BLOGGERS WAJAR AMBIL TAHU UNDANG-UNDANG FITNAH (DEFAMATION) DI MALAYSIA
BLOGGERS WAJAR AMBIL TAHU UNDANG-UNDANG FITNAH (DEFAMATION) DI MALAYSIA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi topic yang agak berat mengenai Undang-Undang Fitnah atau Defamation, tengok tajuk pun panjang semacam.. Sebagai bloggers kita juga perlu mengetahui etika penulisan kerana
bloggers juga memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Bloggers terdedah kepada salah satu risiko terbesar andai tersilap langkah iaitu berdepan dengan saman fitnah. Berbeza dengan wartawan, mereka telah dilindungi dengan akta tertentu malah telah 'dilatih' dengan mempelajari cara-cara penulisan bagi mengelakkan ancaman fitnah dan tindakan saman dalam setiap hasil tulisan mereka.
Memandangkan saya mengendalikan kes sivil, saya fikir adalah penting untuk saya kongsi di sini bersama rakan bloggers asas Undang-Undang Fitnah sebagai panduan kita bersama. Saya terangkan secara ringkas sebagai gambaran kasar, tak mahulah sampai pembaca terasa bosan seperti duduk dalam kuliah undang-undang pula.. Kalau details sangat dan panjang berjela lebih baik baca Akta Fitnah 1957 kann, hehehe
Akta Fitnah 1957 (Akta 286) |
Sebelum Writ Saman difailkan terhadap seseorang yang menfitnah, individu tersebut terlebih dahulu akan menerima surat / notis tuntutan (letter / notice of demand) yang menyatakan bahawa jika dia tidak menarikbalik kenyataan yang diterbitkan, dia akan disaman dengan saman fitnah. Ini merupakan prosiding biasa sebelum memulakan sesuatu tindakan sivil di Mahkamah.
APA ITU FITNAH?
Maksud fitnah ialah merendah-rendahkan reputasi seseorang dalam mana-mana jawatan, profession atau perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dicemuh, dicaci, dihina, dibenci dan dikeji di mata masyarakat atau umum.
APAKAH UNDANG-UNDANG TORT FITNAH (DEFAMATION) DI MALAYSIA?
Di Malaysia, fitnah boleh menjadi kesalahan sivil dan jenayah seperti berikut :
(a) Tindakan sivil : Akta Fitnah 1957 (Akta 286)
Sekiranya Plaintif (orang yang menfailkan Saman Fitnah) berjaya membuktikan bahawa terdapat penerbitan pernyataan fitnah telah dilakukan oleh Defendan (orang yang disaman) dan pernyataan fitnah tersebut dibuat dengan niat jahat dan/atau kata-kata berunsur fitnah yang tidak wajar dilakukan.
(b) Tindakan jenayah : Bab XXI (Seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan)
Plaintif dapat membuktikan bahawa perkataan yang disuarakan atau dibaca atau dengan gaya yang boleh dilihat sehingga boleh dipercayai bahawa perbuatan tersebut berniat untuk membahayakan atau merosakkan reputasi seseorang.
TUJUAN DIWUJUDKAN UNDANG-UNDANG FITNAH
Matlamat asas undang-undang fitnah adalah untuk memberi perlindungan kepada reputasi individu atau entiti lain seperti perniagaan daripada kenyataan tidak benar dan merosakkan nama baik.
KATEGORI FITNAH
Terdapat 2 kategori fitnah iaitu :
- Libel : pernyataan yang dibuat dalam bentuk kekal seperti teks bercetak (penerbitan) atau secara bertulis termasuk patung, tugu, filem, video dan gambar.
- Slander : fitnah yang dibuat dalam bentuk sementara melalui kata-kata atau isyarat gaya (gestures). Slander hendaklah dibuktikan bahawa Plaintif dapat menunjukkan bukti bahawa mereka mengalami kerugian khas (special damages) yang boleh dianggarkan dalam bentuk wang.
