Monday, May 29, 2017

Kisah Bermula Kerjaya Saya

KISAH BERMULA KERJAYA SAYA | You all masih ingat semasa kita dalam Darjah 1, Cikgu ada tanya : Apa cita-cita kamu? Bagi cikgu 3 cita-cita kamu.. Masa tu kita semua beriya fikir apa nak jadi bila besar kelak.. macam-macam kerjaya kita impikan.. Hakikatnya pada saya cita-cita bergantung kepada usaha dan peluang bukan hanya minat semata-mata.

Okay, entri kali ini agak peribadi. Ianya berkisar tentang kehidupan saya. Saya ingin abadikan kisah jatuh bangun kerjaya saya dalam blog ini. Walaupun kerjaya saya bukan gah tapi saya bangga dengan apa yang saya ada sekarang. Ianya hasil usaha saya dengan bantuan orang tua dari segi pembiayaan yuran sepanjang pengajian tanpa sebarang pinjaman dari mana-mana agensi / institusi kewangan.

Kisah bermula apabila rakan lain menunggu keputusan peperiksaan SPM, berbekalkan keputusan percubaan SPM yang agak cemerlang saya meminta restu orang tua untuk mendaftar diri ke sebuah kolej university swasta UCBBS di Kuala Lumpur.. Abah meletakkan syarat supaya saya mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan, Perakaunan & Pengaturcaraan Komputer (Business Management, Accounting & Computer Programming) dengan harapan saya akan menguruskan perniagaan family kelak. Saya turuti asalkan saya keluar dari kongkongan family, maklumlah masa tu darah muda, suka memberontak dan ingin membawa haluan sendiri. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan course selama 3 tahun.

Photo credit to Google

Sepanjang tempoh saya belajar, saya berjaya mendapatkan kerja part-time di sebuah firma guaman, Tetuan ZTB. Kelas hanya tiga kali seminggu (setengah hari) jadi waktu selebihnya saya bekerja di situ. Bila tiada class saya kerja dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya bekerja tanpa pengetahuan orang tua. Duit gaji part time memang semata-mata untuk berbelanja, ditambah lagi wang saku dari abah. Jadi hujung minggu saya gunakan untuk berjimba, melepak dengan kawan-kawan di Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang dengan membeli barangan berjenama. Masa tu KLCC dalam pembinaan manakala Pavilion belum wujud lagi, hehehe

Bekerja di firma guaman Tetuan ZTB memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila saya bekerja dengan seorang peguam hartanah (conveyancing lawyer) yang sangat bengis dan kepala angin or hot temper. Pantang silap sikit (selalunya spelling error), dia akan meradang. Saya pernah dilempar dengan fail dan mengutip dokumen yang bertaburan di lantai dek panas barannya sudah menjadi perkara biasa. Masa tu rasa diperlakukan seperti hamba tapi untuk menimba pengalaman saya gagahkan jua. Pejam celik 2 tahun juga saya bekerja di situ. Saya suka bekerja di situ sebab tugas saya menguruskan suratcara jual beli hartanah / rumah dari A to Z  hingga saya mahir. Secara tidak langsung timbul minat saya dalam bidang guaman.

Photo credit to Google

Setelah tamat pengajian di kolej university swasta UCBBS, saya berhenti bekerja part-time di firma guaman tersebut. Keputusan SPM telah diumumkan dan saya berjaya mendapat Pangkat 1, namun saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Rakan-rakan seusia saya pada ketika itu sibuk memohon masuk ke universiti tempatan tapi bukan saya. Saya tak berminat untuk masuk ke IPTA. Saya tak suka kehidupan sepenuh masa di universiti.. Jiwa saya tak suka dikongkong atau terikat dengan protokol atau jadual universiti yang ketat. Saya lebih suka belajar di IPTS kerana boleh balik hari, lepas kelas boleh buat apa yang kita suka..

