Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan semoga pembaca semua dilindungiNya selalu.. Hari ini viral di social media tentang Pray 4 Azizan (#prayforcikguazizan). Kisah sesorang guru yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2 akibat menghukum anak muridnya yang mempunyai masalah disiplin.. Mujur saya takde kes esok, kalau ada mungkin saya boleh mengikuti kes ini juga.. Saya hanya mampu berdoa semoga urusan guru berkenaan dipermudahkan dan kes ini diadili dengan sewajarnya.. Okay saya tak mahu komen mengenai kes ini memandangkan ianya masih dalam proses perundangan.
Entri kali ini ada juga kaitan dengan guru atau cikgu.. Saya sebut cikgu biar nampak old school sikit sebab cerita saya pun cerita zaman belajar.. Saya ingin berkongsi tentang pengalaman semasa belajar bila dapat Cikgu Garang.. Aduhai masih lagi segar di ingatan..
PENGALAMAN SAYA DISEBAT GURU
Seingat saya ketika di Tingkatan 3, guru Matematik saya seorang guru lelaki, saya beri nama Cikgu J (bukan nama sebenar) seorang yang garang. Beliau sangat tegas ketika mengajar sehingga kami takut untuk bertanyakan soalan. Bila ditanya : "Kamu semua faham?"... Sudah tentu jawapan kami : "Fahammmmmmm cikgu!!" - padahal tak faham. Jadi bila 'semua faham', beliau akan beri homework dan sebelum 7.30 pagi keesokkan harinya beliau mengingatkan ketua kelas supaya mengumpul semua buku dan mesti ada di atas mejanya di Bilik Guru. Jika salah seorang dari kami gagal untuk siapkan homework, maka sekelas akan didenda!!
Dijadikan cerita, seorang rakan sekelas kami bernama Kamarul punca segala-galanya.. Kamarul selalu tak siap homework. Maka bila subject Matematik sebelum Cikgu J memulakan kelas, semua pelajar akan berbaris untuk menerima hukuman. Cikgu J akan sebat punggung pelajar lelaki manakala pelajar perempuan disebat pada telapak tangan. Rotan dia punya tebal masih terbayang-bayang sampai sekarang. Sekali zasssss terasa tebal tapak tangan! Sakit tak boleh cerita, bengkak juga..
Itu kes pertama dan terakhir dalam hidup saya dihukum menggunakan rotan, itu pun disebabkan kesalahan orang lain.. Al-maklumlah saya ni kategori pelajar berdisiplin, hehehe.. Kini memori itu kenangan indah sepanjang hayat. Bila ingat senyum sendiri terbayang perangai budak-budak ketika itu..
Masih lagi cerita tentang Cikgu J.. Bila ujian, setiap satu kesalahan soalan Matematik Cikgu J akan mengarahkan kami buat pembetulan 1 soalan salah tulis jawapan ulang 1000 kali.. Bayangkan kalau salah 10 soalan? Huhuhuhu lebih 10 buah buku latihan diperlukan.. Buat pembetulan sampai menangis-nangis.. Airmata kering masih belum siap! huhuhuhu.. Tapi kami buat jugak sampai selesai, takut punya pasal..
Begitulah kisah Cikgu Garang saya..
Kalau diceritakan tentang hukuman dari Cikgu Garang, saya rasa cikgu dahulu sangat garang.. Tampar dan rotan itu sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar yang tak berdisiplin bukan setakat berdiri atas kerusi. Saya masih ingat bila saya lihat abang sendiri kena tampar di khalayak ramai semasa perhimpunan. Puncanya dia melepak dengan kawan-kawan di koridor semasa kelas al-Quran. Bila kena denda di sekolah memang tak berani mengadu dengan mak ayah, takut kena marah.. Hahahaha padan muka siapa suruh nakal.. Kalau tak mahu kena denda, ikutlah peraturan..
Itu sahaja kisah Cikgu Garang saya.. Pembaca mesti mempunyai pengalaman masa sekolah bila berdepan dengan cikgu garang. Siapa pernah kena denda? Kalau pernah, share cerita nak tahu jugak atas kesalahan apa, hehehehe tak yah malu.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
29 Comments:
Segala jenis denda sy prnh kena dulu, tp kslhn yg dbuat takda la berat mana. Sbb terlajak nakal. Asyik escape ja kijo 😂 Biar nakal perangai kita, tp guru tetap dhormati. Tp bebudak skrg ni, hrmmm... sentuh sikit, mahkamah la jawabnyerrr
Cikgu sekarang kena fikir sejuta kali dulu sebelum denda murid... nanti tak pasal2 viral.Hahaha
Setuju dengan Cikgu NA.. Bila jadi cikgu tentu geleng kepala berdepan pelajar nakal,hehehe.. Itulah cabaran profession guru sekarang..
Cabaran guru abad ini MS..
Ibu bapa kena beri kerjasama.
Dulu kecik kecik kalau buat salah dekat sekolah, kena pukul ke cubit ke balik diam tak kata apa. Yeala kalau bagitahu tu bukan dpat pujuk, lagi kena tambah sakit adalah. #prayforcikguazizan
kesian kan, tak tau nak komen cemana, melampau sgt budak2 sekarang, jauh beza dgn zaman kita sek dengan sekarang, tu yg ada cikgu taknak cmpur hal2 anak murid, datang sek mengajar lepas tu balik, pe2 pun doa yg terbaik utk cikgu Azizan, Allah sentiasa ada dgn cikgu #prayforcikguAzizan
Samalah kita Fatin.. Mak ayah serah pada guru untuk didik & ajar kita..
