Thursday, April 16, 2020

,
GIGI BONGSU BERMASALAH BUAT HIDUP SENGSARA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup, menikmati udara segar dan menjalani aktiviti harian walaupun fizikal terkurung di rumah masing-masing. Itu juga satu nikmat yang perlu disyukuri jika dibandingkan dengan orang lain yang menghadapi kesulitan hidup.

Siapa tak pernah mengalami masalah gigi kann.. Selagi kita ada gigi, sampai satu masa gigi buat hal memang seksa dan sengsara. Buat apa pun serba tak kena. Rasa nak mengamuk pun ada, hehehehe. Al-kisah saya ada masalah gigi bongsu atau wisdom teeth. Wisdom teeth terakhir tumbuh tak ikut fitrah, tak tahu nak explain macam mana.

Bila ada masalah begini saya pun study segala masalah berkaitan gigi bongsu..

Gigi oh gigi

Mujur ada gambar jadi boleh beri gambaran pada pembaca. Dek gigi bongsu menghimpit gigi geraham maka rosaklah gigi geraham di sebelah gigi bongsu tersebut. Bimbang bila dibiarkan akan semakin sakit dan berdenyut-denyut so saya pun ambil  keputusan untuk buang gigi geraham bermasalah tu sebelum bertambah serius. Bila gigi geraham bermasalah tu dah dibuang, next visit saya plan nak buang wisdom teeth yang menjadi penyebab geraham ni rosak.

Wisdom teeth atau gigi bongsu

Maka saya pun ke Klinik Pergigian Fahmi di Seremban 2 ni untuk kali pertama. 

Hasil x-ray gigi

Saya pun beritahu masalah gigi yang saya hadapi dan minta doctor cabut wisdom teeth bermasalah tersebut. Doctor pun buatlah x-ray untuk tahu sama ada wisdom teeth saya melibatkan urat saraf atau sebaliknya. Hasil x-ray wisdom teeth saya tumbuh lebih kurang gambar di atas. Keadaan wisdom teeth itu menyebabkan gigi geraham di kedudukan 47 rosak gara-gara dihimpit oleh wisdom teeth bermasalah itu.

Kedudukan set gigi kekal manusia

Malangnya doctor beritahu hanya boleh cabut gigi geraham yang rosak sahaja. Doctor kata wisdom teeth saya melibatkan saraf ke anggota badan lain. Sekiranya salah cabut boleh menyebabkan kegagalan mana-mana saraf yang berhubung ke anggota badan yang berkaitan. 

Kedudukan gigi dan saraf berkaitan

Jika kita lihat dari gambarajah di atas, wisdom teeth saya berkedudukan 48. Maka saraf yang akan terjejas melibatkan jantung dan darah (blood), saraf tunjang (spinal cord), otak (brain), telinga (ear), siku (elbow), bahu (shoulder) serta saraf (nerves) di samping masalah lain seperti migrain, sawan (epilepsy) dan pening. Oleh itu, hanya doctor pakar gigi di Hospital Besar sahaja boleh kendalikan kes begitu. Doctor gigi di klinik swasta tidak dibenarkan mengambil kes begini. Jika melanggar arahan, risiko tanggung sendiri. Bila doctor explain terus rasa ngeri..


Klinik Fahmi Seremban 2

Maka pada hari itu saya hanya cabut gigi geraham, scaling and polishing sahaja. Kos semuanya RM320.00. Tak lama lepas tu berkuatkuasa perintah berkurung hingga sekarang, terpaksa postpone appointment ke Hospital Besar.. Begitulah kisahnya.


Ada tak antara pembaca pernah mengalami masalah gigi bongsu? Share pengalaman dan komen anda di bawah.. By the way, terima kasih diucapkan sebab sudi singgah blog ini.

Akhir kata, stay at home. Stay safe.. Jangan lupa pray for the world. Semoga Covid-19 ini segera berakhir. Sekian, wasalam.
Byee.


Regards,


Loading...

Sunday, March 29, 2020

,
SINGGANG IKAN SELAR KUNING | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Didoakan agar pembaca beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya sentiasa. Post kali ni saya ingin berkongsi satu lagi resepi simple atau resepi 'tutup mata' bagi sesetengah orang. Masak singgang ini juga berasaskan asam yang sesuai membantu penyembuhan pesakit Covid-19 seperti yang pernah dikongsi oleh seorang pesakit yang telah pulih, wallahualam.

