BEEF SPECIALS!!! MENU BAHARU DI SUSHI KING..

BEEF SPECIALS!!! MENU BAHARU DI SUSHI KING.. | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Happy weekend! Hari minggu pasti pembaca ada agenda masing-masing pada hari cuti begini.. Hari ini saya nak kongsi cerita tentang makanan.. Kali ini tentang makanan kegemaran saya di Sushi King! Sekarang memang melampau-lampau suka makan di Sushi King lebih-lebih lagi bila dah join membership.. Pantang sahaja dipelawa terutama bila keluar bersama #ganglunch.. Setiap bulan mesti pergi tak kurang dari 2 kali.. Jadi apa yang menarik di Sushi King?

Cerita kad keahlian Sushi King : OFFICIALLY SUSHI KING'S MEMBER!


Semua pembaca tentu maklum bahawa semua menu yang ada di Sushi King berasaskan seafood kannnn tapi bermula  dari 1 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2017 Sushi King mengadakan menu istimewa berasaskan daging lembu yang diimport dari Australia. Jangan ragu-ragu sudah semestinya halal.. 

Untuk pengetahuan, saya adalah pemakan daging lembu tegar jadi menu ini sangat sesuai dengan jiwa saya.. Sudah pasti saya tak akan lepaskan peluang untuk rasa sendiri menu baharu Sushi King ini...

The Chronicles of Sushi King. Beef Specials!

Terdapat 3 kategori menu yang berasaskan udon, donburi dan sushi.. Sesiapa berminat makan udon boleh pilih Gyu Tama Udon dan Spicy Gyu Nabe Udon. Peminat donburi boleh pilih 4 menu yang ditawarkan iaitu Gyu Tama Don, Gyu Katsu Don (s), Spicy Yakiniku Don dan Super Spicy Curry Yakiniku (s). Akhir sekali peminat sushi ada pilihan Gyu Nigiri, Yakiniku Bakudan Gunkan, Spicy Gyu Nigiri, Yakiniku Bakudan Volcano dan Sukiyaki Temaki.  Ada juga pilihan set meal..

Udon, Donburi, Sushi & Set Meal
Saya pilih Spicy Yakiniku Don sebab pada hari itu saya terasa sangat lapar nasi.. Jadi nasilah pilihan saya.. Beginilah rupa hidangan.. Tapi nak komen sikit, daging itu dimasak stir fry bersama chili flakes, apabila diletakkan atas nasi, semua minyak meresap pada nasi.. So kita makan nasi minyak.. Mungkin ada sesetangah orang suka begitu atau di Jepun memang begitu cara ianya dimakan atau saya seorang sahaja yang rasa pelik.. Errrrmmm takpe janji cuba.. Tak cuba tak tahu, hehehe

Spicy Yakiniku Don
Di bawah ini adalah menu salah seorang #ganglunch iaitu Spicy Gyu Nabe Udon.. Peminat Udon boleh cuba.. Rasa kuah dan segala isi dalam tu memang best tapi kena makan cepat sebab udon mudah kembang dan muak.. Begitulah komen kawan saya itu..

Spicy Gyu Nabe Udon
Selain itu, menu wajib apabila saya berkunjung di Sushi King ialah Salmon Steak Set dan Mixed Bento for my son. Minuman kami share hot green tea sahaja.. Hot green tea disediakan 1 flask air panas mati so refill sampai puas hati dengan harga RM1.00 sahaja..

Mixed Bento

 

Salmon Steak Set

Bukan itu sahaja, lately saya suka sangat dengan chuka idako ni.. sedap yang amat.. Saya panggil sushi anak octopus. Bila masuk Sushi King pasti pesan chuka idako paling kurang 2 pinggan.. 

Chuka Idako
Semoga entri ini dapat memberi ilham kepada pembaca untuk makan lunch nanti..
Sekian, berjumpa lagi di lain entri, tata..
Wasalam..



Regards,


16 Comments:

Jangan lupa kalau suka Mrs Pip boleh cuba 😉

Set bento tu CR pernah makan. Sedap. Yang menu baru ni cam menarik.kena cuba ni.

Setuju CR, mixed bento sedap 😋.. Pada sis semua sedaplah sebab bahan-bahan fresh.. CR boleh cuba menu beef pula bila ke Sushi King nanti 😉..

Alamakk sedap nya sis ❤😂😂😂😂

Memang sedap Mel 😋 sis pun rasa nak repeat lagi nih 💕 hehehe 😁😁😁😁

nasib baik tak minat.. kalau tak meleleh la air liur ni.. hehe

Hehehehe citarasa masing-masing kannn Lea.. 😊

dapnyaaaaa tuuu. mix bentoooo.. hehehe..

lama xsinggah sushi king...ada menu baru ye

Yer dik sedap mixed bento tu 😋, my all time favorite jugaaa.. hihihi 😁

Ada menu baharu berasaskan beef mama tisya.. Bebila cuba tau 😉..

I can't remember when was the last time I makan dekat Sushi King. I prefer makan Sushi saja kt situ. Benda lain tak kena dengan tekak .. sebab tu jaraaaaaangg sangat pegi situ. heh ..

Oh I see, obviously not your taste Zhi 😑..

Nampak sedap tu..
Boleh jugak ajak anak2 pergi nanti

Cubalah rasa, mungkin kena dengan citarasa Fidah 😊..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More