mencuba!


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...

Monday, March 16, 2020

,
HARI YANG PRODUCTIVE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Cuti sekolah sudah bermula, disarankan supaya duduk di rumah dan kurangkan aktiviti bersiar-siar di luar terutama ke tempat orang ramai bagi mengekang wabak Covid-19 dari terus merebak. Pada pendapat saya, rakyat perlu sama-sama peka dan bertanggungjawab dalam hal ini.

Okay, nak cerita.. Al-kisah cerita tentang weekend lalu. Pagi Ahad saya ada class seawal 8.30 pagi dan habis class pukul 4.00 petang. Balik class tentu penat tapi saya sejenis bila terlalu penat tak boleh rehat atau tidur, mata tak mahu lelap. Alang-alang saya pun teragak kemas bilik utama, susun apa yang perlu..

Don't be busy, be productive

Masa yang ada sebelum masuk waktu senja saya gunakan untuk mengemas bilik. Saya kecilkan scope kawasan yang ingin dikemas memandangkan masa singkat, hampir waktu Maghrib. Saya kena pastikan ruang tersebut kemas dengan sempurna. Jadi benda pertama saya perlu focus pada susun atur perabot dalam bilik tersebut.. Saya pernah beritahu saya ni Ikea Lover so hampir semua barang rumah saya perabot dari Ikea.

Related post : Ikea decoration ideas untuk rumah saya.

Perabot pertama perlu dilap dan disusun ialah rak Ikea Kallax ini.


Ikea Kallax decoration

Rak ini saya gunakan untuk menyimpan beg harian apabila pulang dari pejabat di samping ruang-ruang lain saya guna untuk susun fail dan kotak stationery yang baru diterima melalui pos. 

Pada bahagian atas rak ini saya letak indoor plant jenis devils ivy dalam bekas berisi air. Bekas kaca ini adalah recycle dari hadiah tahun 2018 semasa Arief mendapat goodies di taska lama.


Devils ivy indoor plant

Seterusnya saya beralih ke Ikea Lerberg shelf berwarna putih di mana rak ini saya letak di bahagian sisi katil.


Ikea Lerberg shelf

Saya suka rak ini kerana boleh letak banyak barang. Di bahagian rak atas sekali saya letak bekas lilin or candle burner dari Kaison dan wangian rose dari garam bukit supaya bilik sentiasa harum.


Candle burner dan garam bukit wangian rose

Rak kedua saya letak bahan bacaan berupa buku-buku agama supaya mudah dibaca sebelum tidur.


Buku-buku agama

Pada rak ketiga, saya letak air mineral isipadu 1.5l, bekas earphone dan hand phone lama jenis Lenovo. Hand phone ini saya guna sebagai alarm. 


Bekas earphone dan alarm clock from the phone

Di sebelah bekas earphone saya letak bekas berisi losyen dan gel mist. Ia merupakan losyen kegemaran saya iaitu dari jenama Mark & Spencer dan Victoria's Secret. Saya suka bau harum kedua-dua losyen tersebut manakal gel mist dari jenama Elianto untuk melembabkan kulit muka. Tak lupa juga penutup mata supaya saya dapat tidur nyenyak.


Bekas losyen dan gel mist

Perabot lain dalam bilik utama ialah almari, lazy sofa chair dan dressing table yang tidak diusik. Selain susun atur barang-barang tadi masa yang ada saya vacuum lantai dan racik daun pandan supaya bau harum pandan semerbak dalam bilik.

Sedang mengemas dan memunggah kotak saya terjumpa diary lama semasa bekerja di HDRR. Saya pernah cerita pengalaman saya berkerja di situ dalam post di bawah : 



Court diary

Ini bukan personal diary tapi court diary tahun 1999 yang memuatkan segala kes-kes Mahkamah di mana saya dan ex-boss perlu hadiri. Saya perlu cari peguam untuk mendapatkan tarikh baru kes sebutan di Mahkamah Rendah di Klang dan Shah Alam memandangkan saya tiada locus manakala ex-boss saya hadir ke Mahkamah sekitar Kuala Lumpur. 