Masak singgang ni biasa untuk orang berpantang tapi kalau tak berpantang pun bagus makan singgang ni sebab takde bahan-bahan seperti santan yang boleh menyebabakan kolestrol. Dalam keadaan perintah kawalan pergerakan kita tak perlu pening kepala, kita masak menu ringkas tapi berkhasiat.

Resepi singgang ikan selar kuning

RESEPI SINGGANG IKAN SELAR KUNING
Cara saya

Bahan A
6 ekor ikan selar kuning
2 keping asam gelugur / 1 sudu besar pes asam jawa
1 cm belacan
Sedikit kiub ikan bilis - optional
Bendi - optional
Garam secukupnya
Air

Bahan B 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (tumbuk)  / 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
2 biji cili padi potong memanjang
1 batang serai (dititik) - optional
1/2 inci lengkuas (tumbuk) - optional

Cara Masak :

1. Masukkan semua Bahan B (kecuali cili padi) ke dalam periuk. Saya tak tumis bahan tersebut, saya terus rebus.
2. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang dikehendaki. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam, kiub ikan bilis, belacan, asam keping / asam jawa dan cili padi.
4. Rasa ikut kesesuaian.
5. Seterusnya masukkan ikan dan kacau seketika.
6. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan ikan mesra dengan kuah.
7. Akhir sekali masukkan bendi. Tunggu hingga bendi layu.
8. Tutup api. Sedia dihidang.

Sedap dimakan dengan nasi panas, letak kuah banjir. Saya suka hirup kuah singgang sebab ada rasa pedas, masam manis seperti kuah laksa ditambah pula sayur goreng tumis dan telur dadar. Sesuai dengan tekak saya bila ingin menu simple begini. Masak singgang bukan saja untuk orang berpantang tapi bagus juga untuk orang demam.

Resepi lain : Ikan masak tauchu simple dan sedap.


Semoga menjadi inspirasi kepada pembaca yang sudah ketandusan idea mahu masak apa.
Selamat mencuba.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Loading...

Tuesday, March 24, 2020

,
BERKEBUN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Masih boleh bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang kini sudah masuk hari ke-6 (kalau tak silap). Sama ada boleh bertahan atau sebaliknya, kita mesti patuh arahan kerajaan supaya wabak ini segera dibendung. Doa saya semoga wabak ini cepat pergi dan kita dapat kembali melakukan segala aktiviti sepertimana sebelum ini serta kekal sihat di bawah rahmat Illahi, aaminn.

Okay, dalam post kali ini saya ingin berkongsi aktiviti berkebun semalam. Sepanjang perintah kawalan pergerakan ini, sekitar pukul 7.00 pagi saya akan keluar membelek-belek tanaman di halaman rumah selepas membuat exercise pernafasan. Saya pernah updated post di  Instagram pada 16.03.2020 lalu dengan caption : "Lama tak meninjau pokok, rumput berlumba-lumba sama naik dengan pokok bunga."

Pokok rose orange

Al-maklum, sejak awal Mac 2020 lalu tanaman saya di halaman rumah terbiar disebabkan oleh rutin harian yang sibuk. Kini cuti yang ada saya gunakan untuk  'menebus' kesibukan saya dengan memberi perhatian kepada tanaman-tanaman tersebut. Inilah masa untuk cabut rumput yang menghalang tanaman ku..

Aktiviti mencabut rumput

Bila semua tanaman dalam pasu kembali bersih tanpa sebarang rumput-rumpai hati pun berlagu riang, la..la..la..la..

Pokok rose dark red

Kini bila keluar ke halaman rumah disambut dengan tanaman yang segar tambahan pula sejak kebelakangan ni hujan turun pada waktu petang.

Pokok peach roses

Harapan saya agar semua tanaman itu dapat hidup dengan sihat. Kalau pembaca nak tahu, berikut adalah progress tanaman saya dibandingkan sebelum ini :

Rose buds

Alhamdulillah setakat semalam banyak rose buds tumbuh dan saya tak sabar tunggu ianya berkembang.

Pokok bunga putih

Saya tak tahu apa nama pokok bunga putih ni, mungkin pokok bunga santalia kot.. Andai ada pembaca arif tentang nama pokok bunga ini boleh beritahu saya okay.


Pokok mangga hybrid

Ini pula pokok mangga hybrid. Saya dapat buah mangga hybrid pemberian officemate so saya pun cuba tanam biji mangga tersebut dan berjaya hidup tapi belum berbuah. Pokok ini baru sahaja diserang sekumpulan belalang. Bila saya potong habis daun yang dimakan belalang maka tumbuhlah pucuk dan daun baru seperti yang anda lihat.

