Welcome..

Sunday, November 12, 2017

MENU SESUAI KETIKA HUJAN

MENU SESUAI KETIKA HUJAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah entri kali ini saya berkongsi tentang menu saya masak untuk breakfast minggu lepas.. Minggu lepas hujan turun renyai-renyai dan berterusan.. So faham-fahamlah bila hujan, perut mudah lapar.. Oleh kerana ketika pulang dari pejabat hari Jumaat hujan turun dengan lebat, saya tak sempat beli stok bahan basah, jadi hujung minggu itu saya masak guna bahan yang tinggal dalam peti sejuk..

Rainy days
Rainy days

Stok lauk dan barang dapur tinggal nyawa-nyawa ikan.. Jadi inilah 2 resepi 'tak cukup syarat' yang menyelamatkan hari minggu saya. Menu simple namun sedap dimakan ketika hari hujan..

1. BUBUR NASI BERLAUK

Hari Sabtu minggu lepas pekena bubur nasi berlauk.. Bubur nasi berlauk adalah antara makanan kegemaran saya terutama sekali ketika sarapan pagi..

Bubur Nasi Berlauk
Bubur nasi berlauk
Bila makan bubur nasi panas dan sayur pedas alangkah nikmat ketika hari hujan.. Panas dan pedas adalah gabungan rasa yang serasi.. hehehe

Sayur pedas
Ikan bilis goreng berkicap & sayur pedas

Caranya sangat mudah.. Hanya masak bubur nasi seperti biasa, lembut atau kasar nasi bergantung kepada pilihan masing-masing.. Sementara menunggu bubur nasi masak, cuci dan tos ikan bilis.. Goreng ikan bilis dan angkat. Guna kuali yang sama dengan sedikit minyak, masukkan cili api potong dan bawang besar yang dihiris.. Bila cili api dan bawang sudah layu, masukkan ikan bilis goreng.. Kacau hingga semua bahan mesra, angkat dan masukkan dalam mangkuk kecil.. Letak sedikit kicap.

Selain itu, bubur nasi juga sesuai dimakan bersama telur masin, lobak masin dan sup ayam. Kali ini saya gantikan sup ayam dengan sayur pedas.. Memang layannnn walaupun simple..  

2. IKAN MASAK SINGGANG DAN NASI PANAS

Hari Ahad pula hanya tinggal ikan selar dan sayur bendi dalam peti sejuk.. Jadi ikan singgang adalah masakan yang paling tepat untuk disesuaikan dengan cuaca sejuk.. Apa lagi, terus sediakan bahan..

Ikan Singgang atau Ikan Asam Rebus
Ikan singgang simple tetapi sedap

Ikan masak singgang atau dikenali masak pindang atau dipanggil juga sebagai asam rebus di sesetengah tempat merupakan resepi yang sangat mudah tetapi sedap.. Lauk simple ini bila makan dengan nasi panas lembek bak kata muda-mudi sekarang memang terangkat.. Apalagi ketika cuaca sejuk.. Kuah ikan singgang boleh dihirup seperti rasa kuah laksa, terasa masam pedas, marvelous!.. Saya suka letak sayur bendi dan ketuk 2 biji cili api untuk lebih kick! hehehe

Walaupun ikan masak singgang / pindang / asam rebus semudah ABC, tapi saya nak jugak kongsi resepi di sini..

RESEPI IKAN MASAK SINGGANG / PINDANG / ASAM REBUS SIMPLE TAPI SEDAP
(cara saya)

Bahan-bahan
4 ekor ikan selar - jenis ikan bergantung kepada kegemaran masing-masing
Bendi -  sayur lain seperti tomato, batang keladi, nenas
1 barang serai - pilihan 
1 helai daun kunyit - pilihan
2 biji cili api - ketuk
1 sudu kecil asam - asam keping atau asam jawa
1/2 kiub ikan bilis
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan kisar 
2 biji bawang merah saiz kecil
1 biji bawang putih
Sedikit belacan

Cara-cara
Didihkan air dalam periuk. Masukkan bahan kisar bersama cili boh, serbuk kunyit dan serai.
Masukkan ikan, asam dan kiub ikan bilis. Apabila ikan sudah masak, koyak daun kunyit, masukkan sekali dengan sayur dan cili api.
Bila sayur sudah layu, matikan api dan sedia untuk dihidang.

