SEGMEN BLOGLIST AKHIR TAHUN 2017 ANJURAN HASRULHASSAN.COM

SEGMEN BLOGLIST AKHIR TAHUN 2017 ANJURAN HASRULHASSAN.COM | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya mengambil kesempatan untuk menyertai segmen anjuran blogger hebat saudara Hasrul Hassan iaitu Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 melalui blog beliau : HASRULHASSAN.COM..

Siapa tak kenal dengan blog HASRULHASSAN.COM, blog terkenal dengan pelbagai informasi dan tips yang berguna kepada blogger khasnya.

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM
Click banner untuk syarat-syarat terperinci
Saya menerima cadangan saudara Hasrul Hassan supaya menceritakan topics berikut sebagai syarat-syarat menyertai segmen ini :


MENGENAI BLOG SAYA

Saya mula ber-blogging sekitar bulan Mei 2011 melalui blog "Whatever Apa-Apa Sahaja". Ketika itu saya blogging dengan zero knowledge dan tak tahu apa yang perlu dikongsi bersama pembaca. Akibat tidak pasti hala-tuju dunia blogging, blog saya terbengkalai agak lama sehinggalah saya mempunyai kesedaran bahawa blogging merupakan salah satu platform bagi seseorang untuk bebas 'berbicara' dengan dunia luar asalkan tidak melanggar batas dan undang-undang. 

Saya bertambah seronok apabila membaca blog saudari kathyjem yang merangkap bekas rakan sekerja saya. Oleh kerana saya kenal beliau, jadi saya seronok membaca blog beliau. Beliau bebas bercerita tentang kehidupan dan aktiviti yang dilakukan. Dari situ timbul minat saya untuk terus explore dan lebih serius dalam dunia blogging. Berinspirasikan blogger dan YouTuber Lydia Elise Millen, saya mula melangkah lebih jauh dan 'berani' menampilkan diri dengan cerita-cerita seperti hobi, makanan kegemaran, tempat-tempat menarik yang pernah saya lawati, kerjaya dan apa sahaja yang berlaku sekitar saya. Keseronokan berblogging semakin bertambah lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa dengan blogging kita berpeluang untuk generate site income. Buktinya saya berjaya menebus income (cash out) melalui Google Adsense buat pertama kalinya. Saya pernah tulis di SINI.

Lanjutan dari ilmu yang dibaca dan diperolehi dari otai-otai blogger, saya belajar terms blogging seperti SEO, nichie, traffic etc. Dari situ saya anggap blog Whatever Apa-Apa Sahaja 'kurang matang' dari segi pengisian. Blog tersebut seperti tiada hala-tuju, jadi terpaksa saya tinggalkan. Sempena menyambut bulan kelahiran saya tahun ini dan setanding dengan faktor usia saya tukar ke blog bernama Lady in Red Planner.. Mengapa saya beri nama Lady in Red Planner? Pembaca boleh rujuk SINI.

Saya gembira dengan langkah ini dan menjadikan dunia blogging sebagai satu platform untuk saya berkongsi pengalaman hidup bersama pembaca. Saya suka berkenal-kenalan dengan rakan bloggers, bertukar-tukar cerita dan berkongsi minat dengan mereka. Setakat ini saya telah berjumpa dengan ramai rakan baru. Alhamdulillah, saya dapat apa yang saya inginkan dalam dunia blogging.. Pada saya setiap blog ada keistimewaan dan identity sendiri.. Paling penting, ianya hendaklah genuine dan lahir dari hati penulis blog itu sendiri.. Tak perlu terlalu terikut-ikut dengan orang lain sehingga tersasar dari matlamat asal. Apa yang penting setiap yang dizahirkan dalam blog adalah ikhlas dan lahir dari hati..

BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU TENTANG BLOG HASRULHASSAN.COM?