Pokok daun pandan
Pokok daun cekur

Ini pula pokok daun cekur pemberian adik ipar. Kebetulan dia banyak tanam pokok ini maka diberi saya sepasu. Saya tanam jer tapi tak tahu apa masakan yang sesuai dengan pokok cekur ini. Khabarnya pokok ini digunakan sebagai ubat. Siapa tahu boleh share info please.


Pokok lemon

Pokok limau purut

Sebelum ini saya terpaksa bawa masuk pokok lemon dan limau purut ini ke dalam rumah disebabkan serangan ulat sampai langsung tak tumbuh daun. Bila daun mula tumbuh saya keluarkan semula supaya pokok-pokok itu dapat cukup cahaya, itu pun baru sehari dua di luar. Andaikata masih lagi diserang ulat memang takde pilihan lain terpaksa bawa semula masuk rumah.

Pokok serai

Kalau ada antara pembaca yang perasan, saya letak botol berisi air sirap di tepi pagar, kiri dan kanan untuk menghalau kucing. Ntah berkesan atau tidak tapi so far takde lagi kucing datang bertandang sampai tinggalkan najis jika dibandingkan minggu pertama saya pindah masuk ke rumah ini. Kalau tak sebelum ni boleh dikata setiap 2 hari mesti ada najis kucing.


Pokok daun kesum
Pokok daun kari

Ada kisah disebalik pokok daun kari ni.. Sebenarnya sebelum ini pokok daun kari dah besar dan banyak mengeluarkan cabang tetapi saya terpaksa buang pokok tersebut dengan pasu-pasunya sekali disebabkan oleh kucing jiran memerut dalam pasu tersebut. Bukan setakat botol berisi air sirap tapi jaring hitam pun terpaksa diletakkan sekeliling pokok untuk elak kucing memerut dalam pasu, haish!


Pokok rosemary

Akhir sekali pokok rosemary yang semakin tinggi.. Saya masih tak faham cara hidup pokok rosemary ni sama ada sejenis pokok yang memerlukan air yang banyak atau hidup di tanah kering.. Takpe la setakat ni pokok rosemary ku hidup dan mengeluarkan pucuk baru setiap masa. Lain kali study lagi tentang pokok rosemary. Pokok lain yang takde dalam gambar ialah pokok lidah buaya, pokok bunga kertas dan beberapa pokok bunga lain.

Begitulah aktiviti berkebun saya yang tak seberapa. Apa pula aktiviti anda sepanjang perintah kawalan pergerakan C-19 ni selain makan & tidur? Andai tak keberatan bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah post ini.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...

Friday, March 20, 2020

,
IKAN MASAK TAUCHU SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua  pembaca blog ini. Arahan stay at home berkuatkuasa sudah masuk hari ke-3. Jadi dalam tempoh ini mental kena ready dengan senarai resepi ringkas untuk  kegunaan harian.

Saya ada terbaca dari pengalaman pesakit Covid-19 yang sudah pulih bahawa antara makanan yang baik untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut ialah ada kandungan cuka, halia dan asam jawa. Jadi semalam timbul idea masak ikan goreng tauchu tambah asam jawa. Alang-alang masak jadi saya kongsi resepi dan cara saya masak ikan goreng tauchu walaupun resepi ini mungkin resepi 'pejam mata' bagi sesetengah pembaca yang memang expert memasak.

Ikan masak tauchu simple dan sedap

BAHAN-BAHAN 

6 ekor ikan kembung saiz sederhana
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji cili padi - belah 2
1 biji cili merah besar - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
1 cawan air masak
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bahan hirisan

CARA-CARA
1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, goreng dan tos
2. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan naik bau wangi 
3. Masukkan cili besar dan cili padi, kacau seketika
4. Masukkan tauchu, kacau sebentar 
5. Seterusnya masukkan air masak dan pes asam jawa
6. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula
7. Rasa ikut kesesuaian dan masukkan ikan goreng
8. Pastikan ikan bercampur dengan bahan-bahan tumis dan menyerap kuah
9. Tambah air jika kurang. 

Siap! Simple dan sedap dimakan dengan nasi panas.
Mungkin resepi ini menjadi ilham kepada pembaca yang sudah ketandusan idea sepanjang tempoh berada di rumah. Selamat mencuba!


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner