PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"? | Assalamualaikum and Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Sebenarnya sebelum cuti hujung minggu lalu saya ada berazam nak buat transformasi susunatur perabot di rumah.. Tetapi memandangkan cuaca di luar mendung berpanjangan dan sesekali hujan turun telah membantutkan azam itu.. Cuaca tersebut yang bukan selalu menyebabkan saya dilanda kemalasan melampau. Akhirnya saya spent masa makan, lepak, buat kerja rumah dan mengadap lappy berpanjangan.. 

Oleh kerana terlalu banyak masa santai instead of buat transformasi susunatur perabot, saya buat kerja lain.. Saya mula terfikir untuk tukar template blog sebab jatuh hati dengan satu template ni.. Jadi dengan rasa eager saya pun memulakan tugas editing.. Akhirnya siap dan blog saya berubah wajah.. Tetapi biasalah bila dah siap semua mula ada yang tak kena.. Ada sesetangah widget tak sesuai.. Saya mula rasa tak puas hati bila blog lambat loading, ada pula jenis dan saiz fonts tak sesuai dan sebagainya. Untuk pengetahuan, ini adalah post pertama saya selepas blog berubah wajah..


Selepas menghabiskan masa berjam-jam di depan lappy, saya mengambil keputusan untuk maintain template baharu ini dulu mungkin dalam seminggu.. Untuk sedapkan hati, saya kata pada diri sendiri : mungkin belum biasa dengan template baharu so belum familiar.. 

Sejurus selepas template blog baharu 'dilancarkan' saya posted dalam Instagram untuk kongsi perasaan saya ketika itu.. Perasaan gundah-gulana kerana tak puas hati dengan template blog baharu..


Jadi dikesempatan ini, saya ingin meminta pandangan pembaca yang sudi memberi komen ikhlas mengenai template baharu blog saya.. So YEA or NAY? 

Dari komen pembaca saya akan membuat keputusan sama ada untuk tukar ke template asal atau terus dengan template ini.. Cara ini lebih mudah untuk membuat keputusan.. Selain itu banyak faktor lain  perlu dipertimbangkan untuk terus menggunakan template baharu ini contoh adakah memberi traffic tinggi?, loading speed, SEO etc. Halatuju blog saya juga bergantung kepada pembaca bukan semata-mata syok sendiri kannn... Saya sangat mementingkan engagement bersama pembaca semasa blogging supaya terasa dekat di hati..

Oleh itu, pandangan ikhlas dari rakan bloggers dan pembaca sangat saya hargai dan thank you in advance.. Sharing is caring right?

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..