Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ambil cuti tahun untuk berehat sementara tiada kerja yang mendesak di pejabat di samping menemankan anak saya di rumah. Semalam saya bergegas pulang ke kampung apabila mendapat berita bahawa bapa saya dimasukkan ke hospital..
Saya pernah cerita kisahnya : Bila Emosi Terganggu, Hilang Focus
Pagi kelmarin beliau hampir pengsan kerana terlalu lemah akibat kekurangan gula dalam darah atau hipoglesimia. Akhirnya beliau surrendered dan setuju untuk mendapatkan rawatan di hospital. Hasil pemeriksaan doktor mendapati kadar gula dalam badan masih terkawal tidak terlalu tinggi dan tiada masalah pada tekanan darah, jantung dan sebagainya, syukur alhamdulillah. Sehingga kini beliau masih lagi ditahan di wad dan menunggu proses membersihkan luka di kaki. Semoga segala urusan dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti biasa..
Semasa beliau berehat dan sesekali melelapkan mata, saya lihat raut wajahnya penuh sayu.. Wajah yang dahulu ceria menghiburkan anak cucu kini sugul.. Beliau nampak sudah tua dan agak uzur sesuai dengan usianya 68 tahun.. Sedih, hanya itu sahaja perkataan yang mampu saya ungkapkan ketika itu.. Air mata tak dapat dibendung sepanjang hari, pantang saya terfikir tentangnya, pasti mengalir laju..
Begitulah kitar kehidupan, semasa saya di alam persekolahan beliau sibuk bekerja membanting tulang demi memastikan anak-anak dan keluarga hidup selesa. Kemudian saya sudah tidak lagi tinggal bersama keluarga di awal usia 18 tahun, saya sibuk dengan pelajaran dan membina kerjaya, hanya sesekali berpeluang berjumpanya. Setelah itu saya mendirikan rumahtangga, kini sibuk pula dengan tugas dan kehidupan bekeluarga, dalam tak sedar beliau sudah tua dimamah usia.. Saya pasrah dan akur dengan segala ketentuanNya.
Doa saya semoga orang-orang yang saya sayangi dlindungiNya selalu.. Dijauhkan dari segala kesengsaraan dan perkara yang tidak diingini.. Kepada adik-adik yang masih muda atau pembaca yang masih mempunyai ibu bapa, hargai setiap masa yang ada bersama mereka, benarlah seperti yang dinyatakan dalam quote di atas : "Ketika kita sibuk membesar (sibuk dengan kehidupan) kita selalu terlupa bahawa mereka pula semakin tua.."
Kalau diikutkan saya masih lagi bertuah kerana umur masuk 40 tahun masih mempunyai ibu bapa berbanding rakan-rakan kenalan saya yang lain. Sesungguhnya peraturan hidup ini rahsiaNya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
Sekian sahaja entri saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.
Wasalam & have a good day everyone!
Regards,
sedih sangat bila ayah dah takde sebab semua bergantung dengan dia, masa sakit tu tak mampu tolong banyak sangat sebab duit & tenaga tak banyak. Sedih sangat tengok dia tanggung sakit :(
ReplyDeleteSesungguhnya Farhanna tabah menghadapi dugaanNya..
DeletePerasaan sedih memang tak dapat diungkap hanya yang hadapi faham bagaimana perasaan itu 😢😢😢..
Moga ayah akak kembali sihat..luka kembali sembuh dan tubuh kembali bertenaga..ibu ayh demam pun dah buat hati risau kak...apatah lagi hingga masuk hospital...PC pernah rasa kak...rasa macam runtuh langit.
ReplyDelete... آمِÙŠّÙ†ْ آمِÙŠّÙ†ْ ÙŠَ رَ بَّÙ„ْ عَÙ„َÙ…ِÙŠّÙ†ْ
DeleteTerima kasih PC 💕..
Rasa nak nangis kalau terbaca cerita mak atau ayah Yang sakit. Jagalah mereka sebaiknya. Inilah masa utk Kita balas jasa mereka
ReplyDeleteIndeed mamapp..
DeleteBila mereka sakit rasa satu tamparan hebat..
Sedih tak tau nak kata 😢
semoga ayah LZ kembali sembuh. take care LZ.
ReplyDelete...آمِÙŠّÙ†ْ آمِÙŠّÙ†ْ ÙŠَ رَ بَّÙ„ْ عَÙ„َÙ…ِÙŠّÙ†ْ
DeleteThanks a lot Mrs Pip 💕
Moga you tabah dengan ujian ni dan ayah you sihat seperti sebelumnya. InsyaAllah. Jaga diri.
ReplyDeleteIn shaa Allah Zhi..
Delete..آمِÙŠّÙ†ْ آمِÙŠّÙ†ْ ÙŠَ رَ بَّÙ„ْ عَÙ„َÙ…ِÙŠّÙ†ْ
Thank you so much for your support 💕..
Semoga ayah LZ kembali sihat dan boleh bersama keluarga.
ReplyDelete...آمِÙŠّÙ†ْ آمِÙŠّÙ†ْ ÙŠَ رَ بَّÙ„ْ عَÙ„َÙ…ِÙŠّÙ†ْ
DeleteTerima kasih Mrs Liez 💕..
Alhamdulillah..syukur kita masih punya ibu bapa..sama la dgn akk..di usia 48 masih punya abah dan mak walau mereka pun dh agak uzur dan semoga mereka dipermudahkan segalanya urusan didunia dan akhirat
ReplyDelete...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
DeleteSemoga kita dikurniakan kesihatan untuk terus menjaga mereka sepenuh hati kannn Kak..
Moga ayah LZ sembuh spt sediakala.
ReplyDeleteSaya ni dah 14thn jd "anak yatim".. sedih.
Miss Mirror sudah alami masa-masa sukar itu dan berjaya tempuhinya.. Sedih tak dapat dinafikan, memori sepanjang hayat. Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa Miss Mirror 😢..
DeleteDoakan yang terbaik buat Ayah LZ.
ReplyDelete...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
DeleteHarap2 begitu hendaknya..
Thank you Mrs.A 💕..
Sedihnyaa :( Semoga diberi kesihatan yang baik dan terus kuat. Stay strong kak!
ReplyDelete...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
DeleteThanks for your support dear 💕..
Semoga segera sembuh.. Sebak rasanya.. Salam knal..
ReplyDelete...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
DeleteTerima kasih Macy Humaira, salam kenal juga dihulurkan 💕..
busyra doakan smoga ayah akak kembali smbuh :( inshaAllah akak syg! smoganya akan kembali pulih.. amin..
ReplyDelete..اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
DeleteTerima kasih dear Busyra atas doa. Really appreciate it 💕..
Sedihnya baca dugaan yang LZ hadapi. Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik. Umurnya hampir sebaya ayah saya. Buat masa ni masih sihat, tapi tulah, hanya mampu mencuba jadi anak terbaik walaupun kadang2 tersilap langkah jua
ReplyDeleteLZ sekeluarga sekarang sedang diuji.. Semoga kami semua tabah dan dapat harungi ujian ini dengan sabar..
DeleteGV doakan semoga ayah akak LZ cepat sembuh. InsyaAllah. Aamin. Nasihat yang sangat bagus kak. Kita kena hargai keluarga kita selagi hayat dikandung badan. :(
ReplyDeleteTerima kasih banyak GV atas doa yang dikirimkan..
DeleteHanya Allah dapat membalasnya..