DITIMPA KEMALANGAN, HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
DITIMPA KEMALANGAN, HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk terus hidup dan meneruskan aktiviti harian.. Semalam ketika pulang dari kerja bersama anak, saya terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal.. Hari ini, jam 6.20 petang genap sehari peristiwa itu berlalu namun trauma masih ada.. Bila tutup mata masih ternampak jelas peristiwa itu dan kaki terasa lemah untuk menapak..
Al-kisah ketika hendak masuk ke simpang saya perlu melintas jalan utama 2 hala yang sibuk dengan kenderaan.. Sebuah kenderaan berhenti memberi laluan kepada saya.. Ketika sedang meninjau lorong satu lagi, tiba-tiba sebuah motorsikal dipandu laju oleh seorang remaja berumur 24 tahun dari arah kiri melanggar sisi bahagian hadapan kereta saya.. Dia sempat membrek but it's too late.. kerana terlalu laju brek tak mahu berhenti. Impak pelanggaran terlalu kuat hingga motor berada di bawah kereta saya manakala dia melambung terus melantun di atas bonet depan kereta saya lalu jatuh berguling di atas jalanraya.. Semuanya berlaku sangat pantas, depan mata saya dan anak..
Panik! Itulah perasaan saya ketika itu.. Anak mengadu takut dan menggeletar. Ayat pertama di fikiran : "Ya Allah! Mengapa aku yang terlibat dalam kemalangan ini?!" Saya masih berada dalam kereta berhenti di tengah jalan untuk pastikan keadaan remaja itu. Tak lama kemudian dia bangun dengan kaki terhencut-hencut.. Dia cuba mengambil motornya yang tersepit di bawah kereta.. Apa yang hairan, orang awam hanya berhenti memerhati daripada menolong.. Saya terus keluar dari kereta dan cuba sama-sama mengeluarkan motornya dari bawah kereta.. Saya menyuruh dia menyorong motor itu ke tepi bagi memberi laluan kepada pengguna jalanraya lain manakala saya memandu kereta dan parked kereta saya di bahu jalan berhampiran motornya. Kami berbincang dan saya pastikan dia tiada kecederaan lain sambil diperhatikan orang awam seperti satu persembahan.. Motornya hancur berkecai, kereta saya pula kemek sedikit.. Syukurlah tiada patah riuk atau melibatkan kemalangan maut..
Hikmah di sebalik musibah |
Tak mahu dijadikan bahan tontonan jadi tanpa berlengah saya meninggalkan tempat kejadian.. Saya mengambil keputusan membawa dia ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, bimbang ada internal injuries.. Alhamdulillah doctor mengesahkan tiada kecederaan serious. Saya tak mahu meninggalkannya begitu sahaja tanpa mengesahkan tahap kesihatannya. Semasa di dalam kereta, dia memohon maaf berkali-kali.. Dia tak mahu saya lodge police report kerana dia mengaku salah, memandu dengan laju, tanpa memakai helmet, motor pinjam.. Saya tak tanya lanjut hingga ke lesen memandu dan sebagainya.. Cukuplah 2 kesalahan itu.. Dia pun sudah mengaku salah..
Setelah membayar ubat, saya menghulurkan sejumlah wang sebagai bayaran kos membaiki motornya walaupun dia menolak dengan bersungguh-sungguh.. Semasa di klinik dia menghubungi rakan serumahnya.. Apabila rakannya tiba, saya terangkan segala yang berlaku dan rakannya angguk faham.. Rakannya terus menghubungi keluarga mangsa memaklumkan keadaan anak mereka.. Selesai semua, saya meninggalkan mereka...
Saya bukan jenis berkira, dalam hal ini saya tak kira siapa betul siapa salah.. Menurut ceritanya dia berasal dari Terengganu, mengikut kawan memulakan kerja di Seremban sejak beberapa bulan lalu demi menyara keluarga.. Bekerja di sini sebagai Sales Agent selepas habis belajar di UiTM Kelantan. Bukan kerana lembut hati 'termakan' kisah dia tetapi saya letakkan diri saya atau ahli keluarga saya di tempatnya.. Saya ingin memudahkan urusannya dengan harapan suatu hari nanti urusan saya juga dipermudahkan.. Walaupun ditimpa musibah saya masih bersyukur, ianya tak kritikal malah saya berlapang dada dengan ujianNya.. Saya tak dibebankan dengan kemalangan maut! Bukan saya tunjuk alim tapi kerana semua ini telah tertulis... Kita tak mampu mengubah apa yang Allah atur.. Tak guna menyalahkan takdir, fikir hikmah di sebalik setiap yang berlaku.. Mungkin juga ianya peringatan atas dosa-dosa lalu, wallahualam..