Seterusnya, saya dapat tawaran bekerja sepenuh masa di firma guaman kedua iaitu Tetuan HDRR sebagai Legal Secretary. Kali ini saya bekerja dengan senior lawyer juga. Boss kali ni baik dan tak kedekut ilmu tapi dia kedekut duit (opsss!). Tetuan HDRR banyak mengendalikan kes-kes Mahkamah. Boss saya banyak mengajar saya tentang kes litigasi (litigation cases) dan undang-undang di Mahkamah. Beliau juga telah menggalakkan saya untuk sambung belajar dalam jurusan undang-undang. Atas desakan beliau, saya mendaftarkan diri di sebuah kolej universiti swasta di Damansara Heights dalam jurusan undang-undang. Jurusan undang-undang mengambil masa lebih kurang 4 tahun tidak termasuk 9 bulan cambering

Photo credit to stus.com
Lagi pun semasa menuntut dalam bidang undang-undang, saya tidak teringin langsung untuk practice sebagai peguam. Pada hemat saya kehidupan sebagai peguam bukanlah glamour seperti yang dilihat dalam drama atau movie seperti Ally McBeal or Legally Blonde (kecuali drama The Suit boleh percaya sikit, itu ada sikit kisah kehidupan sebenar lawyers). Membawa fail tebal ke hulu ke hilir dengan bag roda memang nampak gah tapi tak siapa tahu ketika peguam dimarahi oleh Majistret/Hakim, dimaki dan dilempar fail pun pernah berlaku kepada seorang peguam. Selepas dimarah Majistert/Hakim di Mahkamah, balik office dimarah pula dengan client andai ada kes yang kalah atau mereka tak puas hati. Al-maklum role peguam hanya sebagai orang tengah, kalah menang kes bergantung kepada merit / kekuatan kes tersebut. Keputusan bukan ditangan peguam. Lagipun bayaran belum tentu setimpal dengan maruah yang telah tercalar di depan orang awam. Atas alasan itu, saya tanamkan cita-cita untuk bekerja dengan syarikat sebagai internal Legal Advisor or Legal Executive. Saya akan buat entry khas tentang perbezaan antara Peguam, Legal Assistant, in-house Legal Advisor dan Legal Executive kerana kerap di salah anggap sedangkan masing-masing still dalam bidang yang sama.



Dipendekkan cerita, saya bekerja di Tetuan HDRR sehingga tamat pengajian. Sementara menunggu keputusan, saya ditawarkan gaji yang lebih tinggi di sebuah firma guaman ketiga iaitu Tetuan RSC sebagai Paralegal. Saya ditugaskan untuk membuat law research bagi kes-kes Mahkamah. Bila ada kes perbicaraan sayalah orang paling sibuk membantu peguam membuat persediaan kes. Kalah menang kes juga bergantung kepada law research yang telah dibuat bagi menyokong kes tersebut.

Kenangan tak dapat saya lupakan semasa bekerja di situ ialah mengendalikan kes-kes perceraian untuk non-muslim dengan umur saya yang masih mentah. Masalah mereka seolah-olah masalah saya mana tidak saya kerap menjadi 'pendengar setia' masalah rumahtangga dan rintihan wanita yang ingin bercerai. Ianya mematangkan saya. Kata orang matang dengan masalah kehidupan sebelum usia. Walaupun begitu, nasib saya jauh lebih baik berbanding kenalan saya yang bertugas di Legal Aid Centre. Dia terpaksa menjadi peguam membela pesalah kes pembunuhan kejam Noor Suzaily Mukhtar memandangkan tiada peguam luar yang sanggup membela pembunuh kejam tersebut. Sungguh sadis, tetapi kini beliau menjadi seorang peguam hebat mengendalikan high profile case..

Pejam celik, saya bekerja di Tetuan RSC selama 3 tahun. Selepas itu saya mendapat tawaran lebih baik di sebuah syarikat pemaju perumahan terkenal di Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bermulalah profession undang-undang saya dengan lebih serious.

Legal profession

Saya ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes perbicaraan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Housing Development Act). Setiap hari saya ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk menggendalikan kes tuntutan antara pembeli rumah dan pemaju iaitu majikan saya. Banyak saya belajar di sini antaranya belajar untuk selalu merendah diri. Big boss saya seorang Tan Sri dan merupakan salah seorang 40 individu terkaya di Malaysia sekitar tahun 2008 tetapi perwatakannya sangat humble. Beliau sangat disegani oleh kakitangan dan orang sekeliling.

