Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

KES JENAYAH INI TAK SIAPA SANGKA BOLEH BERLAKU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Diharapkan agar pembaca semua sentiasa beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu. Entri kali ini kategori pesanan khidmat masyarakat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Umum mengetahui bahawa jenayah ada di mana-mana tetapi sejauh mana tahap kesedaran kita tentang kes jenayah yang sering berlaku di sekeliling kita terutamanya kepada kaum wanita..

 

Biasanya wanita yang duduk di sebelah pemandu akan meletakkan beg di atas riba. Kita rasa dah cukup selamat dengan cara ini kerana berada dalam kereta berkunci dan pemandu ada di sebelah. Tahukah pembaca bahawa terdapat banyak kejadian samun beg atas riba? 

Kes jenayah begini sebenarnya telah banyak kali berlaku di Petaling Jaya pada tahun 2011 dan di Seremban pada tahun 2014 dengan modus operandi yang sama. Baru-baru ini berlaku lagi di Seremban, seperti article di bawah ini: 

 



Kebanyakkan kes yang berlaku ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat. Pelaku pula mereka yang menaiki motorsikal bersama pembonceng.  Jadi berwaspadalah jangan sesekali 'mendedahkan' beg tangan anda dari pandangan umum dalam kenderaan. Tak siapa sangka kes begini boleh berlaku..

PENGALAMAN SENDIRI

Saya nyaris menjadi mangsa tetapi tak sampai tahap memecahkan cermin kereta. Ketika itu saya baru sahaja selesai mengeluarkan wang dari sebuah bank di Seksyen 7 Shah Alam dan selepas itu menuju ke Subang Jaya. Ketika berhenti di traffic light Taman Sri Muda, tiba-tiba cermin kereta di bahagian penumpang (tempat duduk saya) diketuk oleh 2 orang penunggang motorsikal. Penumpang motorsikal di belakang menunjukkan secebis kertas untuk bertanyakan alamat dan 'memaksa' saya menurunkan cermin kereta. Saya tak berfikir panjang dan niat untuk menolong terus menekan butang untuk menurunkan cermin kereta tetapi baru sahaja suku cermin diturunkan, husband saya tegur supaya jangan berbuat demikian. Saya langsung membatalkan niat untuk  berkomunikasi dengan motorist berkenaan dan membiarkan sahaja mereka hingga tidak lama kemudian lampu isyarat bertukar hijau.

Husband kata kalau  memang betul mereka ingin bertanyakan alamat, mengapa tanya kepada penumpang tentu sekali akan bertanyakan kepada pemandu. Tapi berbeza dengan apa yang berlaku. Penunggang motorsikal itu juga kelihatan agak mencurigakan.. Tanpa sedar rupanya saya sedang riba handbag saya ketika itu. Kebetulan, jika kita sedang membawa wang tunai dan barang berharga dalam beg secara tak langsung kita susah untuk melepaskan beg dari tangan, betul tak?. Jadi ubah cara kita, letakkan beg di bawah kaki dan barang berharga tersorok dari pandangan umum. Walaupun berada dalam kenderaan, belum tentu kita selamat kerana penjenayah sentiasa 'berusaha' untuk mencapai motif mereka tak kira bagaimana cara sekalipun.

Bila tahu modus operandi mereka begitu secara tak langsung timbul rasa takut. Jadi sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana malang tak berbau.. 

Begitulah pesanan kasih sayang yang ingin disampaikan.. Rakan bloggers lain andai ada pengalaman sendiri boleh juga share di ruangan komen untuk peringatan bersama.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Comments

  1. Pernah ada pengalaman sendiri jugak. Singgah untuk solat je, tak sampai 10 minit ada orang cuba nak bukak kereta. Selamat alarm kuat, terus g tengok and kunci kereta balik. Padahal, xde tggal apa langsung dalam kete.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, takde apa2 yg berlaku Fatin..

      Delete
  2. Bagus entry ni sis...Peringatan untuk diri sendiri juga agar hati2 semasa memandu,takut juga bab2 pecah cermin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Miss Tins kadangkala kita terleka masa ni biasa penjenayah akan ambil peluang. Jadi sentiasa alert pada persekitaran. Semoga kita dilindungiNya selalu, amin..

      Delete
  3. Terasa dikasihi dengan pesanan akak... hahaha Thanks for sharing~ <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai juga aura kasih sayang sis kepada MS 😊..

      Delete
  4. zaman skrg nie mcm2 boleh berlaku.. e'in mmg takkn pangku handbag.. letak kat bwh kaki je..

    ReplyDelete
  5. Betul sangat2 kak...sekarang orang makin berani...tak kira waktu dan keadaan...sanggup mencederakan pun...bila keluar suami selalu pesan handbag letak dibawah..biar terselindung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah terdesak membunuh pun diaorg sanggup.. Jadi kita kena lebih berhati-hati PC..

      Delete
  6. betul tu LZ..kawan opis pernah tegur..smpi skg beringat sebb penah jadi depan mata dia kejadian pembonceng motor amik mcm tu je handbag atas riba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dijauhkan dari perkara yang tidak diingini kannn Shalimar.. Kita sama2 ambil pengajaran..

      Delete
  7. Bahayanya. Sek 7 dah le dekat dgn mama dah. Tq for reminding

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome mamapp.. Kita perlu sentiasa berwaspada..

      Delete
  8. sejak kes samun ni banyak jadi, selalu letak handbag dekat kaki. kalau drive letak dekat in between seat driver dengan co-driver

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun buat cara yang sama seperti farhanna atau letak kat tempat kaki.. Lebih yakin dengan cara itu..

      Delete
  9. alhamdulillah tak jd apa2 LZ... letak dlm bonet pun org boleh cungkil. sbb tu lama dh xbawa handbag tkut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer betul Nina Mads, jangan sesekali tinggal dalam bonet dan mereka akan menggunakan detector utk mengesan brg2 electronic dalam kereta..

      Delete
  10. zaman skrng mcm mcm jadi.. smpai busyra sndiri dh naik takut.. rasa mcm tak selamat. kat tempat awam pun kadang tu boleh berlaku. smoga kita smua sntiasa dalam lindunganNYA.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously Busyra, kena sentiasa berwaspada & berdoa kepada-Nya, semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini, Amin.

      Delete
  11. Kena berhati2 selalu, benda ni kalau nak jadi depan rumah sendiri pun boleh kena. Saya pernah kena ragut sampai hari ni takut dengar bunyi motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Sal mengingatkan kes yg berlaku kpd kwn saya, dia pun kena rompak depan rumah masa tunggu kawan utk pi kerja. Perompak naik motor berhenti depan dia acu pisau minta dia serah wallet & handphone. Semua lesap.. So be alert..

      Delete
  12. Bahaya zaman skang kan kak. Pesanan khidmat masyarakat yang sangat bagus kak. Reminder untuk kita semua supaya lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  13. mek tkde pengalaman tp bab letak beg tu memang mek stuju, kena letak bawah sit. alhamdulillah dpt jadikan amalan sbb beg mek besau (jenis tote / jenis recycle beg tesco). mek letak segala macam. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…