TRAUMA
Pernahkah pembaca mengalami kemalangan begini? Selepas kejadian itu saya rasa lemah semangat, masih lagi ada rasa takut, menggeletar, badan rasa lesu.. Bila pejam mata saya ternampak peristiwa itu dengan jelas.. Malah hari ini ketika memandu kaki terasa lemah hingga tak terasa memijak paddle.. Adakah ini trauma?
Semoga keadaan ini tidak berpanjangan.. Andai ada pembaca yang ingin share cara untuk mengatasinya, amatlah saya harapkan.. Terima kasih atas perkongsian kalian..
31 Comments
Allahu...syukur akak,anak dan penunggang motor tu tidak cedera..itu dah besar nikmat alhamdulillah..mesti terkejut sebab sendiri alami depan mata..cuba akak minum air bacaan Yasin..bagi pulih semangat...
ReplyDeleteYa Allah alhamdulillah syukur sangat PC.. Besar nikmat kurniaanNya.. Yer laa terkejut kot sebab tu rasa x best camni..
DeleteOkay dear, terima kasih banyak.. Nanti akak mula amalkan 💕..
Allahuakbar... alhamdulillah LZ dan anak x apa2..mmg trauma bila terlibat kemalangan atau kemalangan depan mata... semoga LZ dan anak kuat semangat ye
ReplyDeleteBetul Liez, rasa x berpijak di bumi nyata.. Tak boleh ingat mesti terus rasa lemah badan..
DeleteAminnnn, semoga pulih sepenuhnya 💕..
Innalillahhiwainnailaihirojiuun..Allahu....syukurlaa sis dengan anak selamat dan jugak budak tu x cedera teruk... incek hubby saya pernah kemalangan dengan motor jugak thn 2009. kesalahan motor jugak. Alhamdulillah incek hubby x selamat cuma trauma jgk dengan kejadian tu sebab berlaku kat tempat yang bukan kawasan kemalangan. macam biasa, kisah yg hampir begitu jugak keluar dari mulut budak perempuan yang langgar kereta incek hubby..xde lesen..xde helmet, drive berdua jer dengan adik tiri dari Kedah (beraninya bawak moto xde lesen), moto pinjam abg ipar punye & x keje...salah sorg tu retak tulang pinggul ke ape nama ntah tu.. ygsorg luka biasa.. malas nak panjang cite, incek hubby x nak panjangkan kes..cuma kawan2 incek hubby sempat call polis & polis amek statement budak berdua tu..lain2 dah x tau cite lepas tu...
ReplyDeleteapa2pun semoga kita dijauhkan dari musibah macam ni...hrp kita selamat hendaknya....insyaallah.. sis try tenangkna diri...kalau blh bawak bercuti tempat yg meriah2 sikit supaya x terlalu ingat or pasang lagu2 yg menenangkan...selawat byk2 yer.. take care sis <3
Allahuakhbar.. Takut dengar patah riuk camtu JJ.. Kalau teruk memang kena buat sesuatu, x mahu kita dipersalahkan kemudian hari..
DeleteIn shaa Allah, sis akan buat cara itu juga utk lupakan peristiwa ini.. Thanks dear 💕
Masya Allah, Allahu Akbar...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tiada kejadian yg lebih serious kan, walaipun tetap trauma, itu biasa even kalo tengok org lain yg kena pun kita tetap terbayang2.
Saya puji sikap LZ yg tidak mahu merumitkan keadaan, mudah2an remaja berkenaan mengambil iktibar dari kejadian.
Cuba buat mcm ni, letak tangan kanan di dada Kiri yg Kita dpt rasa detikan jantung Kita tu, baca surah Al insyirah, ulang2 sehingga dada terasa lapang Dan tenang.
Begitulah keadaan saya Nor 😥.. Terima kasih banyak Nor sudi kongsi ilmu ini.. Saya akan cuba 💕..
DeleteAllahu akbar...seramnya LZ. Mau tak panik!
ReplyDeleteTapi benda dah nak berlaku kan.... nak buat mcm mana. Mmg takut kalau nak masuk simpang kat jalan 2 lorong mcm tu. Mmg kena aware kat lorong satu lagi tu....
Alhamdulillah tak de perkara serious yg berlaku walaupun nampak mcm stunt filem je gayanya.... kalau tidak, mau tambah trauma awak tu LZ.
So far tak pernah berlaku kat saya LZ, harapnya janganlah....
Memang betul Mak Nom, ni first time berlaku.. Ngeri tau takut mati anak orang tu atau kecacatan kekal.. Ya Allah mohon dijauhkan..
DeleteSyukur alhamdulillah tak serious 😥.. Moga Mak Nom dijauhkan dari perkara tak diingini 💕..
Yang penting tiada kemalangan jiwa dah ok sis, kalau ada maut leceh sikit... moga trauma cepat hilang...
ReplyDeleteYa Tn. NA.. kalau melibatkan nyawa aduhai tak dapat dibayangkan sebab sis ada pengalaman handle case fatal accident so tahu macam mana susah berdepan dgn kes begitu..