Setelah 3 tahun saya bekerja di syarikat itu, saya mendapat tawaran lebih baik di sebuah syarikat utiliti di Kuala Lumpur. Tugas saya mengendalikan kes-kes Mahkamah untuk syarikat tersebut. Pada awalnya syarikat tiada masalah sehinggalah terdapat campur tangan politik hingga menyusahkan kami selaku legal team membuat keputusan dan nasihat perundangan. Dalam keadaan syarikat melayan karenah politik saya mencari peluang lain. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat di Negeri Sembilan hingga kini masih tetap dalam bidang undang-undang.


Begitulah jatuh bangun saya membina kerjaya, hasil usaha sendiri dan bimbingan dariNya. Walaupun dibesarkan dalam keadaan serba-serbi mencukupi dan dimanja oleh abah, tapi saya mencabar diri untuk keluar dari kesenangan keluarga. Abah saya ingin kami semua adik-beradik mewarisi perniagaan family, tapi saya sedar siapa saya. Saya tak mahu mengundang masalah jika orang tua saya tiada nanti kerana kebarangkalian ke arah itu sudah ada..

Bagaimana pula dengan readers? Kongsilah dengan saya bagaimana career anda bermula? Kepada readers yang masih belajar atau belum bekerja, jangan putus asa.. Cari peluang, usaha, doa dan tawakkal, in shaa Allah rezeki anda akan datang juga satu hari nanti. Anda boleh kongsi juga pengalaman berapa kali pernah attend interview..

Okay, begitulah cerita yang ingin diabadikan di sini.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..





Regards,

37 COMENTΓƒRIOS:

Salute baca kisah LZ. Usia awal muda dah berdikari. Now i know mcm mana LZ boleh terjebak dgn brg2 berjenama. Hehe.

Tak sangka peguam pun kena marah dengan majistret sampai kena baling fail. Tak tahu betul atau tak, tapi mcm tak professinal pula tindakan tu. But at the end semua tu pengalaman utk terus berjaya kan. Tahniah LZ. I'm so proud of you. Semoga terus berjaya. πŸ‘

alhamdulillah..murah rezeki...all the best!

dulu pernah bekerjaya..sekarang bekerjaya dengan anak-anak je kat rumah..hahahha

irda baca dengan penuh semangat...rasa terpegun pun ada...ternyata semangat kita dlm kerjaya seakan sama

cuma bidang berbeza...insyaAllah nanti irda cerita tentang diri irda pula..

apappun tahniah...irda salute sangat..moga semakin maju jaya ..aamin

PC termotivasi..bagaimana akak cuba membaca masa hadapan yang sudah boleh dihidu baunya...gerak hati yang Allah bantu dan pandu..alhamdulillah..moga dengan setiap pengalaman yang ada itu membantu dan menjadi rencah agar lebih mudah mengorak langkah.

Thanks Ana sudi baca kisah LZ πŸ˜„..

Memang betul berlaku Ana, ramai org2 stress dalam bidang ini sebab tu fail melayang. Hakim tak suka peguam tak sedia dengan kes dan tak tahu kes yg dia buat. Bila depan Hakim nmpk loss.. Memang pantang..

Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaanNya Mrs. Hazeera..

Tugas surirumah pun mencabar tau.. salute dengan org spt Mrs. Hazeera sbb mampu buat kerja yg non stop..

Terima kasih Irda sudi baca dan menghayati kisah LZ.. LZ pun x sabar nak tahu kisah kerjaya Irda..

Betul PC, banyak gerak hati dibimbing oleh Allah itu sudah pasti.. Even masa susah hadapi dugaan, ketabahan itu pun atas izinNya.

Kalau ditanya nak tak ulang semula zaman itu, rasa tak sanggup hadapi pahit getir itu..

This is such an inspiring story, kak.. Part awal2 yang parents suruh ambil bidang yg dia nak tu, kita serupa.. hehe

Sip sikit.. 😊

Akak ikutkan sahaja permintaan mereka Flavnesz walaupun tak minat sangat jurusan perniagaan.. Kalau membantah nnti diaorang pula tak akan ikut permintaan akak..

interesting story LZ..akk pun pernah bercita2 nak jadi lawyer dan bekerja dgn 2 legal firm sebagai secretary tapi minat akk lebih bekerja dgn foreign company...tahniah LZ memang cekal and good luck dear

Terima kasih Kak Fuzy 😍
Rezeki akak dapat kerja dgn foreign company. Mesti best.