Berkat guru garang dulu2 itulah hingga sekarang kami sentiasa hormat guru walau masing-masing dah berkeluarga...tiada sengketa baik guru dan pelajar atau guru dan ibu bapa...ingat dulu darjah 1...bba mma hantar daftar sekolah...bba mma cakap pada cikgu..."cikgu pukullah..marahlah..asal jangan sampai cedera dan patah"...
Pada mama biarlah Cikgu garang baru budak tak Naik tocang. Tengok nanti Cikgu garanglah yg paling Kita sayang
Sy dulu sekolah perempuan so hukuman tak berat.. Tapi cikgu garanggg..
Betul Zie, guru bertanggungjawab di sekolah jadi biarkan guru handle tanggungjawab itu tanpa campur tangan ibubapa..
Kalau anak terbukti bersalah, janganlah dibela sebegitu semakin menjadi-jadi nanti..
Tepat sekali PC.. Senang kerja guru jika semua ibubapa berfikir sedemikian.. Sepatutnya ibubapa perlu beri kerjasama kepada guru bukan sebaliknya..
Setuju mamapp, berkat guru garang ramai anak murid berjaya menjawat jawatan professional, guru tetap menjadi guru sampai pencen..
Elok cikgu garang kannn Flavnesz, kita ingat sampai bila2..
Biarlah cikgu garang dah tegas. Niatnya baik, supaya anak2 didiknya menjadi manusia berguna.
Well said WB, setuju sangat.. Sepatutnya ibubapa bersyukur kerana anak mereka dididik dengan guru yang bertanggungjawab.
Tapi mungkin tak adil, kesalahan orang lain buat, orang lain kena hukum.
Terpaksa terima pakcik walaupun bukan salah sendiri 😔..
Saya dulu masa sekolah rendah pernah kena denda juga, sebab tak bawa buluh untuk kelas seni hihi. Kena denda jalan itik ngan kawan2 kat padang sekolah..haha
Guru ni dia nak mendidik, parents dulu pun paham dan bagi kerjasama pada guru sekolah. Kalau sekarang, taktau nak kata. Maybe parents manjakan anak kot..sampai guru tak boleh nak sentuh langsung..
Tapi ramai je yang kena rotan atau pukul atas sebab yang remeh. Contohnya gagap, tak pun tulis tak selang. Buat karangan takde perenggan.
GV pernah kena rotan sekali kat punggung sebab dapat markah rendah untuk subjek agama masa darjah 3. Lepas tu, sampai abis sekolah, GV akan pastikan dapat markah tinggi untuk subjek agama sebab tak nak kena rotan. Huhu. Itulah pengalaman yang GV tak dapat lupakan sehingga kini kak LZ. huhu.
Bila Jaja cerita denda jalan itik, sis baru teringat ada denda jenis itu. Kawan pernah kena denda jalan itik.. Pelajar zaman kita malu / takut untuk bercerita dgn parents berbanding pelajar sekarang..
Exactly farhanna.. Sis setuju. Denda begitu menjadikan kita lebih berhati-hati, tak akan buat kesilapan berulang.
Secara tak langsung kita akan berubah kepada lebih baik kann GV selepas kena denda bukan mengadu kepada parents supaya guru diambil tindakan..
mek walaupun dalam kategori gen Y yang agak time skolah tu dah ad bnyk peraturan guru di larang itu dan ini, tapi tetap hormat cikgu. malah kalau kena sebat dengan ckgu memang tk berani nk bgtahu parents sebab memang kita tahu salah kita - itu sebab kena sebat / denda.
ini bukan kerana cikgu azizan punya isu shj, dari dlu bnyk kita dengar parents sekarang pantang disentuh anaknya. contoh perhimpunan pagi pun tak bagi duduk atas simen dengan alasan kotor baju budak. allah, rase tertanya tanya dari mana datang parents sebegini? diaorang dlu belajar overseas ke ap? tak pernah ke lalui didenda / duduk atas simen semasa perhimpunan pagi?
akar umbinya pula yang mengikat tangan dahan-dahan mereka daripada menghasilkan buah buah yang manis. sayang, kan?
Well said Mek.. LZ pun hairan kenapa ada parents begitu..
Pada LZ segala apa yang berlaku di sekolah biar cikgu handle asalkan tidak memudaratkan pelajar. LZ yakin cikgu berusaha untuk menjadikan setiap pelajar mereka berjaya.
Parents sekarang tak suka anak kena komplen cikgu. Cikgu komplen ke mak pak pun sebab budak sekarang tak boleh disentuh. Jadi komplen la ke mak pak supaya dia tau anak dia bagaimana kat sekolah. Kadang tu, cikgu pulak dimarah balik bila cikgu cakap anak dia selalu sampai lewat ke kelas..anak tak bawa buku pun mak pak ni masih lagi kata anaknya bawa padahal anak dia yg tak reti jaga buku. Tak pasal2 cikgu juga kena sembur mak yg sentuasa ingat anak dia bagus sangat.
Silap besar kalau mak pak percaya anak tanpa usul periksa. Kena dengar dari kedua-dua belah pihak. Parents yang bijak akan berjumpa dengan cikgu dan bincang secara berhemah bukan main sembur cikgu Jangan ikut emosi, adab pun kena jaga..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!