Court diary
Ini pula kes-kes untuk tahun 2000.. Masa berlalu begitu pantas, sudah 20 tahun tarikh itu berlalu. Diary nostalgia, hehehe. Maka dengan itu setakat ini sahaja cerita tentang hari yang productive.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..

Thank you for reading.. 
Sekian, wasalam..
Byeee..





Regards,

Monday, March 09, 2020

,
SIAPAKAH JOKER INI? | Al-kisah pada 12.02.2020 lalu saya ada up status di WhatsApp buat julung kalinya.. Masa tu saya diserang migraine yang teruk jadi tak boleh fikir maka tak bolehlah buat kerja.. Dalam keadaan begitu saya pun up laa status letak gambar ni.. Indirectly pada masa itu untuk memberitahu my colleagues bahawa sebarang pertanyaan tentang kerja tak boleh tanya verbal sebab saya tak boleh fikir dan tak boleh memberi maklumbalas dengan cepat..

Brain out of order, please try later

Gambar menunjukkan otak tak boleh berfikir pada masa itu due to migraine.. Bila dah up status ramai juga approached tanya tentang keadaan saya dan ada juga yang hairan kerana itu kali pertama saya up status memandangkan saya bukan sejenis suka up status di WhatsApp

After office hour iaitu pada hari yang sama saya terus hide status tersebut sebab malas menjawab pertanyaan begitu disebabkan keadaan yang kurang sihat otak saya ingin berehat..

So kelmarin saya terima WhatsApp tanpa sebarang mukadimah dari nombor yang tidak dikenali memberi saya sepotong ayat penawar migraine.. Untuk tahu siapakah gerangan si Sender jadi saya add contact number dan menamakannya sebagai 'Mystery'..

Maka muncullah profile pic ini :

Doa penawar pening kepala atau migraine


Siapalah agaknya gerangan Joker ini?

Mystery

Saya biar sahaja mesej tersebut tanpa sebarang balasan.. Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana concern tentang saya walapun saya tak tahu siapa anda..

Selagi si Sender tidak memperkenalkan dirinya, saya biarkan mesej ini 'tenggelam' begitu sahaja..

Okay, setakat ini sahaja post merapu saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

Wednesday, March 04, 2020

,
RUTIN HARIAN TAHUN 2020 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke-4 dalam bulan Mac 2020.. Bulan February terasa cepat sungguh masa berlalu walaupun begitu namun banyak cerita dan peristiwa berlaku dalam bulan February lalu yang mungkin tersemat dalam hati kita..

Bila masuk bulan Mac, rutin harian saya bertambah 'serious' kerana banyak commitment perlu dipenuhi untuk perancangan masa hadapan.. Hari ni saya nak kongsi antara rutin harian saya sejak hujung tahun lalu dan setakat ini masih berterusan selain rutin tetap mengambil dan menghantar anak dari sekolah setiap hari di samping menghantar ke pusat tusyen selepas waktu kerja pada Isnin dan Selasa. 

Okay, straight to the point.. We all have goals in life.. Begitu juga dengan saya.. Semenjak menjadi Unit Trust Consultant (UTC) secara part-time saya perlu menghadiri class yang dianjurkan oleh Public Mutual iaitu seminggu sekali, pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam.. Walaupun sekadar part-time, saya tak mahu jadikan kerjaya ini sebagai hangat-hangat tahi ayam. Jadi saya perlu buat yang terbaik.

Public Mutual Training Class

Untuk pengetahuan pembaca, class Public Mutual ini diadakan untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bidang pelaburan supaya saya mampu berikan perkhidmatan terbaik kepada clients saya. Saya suka hadiri kelas ini kerana ianya menepati jiwa dan minat saya pada dunia pelaburan.. 

Public Mutual Agent Service

Sekiranya ada submission borang untuk investors baru, saya akan submit sebelum pukul 7.30 petang. Lately, saya sering berkunjung ke Public Mutual Seremban terutama selepas waktu kerja dan ianya boleh dikatakan sebagai pejabat kedua saya.