Same goes to you Kak, semoga success dalam setiap bidang yang akak ceburi.

wahh., menara citibank mesti selalu lepak ampang park yg nak roboh tu kann? hehe2
dh lama x makan asam laksa sedap kat situu., huhu

Of course Wak, Ampang Park mcm cafΓ© kitaorg dan sesekali lepak di City Square. Memang diakui laksa D.lite cafΓ© terbaek Wak.. Selalu penuh & tunggu tempat duduk, hehehe

Sis LZ, wahhh I can feel your story.. Boleh bayangkan gaya orang law bercerita.. Heee

Husniey dulu pun pernah berkerja sementara 6 bulan sebelum sambung study di firma guaman di bandar Kemaman.. Masa tu sedang tunggu keputusan SPM 2010..
Sebagai kerani duk cara document perjanjian, buat surat menyurat, kena pergi bank dan LHDN..
Handle jual beli hartanah and kes cerai non muslim, bos Husniey peguam chinese lelaki..Walau dia non muslim tapi okay kerja dengannya..
Best, kadang dia ingatkan waktu solat.. Masa kerja tu husniey sorang je, office baru lagi.. Lepas dah sekian lama baru ramai staff.. Dengar kata sekarang dah banyak cawangannya dan ada partner 😊

Best baca cerita sis.. Husniey pun since pernah ada pengalaman kerja dengan peguam, sikit sebanyak jadi suka nak ambil tahu pasal Law..


Selamat maju jaya sis LZ πŸ‘πŸ‘❤

Pengalaman indah kannn HH dapat kerja dengan boss yg baik.. Sayang nak berhenti kerja..

Legal field ni best sebab banyak cerita disebalik kejadian dan kena relate dgn undang2 sedia ada.. Lagi best kalau kes yg kita handle menang. Satu kepuasan πŸ˜„..

By the way, thanks for reading.. 😍

Wahh! Panjangnya entry kali ni

Idea tengah mencurah2 DP πŸ˜‰

Indah sangat.. Pengalaman yang tak boleh dibeli.. 😊

Welcomee sis LZ

wah..bagusnya LZ..sangat sabar..Dulu saya penah kerja di syarikat peguam..haih, tak berapa nak tahan..macam2 karenah peguam ni,kan..

Exactly FS, banyak karenah diaorang kann.. Stress sebenarnya.. Jadi kitalah kena banyak bersabar πŸ˜₯

Cerita yang sangat memberi motivasi, jangan cepat putus asa.... bila campur tangan orang politik camtu lah jadinya...

Exactly Tn. NA..
Adakala benda salah dari segi undang-undang kena dibuktikan kebenarannya melalui undang-undang, mustahil. Lebih baik saya undur diri..

Suka baca entry ni...ilmu baru buat saya...hihi...

Alhamdulillah Nini.
Thanks :-)

salam I am LZ. tertarik sy dengan cerita puan dr kerani kepada pengamal undang2. mesti puan pandai bahasa inggeris dr kerja kerani dan boleh sambung belajar law. sy pun ada jugak cita2 mcm puan cuma bahasa inggeris je jd penghalang huhu.

Wsalam ai rish.. Terima Kasih sudi baca entry ini.. Bahasa perantaraan di kolej tempat LZ belajar 100% english.. Alhamdulillah tak jadi masalah, kena byk membaca & berinteraksi in English..

Yakin boleh dear, bykkan berlatih & jangan malu bercakap dlm BI.. LZ doakan semoga ai rish berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, aminnn..

saya baru bekerja dalam law firm as conveyancing ni and blur teruk tak faham apa apa pun. but this entry really inspiring me 😭❤

Salam sis, sy dah 5 tahun bekerja di firma guaman dan tertarik untuk sambung study in law, PJJ.. Boleh sis share cara sis apply study sambil kerja.. Tq..

Banyak Syahirah boleh belajar bila buat conveyancing.. Setiap apa yang diarahkan buat nota dan fahamkan flow.. Contoh : transfer property. Start isi form 14A sampai adjudication catit semua process flow..

In shaa Allah boleh faham.. Kalau tak faham jangan malu tanya senior staff atau Bos.

Wsalam..

