SELAMAT HARI MALAYSIA 2018

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera to all my readers.. 
Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.. Cuti sambutan Hari Malaysia ini mula diputuskan pada tahun 2010.. Sempena sambutan Hari Malaysia ini marilah kita sama-sama berdoa agar bumi Malaysia sentiasa aman, sejahtera dan berada di bawah lindunganNya..

Selamat Hari Malaysia 2018
Selamat Hari Malaysia 2018
 SEJARAH HARI MALAYSIA 

Umum tahu bahawa Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963. Pembentukan persekutuan Malaysia ini telah dirancang pada 1 Jun 1963 namun ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ianya disambut pada Hari Merdeka ke-6.

Pengisytiharaan pembentukan persekutuan Malaysia ini juga terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan termasuk bantahan dari Indonesia dan Filipina selain membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara, kini dikenali sebagai Sabah & Sarawak.

Related post : Selamat Hari Merdeka ke-61

Betapa susah untuk mendapatkan kemerdekaan dan keselesaan seperti yang kita kecapi hari ini.. Ianya melibatkan kesengsaraan, pertumpahan darah dan pengorbanaan pemimpin dan rakyat terdahulu. Jadi sama-samalah kita jaga keharmonian ini supaya ianya berkekalan seterusnya dapat dikecapi anak cucu kita nanti.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


17 Comments:

Terima kasih.. Selamat Hari Malaysia Cuya..

Selamat Hari Malaysia Kak LZ.

Selamat Hari Malaysia sis Lz.. Hopefully keharmonian negara kita berkekalan till the end..:D

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Itulah yang kita harapkan Falvnesz..

amin ya rabb.. semoga Malaysia sentiasa dilindungi rahmatNya dan kasih sayangNya

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Semoga negara kita sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t

Thank you..
Same goes to you AA..

selamat hati Malaysia LZ..

Terima Kasih Mrs Liez..
Selamat Hari Malaysia juga diucapkan 😍..

Selamat Hari Malaysia juga diucapkan kepada ejulz..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More