Jujur saya katakan bahawa sebelum ini saya langsung tak tahu tentang blog saudara Hasrul Hassan sehinggalah office-mate saya Mrs. A (blog beliau : Mrs. A Blog Stori) bercerita tentang saudara HH. Ketika itu Mrs. A baru berjinak-jinak dalam dunia blogging. Setiap waktu terluang Mrs. A akan bercerita tentang kehebatan blogger ini memberikan tips dan berkongsi informasi berguna kepada para blogger. Pendek kata Mrs. A seolah-olah 'berguru' dengan saudara HH melalui blognya HASRULHASSAN.COM.. Mrs. A memuji dengan mengatakan bahawa saudara HH tak sombong, tak seperti blogger ternama lain. Ini adalah kerana saudara HH akan berkunjungbalas ke blog yang meninggalkan komen di blognya malah ikhlas memberi tunjuk ajar serta akan Follow blog berkenaan.

Apabila mendengar cerita Mrs. A, saya pun mula 'mengintai' blog HASRULHASSAN.COM yang dimiliki oleh blogger bernama saudara Hasrul Hassan walaupun sekadar silent reader dan sesekali meninggalkan komen di blog tersebut. Saya juga pernah menyertai segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket". Semenjak itu blog HASRULHASSAN.COM tidak asing lagi bagi saya.

TUJUAN SAYA BER-BLOGGING

Apabila ditanya apa tujuan saya menghasilkan blog.. Ini jawapannya : Saya ingin berkongsi tentang kisah kehidupan, apa yang berlaku di sekeliling saya, apa yang saya lakukan pada masa lapang, tips, informasi tentang kerjaya saya - ianya lebih kepada lifestyle selaras dengan nichie blog saya iaitu lifestyle, beauty, fashion, food, hobbies and everything that I want to share all the things I love with readers! 

HARAPAN MENYERTAI SEGMEN INI

Semoga blog saya tersenarai dalam blog HASRULHASSAN.COM.. mungkin dari situ memberi peluang kepada pengunjung blog saudara Hasrul Hassan mengenali blog saya, in shaa Allah. 

Begitulah syarat-syarat segmen yang telah saya penuhi...
Ambil perhatian kepada pembaca yang ingin sertai segmen ini.. Terbuka hanya 30 blog sahaja, jom cepat sertai sebelum terlambat..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


17 Comments:

Terima kasih my dear PC 💕

Ramai juga rakan blogger LZ. Good luck ye

Alhamdulillah, mamapp juga salah seorang daripada mereka 😉

Mudah2an dapat tersenarai dalam bloglist HH

Aminnnn..
Harap2 ada rezeki..
Terima kasih pakcik WP..

Yeah .. kali kedua sertai segmen saya buat, saya cepat perasan sbb nama url blog ni unik buat saya. Terima kasih sudi join, dan sekarang baru tahu bagaimana boleh tahu mengenai blog saya tu ..

Done, dah masukkan dalam bloglist.

Alhamdulillah, ada rezeki saya tersenarai. Terima kasih saudara Hasrul Hassan..

good luck LZ! betul tu, setiap blog ada identiti sendiri. kalau just 'be yourself', orang yang membaca pun seronok.

Hahhaha... lawaklah LZ ni.
Pecah tembelang Mrs. A cia..cia..cia...

kansss... Mrs. A pun suka blog yang 'just be yourself' tapi banyak blog yang Mrs. A suka singgah baca dulu dah jadi orang lain semuanya gara-gara RM kot.
Eh! tetiba muaaaahhahaaaa.....

mek bermula 2007. tapi dengan blog lain. zaman hingusan duk update pasal sekolah dan rakan-rakan je la. bila 2010 mula sies pastu dah down balik. hahaahah. misi same dengan LZ, nak share pengalaman dengan reader yg lain.

Opsss sorry without your consent Mrs. A.. 😉😊 hihihi jangan marah haaa..

Give me five mek! Cerita berubah selari dengan peningkatan usia.. 😉

tahniahhh akak.. pasti lepas ni pv akan mencanak naik..

Alhamdulillah Busyra 💕..

Blog lebih menarik kalau ikhlas lahir dari hati.. as if kita kenal penulis secara peribadi.. 😊

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More