DeleteAllahuakbar... tak leh nak bayangkan. mesti trauma. apa pun, alhamdulillah.. takde apa2 yg serius. fikir positif.. byk istifar..ingat Allah. syukur byk2 takde apa2..
ReplyDeletesemoga cepat okay yer.. take care!!
Trauma saya, mummy_ayu..
DeleteSaya kena di depan Sek. Wawasan (simpang ke Garden Avenue & Kalista).. Alhamdulillah, walau musibah tapi banyak hikmah di sebalik kejadian..
In shaa Allah, LZ amalkan.. Terima kasih MA 💕
Zhi pn penah xcident dan disebabkan xcident tu, drive lebih berhati-hati. Kadang kita elok drive bersopan santun, tapi org pulak yg langgar. Dan benda dah nak jadi, kita tak boleh nak elak. Apa2 pun hati2 k. Jalan simpang mcm tu memang kena hati2. kalau x confident, cari uturn je jgn melintas 2 arus terus mcm tu lagi2 jalan utama.
ReplyDeleteTake care.
Saya pun belajar dari peristiwa ini Zhi.. Sekarang saya memandu sangat berhati-hati macam Zhi.. Kalau tidak sebelum ni pantang jalan lengang sikit mesti speed.. Pastu sentiasa doa minta dijauhkan dari malapetaka tidak diingini setiap kali mula memandu..
DeleteThanks Zhi atas ingatan dan pesanan 💕
Allahuakbar.. Ekin baru lepas acident gak awal bulan 10 aritu.. Alhamdulilah tak ada cedera apa cuma kereta yg teruk la.. Perasaan takut ada lagi.. Tapi xde sampai nak trauma LZ. Semoga LZ kuat semgat ya
ReplyDeleteBulan ni juga Ekin accident. Takut tu mungkin sebab terkejut kot sebab jadi tiba2.. Semoga Ekin dilindungiNya selalu..
DeleteTerima kasih banyak Ekin atas ingatan dan pesanan 💕..
berdebar sy membacanya kak...nasib akak dan anak tak apa2...moga dia pun ambil.iktibar supaya xbawa laju lagi...irda pun ada pengalaman accident kak..nanti irda up entry juga ya..
ReplyDeleteAllahuakhbar Irda pun pernah accident.. Takut sangat Irda, terkejut dan rasa macam-macam.. Lepas peristiwa ini, akak lebih berhati-hati, tapi sampai simpang itu akak tetap rasa ngeri..
DeleteTrauma memang susah nak hilang. Syukur LZ dan anak x jadi apa2. Syukur jugak penunggang motor tu x ambil kesempatan atau bersifat samseng. Insha allah, lama2 Lz akan ok. If takut jangan memandu dulu. Tapi takut pun jangan dilayan sangat. Give yourself time
ReplyDeleteTerpaksa kering hati Sal, takut pun kena buat mcm biasa sebab rutin harian tak boleh elak.. Cuma lebih berhati-hati lepas ni 😥
DeleteAlhamdulillah, tak melibatkan kehilangan nyawa.
ReplyDeleteHarap2 penunggang motorsikal tu tak apa2.
Aminnnn harap begitu pakcik..
DeleteAllahuakhbar kakkkk. syukur akak dan anak2 tak apa2.. smoga Allah sntiasa melindungi akak sekeluarga. amin..
ReplyDeleteAminnn..
DeleteSyukur alhamdulillah Busyra walaupun kemalangan tapi masih banyak perkara perlu disyukuri..
Thanks dear 💕..
Alhamdulillah LZ dan anak selamat... Memang trauma lah... Mungkin LZ boleh amalkan membaca ayat2 Al-Quran untuk pulihkan balik semangat... Semoga ia nyer akan beransur-ansur hilang...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah Hani take major injuries.. Tapi LZ masih terkejut2.. In shaa Allah, LZ akan selalu amalkan.. Sekarang dalam proses pemulihan..
DeleteTerima kasih banyak Hani 💕..
Sis, sy pon berlaku cmni, terkilan knape semua ni jdi kt diri sy.Sedih dan fobia 😌😔
ReplyDeleteSis faham perasaan syima.. Kita akan tertanya2 : "mengapa aku yg kena?" It's okay dear, perkara dah berlaku. Kita kena teruskan rutin harian walaupun masih ada rasa down dan fobia melampau. Life must goes on righr.. Lepas ni kena extra careful dan sentiasa berdoa supaya dihindarkan dari perkara yang tidak diingini.
Delete.
Sis doakan semoga syima dilindungiNya selalu, aminnn 💕
Assalam sis,
DeleteKejadian baru jumaat lepas sis, sabtu bru settle byr kos, sy terpikir apa hikmahnya smpai harini...
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!