KUIH KERIA GULA MELAKA CIK WAWA POPULAR DI SEREMBAN
KUIH KERIA GULA MELAKA CIK WAWA POPULAR DI SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Jika di Melaka terkenal dengan kuih keria Antarabangsa Haji Jalil tapi di Seremban popular dengan kuih keria Wawa. Cik Wawa Zuliman adalah nama tokey atau founder kuih keria Wawa.. Kuih keria Wawa juga sedap dan popular di sekitar Seremban.. Lambat sikit selalu sold out!
Kuih keria gula melaka Cik Wawa |
Inilah rupa keria Wawa..
Kuih keria gula melaka Cik Wawa RM0.50 sebiji |
Boleh dikatakan setiap hujung minggu my husband akan beli kuih keria Wawa untuk minum petang.. Ada satu ketika sampai teringin sebab Wawa tak berniaga.. parah!
Kuih keria Cik Wawa Popular |
Sekiranya ada pembeli ingin membeli kuih keria Wawa dalam kuantiti yang banyak maka perlu membuat tempahan lebih awal.. Harga seketul 50 sen..
Isi kuih keria gula melaka Cik Wawa |
Kuih keria ini lembut dan sedap dimakan panas.. Rangup, rasa gula melaka tak terlalu manis dan isi keledek juga lembut.. Jadi kepada sesiapa yang ingin rasa Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa boleh kunjungi kedai beliau, lokasi seperti berikut:
Kedai Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa hasil carian Google |
Lokasi : Gerai makan pertama berdekatan tangki air Taman Bukit Sendayan
(tepi jalan besar menghala ke KLIA)
Waktu : 12.30 tengah hari - hingga habis stock
Facebook : Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa
Begitulah perkongsian tentang Kuih Keria Gula Melaka Cik Wawa yang popular di Seremban.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
22 Comments
Sedap nya tgk kyih keria tu... liez suka jugak tp akan ketuk dulu gula2 tu br makan
ReplyDeleteKalau gula di luar tebal, LZ pun akan ketuk dulu Liez tapi kuih keria Wawa ni tak manis sangat.. LZ pun suka kurang manis 😉..
Deletesdapnya..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap Normi, kena dengan citarasa saya 😄..
DeleteSedapnya...sekarang semakin meluaskan kak kuih keria gula melaka ni...makan panas-panas...
ReplyDeleteGoes viral PC sebab tu semakin meluas sampai ada tempat gigih menunggu.. Betul sedap dimakan panas 😋..
DeleteMemang sedap kuih keria Wawa tambah sedap kalau orang belanja. Dulu Kak Aziah rajin lanjer tapi sekarang dia dah bersara oopppssss....
ReplyDeleteKelakar statement Mrs. A dan statement ini jugak baru LZ tahu Kak Aziah dah bersara, hehehe
DeleteNak tanya, memang sedap ke kuih keria tu ? hrtu mcm try kuih keria gula melaka mcm manis nyaa ampunn.. cannot .. hehe .. take care . . =)
ReplyDeleteIt's depends Zhi, kalau Zhi suka kuih keria mungkin kena dengan citarasa Zhi. Bab manis pula pada LZ keria Wawa ni tak terlalu manis 😊..
Deletesedapnya.... best kalo x manis sangat.. pernah makan yg melaka tu jer..tp cam manis sket...mmg x leh nak ngulang ler.. hehehe
ReplyDeleteLZ tak pernah rasa kuih keria Melaka. Kalau manis sangat LZ pun tak boleh terima.. Keria jenis ni guna gula Melaka so kalau pandai balance kemanisannya mesti sedap kannn JJ 😊..
DeleteNampak lazatnye Tu. Xyah le pergi sampai Melaka kt seremban pun dah ada
ReplyDeleteBetul mamapp.. Sesiapa dekat dengan Seremban boleh pi beli di kedai Wawa 😊..
Deletesedapnya akk.. terus rasa lapaq kuih keria.. hehe
ReplyDeleteHarap Busyra dah dapat makan kuih keria 😉💕..
Deletesedapnyaaa...mcm nak makan pula memalam nii..hehe
ReplyDeleteEsok pagi akak pi cari naa, hehehe 💕
DeleteOk walaupun diri ini org seremban, tak pernah tau pulak ada kuih keria wawa ni.. Menarik ni..
ReplyDeleteSis pun tak tahu kalau bukan bekerja di Seremban.. Ini pun diperkenalkan oleh office mate 😉.. So Flavnesz kena rasa tau, hehehe..
DeleteGV dulu-dulu selalu ingat kuih keria ni donut versi kecik. hihi. Tapi kuih keria mmg sedap. :D
ReplyDeleteBolehlah jugak kita kata begitu GV, kuih keria versi donut Malaysia 😉
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!