Cuba check website UiTM bila pengambilan class PJJ in Law di campus Shah Alam untuk part time student. Sis dulu belajar di university swasta. Kalau nak study di university swasta spt HELP University, Brickfield College, ATC College, Multimedia University (campus Melaka) check bila next intake, jadual kursus & yuran pengajian.

Selamat maju jaya..

Salam sis, saya baru sebulan kerja di firma guaman. Saya tiada experience sebelum ini kerja di firma guaman. Jadi agak blur juga hehe. Saya ditempatkan di bahagian litigation. Oleh sebab firma guaman saya ni kecil, jadi staff pun tak ramai. Saya seorg shj staff litigation, dan seorg staff conveyancing. Dan kami berdua masing² staff baru yg tiada pengalaman sbb staff seblm ini berhenti atas faktor² luar yg tidak dapat dielakkan. Peguam litigasi kat tmpat saya ok, cuma biasala kalau silap sikit kena tegur hehe. Tapi saya tak simpan dlm hati sbb saya nak kerja lama di situ untuk timba ilmu baru ni sebanyak yg mungkin. Memandangkan peguam² busy & byak kes nak diselesaikan, saya perlu tunjuk ajar dari mereka tapi saya faham faktor kesibukan mereka. Doakan saya sis untuk selalu berjaya dlm kerjaya baru saya ini.

W'salam Yana.

Since takde experience, lebih mudah Yana timba pengalaman. Setiap apa yang Yana buat sila catat process flow. Contoh dari proses failkan Writ Saman, dapat tarikh Case Management, tarikh penyerahan Saman, prepare Afidavit Penyampaian etc. Proses ini berulang kali jika peguam Yana wakil pihak Plaintif. Jika peguam bagi pihak Defendan, setiap documents / pleadings contoh : Penyata Pembelaan, Afidavit, Saman Dalam Kamar, Notis Permohonan etc fahamkan format dan content setiap satu. Jangan lupa setiap satu kes berbeza-beza.

In shaa Allah, berkat usaha dan sabar Yana pasti faham dan master dalam litigation.
Sis doakan yang terbaik untuk Yana. All the best to you..

Assalamualaikum, sis.Macam mana ya skop kerja receptionist cum admin law firm?

W'salam Miss Lavender.
Biasanya tugas Receptionist cum Admin Law Firm selain menjawab & screen panggilan telefon, staff tersebut perlu membuat kerja pentadbiran seperti tugas kerani. Tugas utama : menaip, photostat surat / document, mencari fail, memastikan fail kemas, atur kerja-kerja despatch, mengurus / rekod keluar masuk surat. Tugasan bergantung kepada saiz legal firm. Andai legal firm kecil, mungkin staff tersebut perlu in charge diari mahkamah untuk remind tarikh sebutan/bicara kes Mahkamah peguam yang handle sesuatu kes.

Tugasan bagi jawatan tersebut biasanya tak sama antara satu legal firm dengan legal firm yang lain.
Itu sahaja secara ringkas, harap membantu.

Salam sis. Minggu depan saya akan bekerja sebagai kerani litigasi. Ini adalah kerja pertama saya. Saya juga tiada pengalaman dalam kerja guaman ini. Jadi saya agak blur dan tak tahu untuk prepare apa untuk masuk kerja ni. Boleh saya dapatkan sedikit nasihat dan sedikit perkara yang perlu saya study dan sediakan sebelum masuk kerja ini. Doakan saya dipermudahkan urusan hehe

W'salam Shaq, tahniah diucapkan kerana diterima bekerja sebagai kerani litigasi..

Mula-mula Shaq mungkin tak faham sangat procedure litigasi so Shaq perlu ingat step by step setiap tugas yang diberikan. Kalau perlu catit supaya tak mudah lupa. Setiap firma guaman, lain caranya tapi jangan memilih tugas, buat selagi ianya boleh beri ilmu berguna kepada Shaq. Kelebihan bekerja sebagai Kerani Litigasi ni bila dah berpengalaman nanti, Shaq boleh demand gaji bergantung kepada pengalaman yang ditimba dari satu firma ke satu firma guaman yang lain.. Ambil sebanyak ilmu yang dipelajari semasa bekerja.

Nasihat sis buat yang terbaik okay..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Back to Top