Saya pernah beritahu dalam post sebelum ini bahawa penglibatan saya bukan kerana keuntungan semata-mata tetapi untuk menguruskan pelaburan sendiri di samping membantu pelabur mencapai matlamat kewangan mereka apabila bersara kelak..

Related post : CUTE Exam, Lulus!

Bukan hanya saya perlu menghadiri class Public Mutual, untuk pengetahuan pembaca pada tahun lalu saya telah menyambung pelajaran di sebuah university. 

Ilmu 

Saya belajar secara part-time.. Class diadakan pada setiap hari Ahad.. Selain menghadiri class saya juga sibuk dengan assignments untuk melayakkan saya ke semester seterusnya.

Mathematics For Management

Ini antara subject saya ambil untuk Semester ke-2 iaitu Mathematics for Management. Mungkin subject ni mudah bagi sesetengah orang tapi agak mencabar pada saya kerana sebelum ini saya ambil jurusan Law yang banyak membaca dan mengingati fakta tetapi berbeza dengan jurusan kali ini.. But it's okay, saya suka cabaran tapi mestilah realistik. Jangan mencabar diri tapi tak kenal kemampuan diri.. Bila kita tahu kemampuan diri, in shaa Allah ianya tak mustahil untuk dicapai.

So apa yang berlaku bila saya start study? Ketika saya sibuk mengulangkaji, anak saya juga ada bersama-sama membuat revision kerana dia bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.. Jadi mak dan anak bolehlah study sama-sama.. 

Mathematics for Management 

My second semester almost finish. Pada bulan April nanti saya akan menduduki final exam sebelum masuk ke semester seterusnya. Wish me luck okay!

Secara keseluruhannya, hari Isnin hingga Jumaat saya sibuk dengan rutin harian di pejabat dan menguruskan anak, maka hari Sabtu merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk #me time. Andai tiada perancangan balik kampung, saya sekeluarga akan ke Klang Valley untuk window shopping dan makan-makan, most of the time kami akan ke Ikea Damansara untuk cuci mata..

Ikea MALM Dressing table

Melihat decor di Ikea seperti satu therapy untuk saya.. Hilang segala penat lelah..

Ikea display

Dari satu level ke satu level puas membelek segala hiasan yang disusun rapi.. Cantik semuanya cuma bila apply di rumah sendiri kenapa tak sama? Mula stress.. hehehehe

Sekarang wabak Covid-19 semakin active jadi saya terpaksa kurangkan ke tempat sesak.. Maka bila stay at home buatlah kerja-kerja rumah..

Chandelier
Ini chandelier kesayangan saya.. Bila duduk rumah hujung minggu tak boleh duduk diam.. mula mengubah susunatur perabot setelah mendapat ilham dari Ikea. Tak lupa juga menjenguk mini garden saya di porch.. 

Roses my favorite flower

Lihatlah berkembang mekar bunga rose itu.. Cantik suka dengan warnanya.. Selepas tambah tanah dan buang segala rumput baru nampak seri.. Gardening juga my therapy..

Selain rutin di atas, tak lupa juga tanggungjawab membayar cukai.. Cukai taksiran dah keluar.. Lawyer tak bertanggungjawab saya tak pula tukar nama masa urusan jual beli rumah tempoh hari walau legal fees yang dibayar mahal. Legal fees mahal tapi kerja tak siap, kecewa!.. Telan saja dengan perangai manusia begitu, saya hanya mampu bersabar dan serah pada yang Maha Kuasa..

Related post : Pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale

Assessment tax

Jadi saya terpaksa applied leave untuk menguruskan urusan tukar nama pemilik rumah bagi cukai taksiran dan bayar sekali cukai yang tertunggak.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan selesai semuanya... 

Dengan rutin harian begitu saya kini menjadikan blog untuk mengisi masa lapang.. Kalau ikutkan hati ingin berblog sentiasa tetapi masa tak mengizinkan.. Memandangkan rutin harian yang agak sibuk, saya perlu menyusun masa dengan sebaik mungkin. Haruslah balance dengan tuntutan dunia dan akhirat juga, in shaa Allah.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

Follow Us @ladyinredplanner