INNUENDO
Sesuatu
kenyataan fitnah tidak semestinya secara langsung mengkritik Plaintif,
tetapi ianya mungkin dibuat secara sindiran dengan maksud tersirat yang
boleh difahami oleh orang ketiga. Sama ada berunsur fitnah atau
sebaliknya ianya bergantung kepada fakta dan bukti.
PEMBUKTIAN FITNAH
Dari perspektif undang-undang, 3 persoalan perlu dibuktikan sebelum menfailkan saman fitnah iaitu:
(a) Adakah terdapat pernyataan fitnah?
(b) Adakah kenyataan tersebut dengan jelas merujuk kepada Plaintif?
(c) Adakah kenyataan tersebut telah diterbitkan dan disebarkan kepada orang ketiga?
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kemarahan tidak boleh menjadi asas kepada tuntutan fitnah.
SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN FITNAH?
Hanya orang yang hidup boleh menfailkan tuntutan fitnah. Undang-Undang Fitnah tidak membenarkan tuntutan dibuat oleh saudara atau wakil si mati untuk menjaga reputasinya semasa hidup.
APAKAH HUKUMAN JIKA ANDA DIDAPATI BERSALAH MENFITNAH?
(a) Tindakan sivil
- Orang yang difitnah (Plaintif) biasanya akan menuntut bayaran gantirugi atau pampasan. Tiada formula tetap bagi menentukan bayaran gantirugi. Kerugian akan dinilai
oleh Mahkamah setelah meneliti dan mempertimbangkan beberapa faktor, seperti pengaruh, sejauhmana kerugian yang dialami atau Defendan
telah membuat permohonan maaf secara terbuka (bagi kes libel) dan sebagainya.
Gantirugi terdiri daripada gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teladan (exemplary damages), gantirugi teruk (aggravated damages), sekatan / injunksi dan/atau permohonan maaf secara terbuka dengan cara pengiklanan.
(b) Tindakan Jenayah
- Hukuman : Denda atau penjara hingga 2 tahun, atau kedua-duanya.
Itu sahaja secara ringkas mengenai Undang-Undang Fitnah di Malaysia. Harus diingat pembiayaan untuk tindakan undang-undang di Mahkamah melibatkan kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang apatah lagi jika melibatkan Undang-Undang Fitnah. Ini adalah kerana ianya sukar untuk dibuktikan dan memerlukan kepakaran melibatkan pengalaman dalam mengendalikan kes-kes fitnah.
Sila rujuk senarai peguam-peguam yang mengendalikan kes fitnah -> Area of Practice - Defamation.
Okay, begitulah serba-sedikit ilmu yang ingin saya sampaikan.. Boleh faham tak implikasi terhadap Undang-Undang Fitnah? Oleh itu, adalah perlu bagi setiap blogger untuk menapis setiap entri yang diterbitkan supaya tidak menyentuh reputasi individu bagi mewujudkan satu komuniti sihat dan bebas fitnah.
28 Comments
Seram pula bila baca. Kadang kita tulis based on experience tanpa tau benda yg ditulis berunsur fitnah. Susah juga ye sis
ReplyDeleteKena berhati-hati dengan maklumat yang dinyatakan Ana.. Pastikan tiada statement memburukkan reputasi seseorang / syarikat.. In shaa Allah kita terhindar dari perkara tak diingini 💕..
DeleteBagus entry ni, peringatan pada diri sendiri juga tu...Kadang-kadang kita tak sedar pandangan kita berunsurkan fitnah,
ReplyDeleteExactly Miss Tins, perlu berhati-hati dengan setiap perkongsian kita di blog 😊..
DeleteTapi, kalau kita memburukkan sesuatu yang betul macam mana? Contohnya sesuatu produk yang kita ada bad experience and nak share dengan orang lain.