Semudah itu untuk mengisi perut ketika hujan. Bagaimana pula anda? Ada tak specific menu kegemaran yang suka dimakan atau dimasak ketika hujan..



Apa pun harapan saya semoga entri ini memberi ilham kepada anda.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


30 comments:

  1. ikan masak singgang tu best. memang fave saya tak kira masa. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan nadhie, ikan masak singgang sesuai juga dijadikan menu harian 😉..

      Delete
  2. Bubur berlauk...fuhhh...memang ngam...makan panas-panas boleh berpeluh walau waktu hujan kak...

    ReplyDelete
  3. Suka juga makan bubur nasik ni.
    Kalau ada telur masin pun ngam.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pakcik WP, makan dengan telur masin memang ngam..
      Sesuai sangat 😊..

      Delete
  4. Alahai dah lama dah makan nasi air tabur ikan bilis kicap gitu macam terliur je nak buat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masak bubur nasi Ira, hihihi
      Paling basic tabur ikan bilis kicap pedas, mables! hehehe 😊

      Delete
  5. aduhhh..x hujan pun sure lapar kalau tengok menu sis ni..sbb mmg fav x kira masa.. ehh ke kite kaki makan ni mmg memanjang jer makan x kira waktu..hahahah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Give me five JJ ✋..
      Pantang tengok makanan mesti lapar kannnns, samalah kita hihihi 😉

      Delete
  6. kalau hujan, yang paling penting nasik kena makan panas2. Lama plak rasanya tak buat ikan singgang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi panas makan dengan sup atau ikan singgang pedas, fuhhhh sedap Ainniah, hihihi 😊

      Delete
  7. perghh.. mengancam la kak.. aah kan.. memang cepat lapar la bila hujan.. hahaha... salahkan hujan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha perut mengecut bila hujan 😜.. Sebenarnya tak hujan pun memang sentiasa lapar, hehehe 😁

      Delete
  8. sedapnya LZ...mmg waktu hujan makan bubur ni mmg fefeeling sesangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut saja bubur berlauk memang favorite saya Kak Fuzy, makan time hujan memang pehhh! hehehe 😉

      Delete
  9. Aduhaii..ni yang rasa lapar balik tengok makanan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe samalah kita tengah lapar gak ni 😉..

      Delete
  10. Kalau hujan memang malas nak duduk dapur masak heavy2. Telur dadar ngan sambal ikan bilis antara menu terbaik waktu hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaek Sal, simple lauk camtu, selera 😊..

      Delete
  11. Fulamak.. dua dua Tu dah le favorite mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Give me 5 mamapp 💕..
      My favorite too 😉

      Delete
  12. Bubur tu faveret saya jugak LZ ...tp yg tak bestnya anak kurang suka tu yg malas nak masak. Dah nak kena masak mcm mcm pulak huhu...
    Nak masak bubur jugaklah hihi...

    Singgang tu.... tekak org Johor kot ....sama pulak hihi...Kalau guna Ikan Kembung lagi sedap LZ. Lebih lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak Kak Nom jangan tak masak, jangan biarkan teringin berpanjangan 😉..

      Mungkin kot Kak Nom sebab saya kenal masakan singgang di Johor, hehehe..

      Delete
  13. alahai akakk.. bubur tu sedap makan time panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuuuuuuuuu so bila kena cuaca sejuk sesuai sangat kannn Busyra 💕..

      Delete
  14. Bubur nasi dan masakan singgang sodapnya kak. hihi. Dah lama tak makan kedua-dua menu ini. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, sis suka menu yang sama setiap minggu pun okay 😉..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!