Welcome..

Friday, October 27, 2017

PROMOSI TRICK OR TREAT! BY FAMOUS AMOS..

PROMOSI TRICK OR TREAT! BY FAMOUS AMOS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Today is Friyay!! Trick or Treat! Opssss sorry saya bukan menghebahkan atau mengagungkan perayaan Halloween, tapi saya ingin berkongsi entri tentang promosi Trick or Treat! dari Famous Amos.. Promosi sepaket 80g cookie pada harga RM5.00 sahaja! Murah tau.. Harga biasa RM8.50 tidak termasuk GST. Penggemar Famous Amos sudah tentu tak akan lepaskan peluang.. Lagi pun promosi ini terhad! Bukan selalu dapat harga murah camni.

Trick or Treat! Happy Halloween by Famous Amos
After came across iklan itu saya terus blast #ganglunch.. "Gang esok jangan lupa terjah Famous Amos lepas lunch, ada promosi tau!" Maka misi direalisasi lepas lunch hari ini..

Click photo for more info
Terma dan syarat-syarat promosi seperti berikut :

1. Tempoh sah dari 26 - 31 Oktober 2017 dari 12pm hingga 6 pm sahaja,
2. Promosi ini tidak termasuk outlet Famous Amos di Penang, Pantai Timur, Boulevard Kuching & Miri dan Permy Mall Miri.
3. Promosi hanya kepada standard cookies sahaja,
4. Terhad kepada 4 paket sahaja bagi seorang pelanggan,
5. Tidak sah kepada harga diskaun yang lain, dan
6. Tawaran sah sementara stok masih ada.

Discounts untuk promosi lain di Famous Amos
Famous Amos outlet di AEON Seremban 2
Mungkin tak ramai tahu tentang promosi ini kerana semasa kami sampai di outlet Famous Amos di AEON Seremban 2, lengang.. Kami membeli dengan selesa tanpa berebut.. Tapi tak lama selepas itu ada sekumpulan pelanggan datang dan mulalah ramai pelanggan di situ..

Famous Amos, freshly baked cookies
#ganglunch membeli 4 paket setiap seorang..  Alang-alang murah memang kami tak akan lepaskan peluang.. Sempena hari Jumaat penuh barakah ini saya hadiahkan beberapa paket kepada officemate..

#ganglunch
Kebetulan ada sebuah photo booth Halloween di AEON Seremban 2.. Jadi sebelum balik semula ke office singgah sebentar di photo booth itu.. Seorang aunty baik hati dengan rela mengambil gambar kami.. Snap photo sekadar suka-suka sebab decor Halloween ni rare, hehehe.  Gambar ini bukan bermakna kami tumpang meraikan tau, takde niat sama sekali.. Harap maklum.. ;-)


Okay itu sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


14 comments:

  1. Harus diterima ni.. sedapnya famous amos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masa grab Famous Amos mamapp, hihihi

      Delete
  2. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  3. Promosi ni betul2 bukan cubaan la ye. Hehe. Thanks share. Nanti balik keje nak singgah. Sementara sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promosi ni memang kebetulan Sal.. Kalau nak merasa FA murah cepat beli sebelum tamat tempoh, hehehe 😁

      Delete
  4. wahhh betsnya ada promosiii.. busyra mmg pantang ada promosi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe masa promosi kita boleh berjimat kann Busyra 💕..

      Delete
  5. promosi !! yeay !! hee~ sedap ni buat kudap2 sambil update entri baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dear, sampai puas juga makan, hehehe 😁

      Delete
  6. Mmg murah tu.... hari ni dah 1 hb, melepaslah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mak Nom melepaslah, semalam last day.. 😥

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!