ReplyDeleteSkop defamation ni luas Aisya.. untuk kes begini, perlu ada beban pembuktian kukuh cth pengesahan sah dari pakar / pihak berwajib, peratusan bad experience kpd pengguna lain, adakah pengguna pernah cuba menghubungi pengeluar produk utk berbincang, maklumbalas pengeluar stlh aduan dibuat, pernahkah aduan dibuat dr pihak lain atau hukuman / penghakiman pernah direkodkan etc.. Bagi mengelakkan defamation, dinasihatkan supaya tak perlu reveal keburukkan sehinggalah dibuktikan oleh pihak berwajib dan hukuman telah dijatuhkan di Mahkamah. Selalunya pengeluar ada letak disclaimer utk melindungi hak mereka..
DeleteItu pendapat sis 💕..
Inilah yang suami PC selalu pesan kak..kadang sebenarnya kita tulis dan kongsi pengalaman sendiri...tapi ada orang lain pulak terasa kemudian ambil tindakkan pada kita...
ReplyDeleteSetuju dengan PC.. Kadang-kadang tak sengaja.. Gaya penulisan dan bahasa yang digunakan penting dan kena sesuai untuk elak salah faham atau wujud elements defamation..
DeleteInfo terbaik sis... moga saya berhati2 semasa menulis entri...
ReplyDeleteTerima kasih Tn. NA..
DeleteSemoga kita dijauhkan dari perkara tak diingini, aminnn..
Terima kasih perkongsiannya LZ. Susah jugak nak memahamkan bahasa undang undang ni rupanya hihi...
ReplyDeleteNampaknya kena berhati hatilah menulis kan...
Bahasa undang2 ni kena belajar secara teori dan practical Mak Nom, baru faham, hehehe..
DeleteBetullah tu Mak Nom 😍..
Sebagai blogger mmg Kita kena sentiasa jaga2 setiap tulisan Kita Tu jgn sampai memfitnah.. Tq atas perkongsian
ReplyDeleteBetul mamapp, elak dari menyinggung reputasi seseorang @ perniagaan mereka..
DeleteNo problem mamapp, sharing is caring 💕
thanks for sharing kak.. tahu jugak la serba sedikit pasal undang2 ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah jika faham apa yg sis kongsi di sini.. Semoga dapat dimanfaatkan 💕..
DeleteKeje dengan suratkhabar, even though x terlibat dengan penulisan, memang kitorang diajar tentang benda ni. Selalu rasa seram sejuk bila dengar talk by lawyer. Tu sebab bila menulis blog banyak cerita pasal diri sendiri je. Takut..
ReplyDeleteSama jugak kannn Sal.. You all telah diberitahu dan dilatih untuk mematuhi etika penulisan.. Kalau kena dakwa leceh nak menjawab.. baik berhati-hati.
Deletekes yang copy paste ni ramai ni. hihi. dannnn, banyak jugak blogger sekrang yg jenis tk puas hati among blogger. entah ape yang dia nk
ReplyDeleteKenapa mesti begitu Mek, sedihlah.. Kan elok kalau kita bersatu dalam komuniti yang sihat..
DeleteNice sharing LZ.
ReplyDeleteItulah jadilah blogger yang jujur kepada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif dalam segala hal.
Setuju dgn Mrs.A..
DeleteTrain our mind to see the good in every situation 💕..
Terima kasih LZ kongsi ni.. Baru taw pasal saman sivil..
ReplyDeleteAlhamdulillah jika bermanfaat kepada Ekin.. Sama2 kita beringat 💕..
Deletebagus entri ni utk peringatan dan pengetahuan para penulis blog macam KG
ReplyDeleteBetul KG, saya kongsi ilmu supaya boleh dimanfaatkan bersama 💕..
Deleteharap ..sa tak tersasar dalam penulisan... ehehe.Risau jugak..btw..trmksh LZ
ReplyDeleteIn shaa Allah SA.. Thanks for reading.. 💕
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!